Followers

Friday, March 11, 2016

Op Bamboo - Bhg 5

Sambung dari sini...

Sjn Long a/k Pandak, Sjn Platun, tanpa menghiraukan keselamatannya, dengan penuh keberanian telah mara ke hadapan untuk membantu Insp Gunasegaran. Bila berada di sebelah pegawainya dan selepas membuat perkiraan keadaan (appreciation), beliau telah memikul pegawainya dan mendaki lurah bukit hingga sampai ke tempat yang selamat tanpa menghiraukan tembakan senjata otomatik dan tembakan pelancar grenad M79 oleh petualang2 negara terhadapnya. Namun demikian, komander platun yang diselamatkannya meninggal dunia 4 jam kemudian akibat kecederaan parah. Ekoran itu, Sjn Long telah mengambil pemerintahan platun tersebut. Apabila mendiang Gunasegaran dibawa keluar dari lokasi ke Ulu Kinta pada keesokan hari, 10/6, Sjn Long dan anggotanya meneruskan tugasan memburu untuk memusnah musuh-musuh tersebut.

Ekoran daripada pertempuran tersebut, keesokan harinya, Supt Syed Zainal Abideeen Alsagoff, Pegawai Memerintah 20 PPH Senoi Praaq, telah diterbangkan ke Gob untuk mengarah operasi memburu kumpulan musuh. Operasi ini melibatkan beberapa platun turut diatur gerak. Syed Zainal telah meminta Platun 15, 19 PPH yang berpangkalan di Kroh, untuk turut mengambil bahagian dalam operasi ini. Permohonan ini telah disampaikan oleh ASP John Jalleh kepada Insp Gerald Fernandez, Ketua Platun 15. Sebuah Nuri telah berlepas dari Butterworth untuk menerbangkan Platun 15 dari Kroh ke Keled. Nuri terpaksa melakukan 2 sortie  kerana jarak Keled yang jauh. Sortie pertama berlepas dari Kroh pada jam 1500 dan kumpulan kedua tiba di destinasi pada jam 1830. Setiba di Keled, Fernadez telah diarahkan untuk bergerak ke kawasan operasi yang telah diperuntukkan kepada beliau walaupun ketika itu waktu hampir malam.

Pada 20 Jun, jam 0650, platun Long telah berjaya mengesan kumpulan buruan mereka. Lantas, beliau dan platunnya telah menyerang kumpulan PGK itu dan berlaku pertempuran. Dalam pertempuran tersebut, platun tersebut telah berjaya membunuh seorang musuh dan seorang lagi ditangkap sementara 2/3 orang dipercayai cedera.

Operasi ini dihentikan selepas 2 minggu pertempuran tersebut . Fernandez dan platun diarahkan untuk pergi ke Pos Belatim untuk dibawa keluar oleh Nuri.

Diatas keberanian mereka, mendiang Insp Gunasegaran dan Sjn Long a/k Pandak telah dianugerah PGB pada Jun 1981. Sjn Long mendapat penghormatan sebagai Orang Asli pertama yang dikurniakan Anugerah Perkasa ini.

Supt Norizan Murad....Terima kasih.

No comments: