Pengikut

Isnin, 12 Mei 2014

Penempatan Semula

Sambungan dari sini.

Kerajaan telah mengambil tindakan tegas buat kali keduanya dengan menutup penempatan di sini. Penduduknya yang pada masa utu seramai 112 orang (45 lelaki, 31 wanita dan 36 kanak-kanak), telah dipindahkan ke Kampung Baru di Padang Lembu, Gurun dan Kepala Batas, Alor Setar. Terdapat juga yang berpindah ke penempatan lain termasuklah di Changlon sendiri. Ada juga yang ditangkap kerana penglibatan mereka dengan pihak komunis. Jumlah ini tidak termasuk mereka yan tinggal di kongsi-kongi yang berkerja balak atau lombong yang datang dari luar kawasan. Mereka hanya tinggal secara sementara sahaja sepanjang masih ada perkejaan. Kebanyakan mereka  ini tidak membawa keluarga. Dalam pemindahan ini, segala binatang ternakan telah dilelong dan hasilnya diserahan kepada pemilik. Mereka juga dipindahkan bersama-sama barangan rumah yang boleh diubah-alih. Maka berakhirlah sebuah penempatan di Sintok apabila segala barangan yang tidak boleh dibawa bersama telah dibakar untuk mengelakkan dari digunakan semula oleh pengganas komunis.Setelah perpindahan ini, Sintok yang telah menjadi bumi hangus kembali tenang dengan menyimpan seribu kenangan. Tiada lagi penghuni tetap sehinggalah dua puluh tahun kemudiannya. Bagi pihak kerajaan pula, kerana kejayaaan dalam operasi ini telah dapat membendung kegiatan  komunis telah menamatkan Operasi Semai pada 16 Mac 1970. Matlamat membendung kegiatan dan keganasan komunis di tepi sempadan telah berjaya dicapai melalui usaha bersepadu seluruh agensi dan jentera kerajaan. Namun operasi-operasi keselamatan masih diteruskan di kawasan ini dan sekitarnya supaya anasir komunis tidak kembali dan dapat bertapak semula. (Sintok: Perkembangan Sebuah Petempatan).

Saya ingatkan PGK hanya mengambil kesempatan menembak siburung Nuri. Engkohnya mereka telah mendapat latihan 'formal' dari Viet Cong. Ini tercatat dalam buku "The Communist Party Of Malaya: The Inside Story" oleh Aloysius Chin. Seorang SEP mengaku menghadiri kursus tentang teknik menembak pesawat yang diberikan oleh jurulatih yang mendapat latihan di Vietnam Utara.

Sayang sekali Ops Semai  tidak mendapat liputan meluas. Ia tidak tercatat dalam buku "Tentera Darat 1933-2008" atau "The Malaysian Army's Battle Against Communist Insurgency In Peninsular Malaysia 1968-1989".

Lt Kol Richard Jalleh TUDM (B), Lt Kol Mohd Hassan (B), Mej Mior Ahmad Noor (B), PW1 Ramly (B), & Sub-Insp Ismail 'Rantai'.....Terima kasih.


T A M A T

Tiada ulasan: