Followers

Tuesday, June 13, 2017

Sungguh Sedih!!!

12/6/17...Tarikh yang membawa kesedihan kepada pencinta The Old But Faithful Nuri, seperti saya.

Pada 11/6, saya terima WhatsApp daripada Mej Zuraiman, Kurator/Ketua Penyelidik Muzium TDM, Port Dickson. Beliau memaklum bahawa beliau dalam perjalanan ke Sungai Petani dalam usahanya menyelamat sebuah Nuri yang terdapat di junk yard di sana.

M23-15 di junk yard Sg Petani






Menurut Mej Zuraiman, beliau telah bertemu dan berbincang dengan En Hamid, staf syarikat yang membeli Burung Besi. Beliau memohon  agar syarikat terbabit mempertimbangkan opsyen2 yang ditawarkan, iaitu, (1) syarikat menawarkan harga pesawat untuk dibeli; (2) meminjamkannya kepada muzium untuk dipamerkan; (3) barter trade dengan kenderaan lain yang telah dilupuskan.

Zuraiman dengan En Hamid

Saya pula telah membincangkan isu ini dalam WhatsApp Nuri Warriors. Sepertimana yang saya dah jangka, kami sungguh sedih. Seorang itu telah mencadang supaya dibuat kutipan dengan beliau memulakan sumbangan sebanyak RM500. Nak tahu berapa nilai Burung Besi dalam bentuk besi buruk? Lebih kurang RM20k-RM25k saje!! Jumlah ini adalah nilai sisa scrap pepejal mengikut pasaran semasa, iaitu RM4k/ton.

Tapi....tidak lama kemudian, tersiarlah gambo ini yang bukan dihantar oleh beliau tetapi oleh seseorang yang boleh buat keputusan...
Proses memotong satu aset pertahanan

Saya telah mencadangkan kepada Mej Zuraiman supaya memohan kepada syarikat terbabit untuk 'menghadiahkan' pilot seats untuk dipamerkan di muzium beliau. Saya yakin seats ini banyak menyelamatkan pilots semasa era insurgensi di Semenanjung 1968-89, wallahualam. Tapi...

M23-15 telah memasuki invetori TUDM pada 29/11/1976. Nombor asalnya ialah FM1718. Pesawat ini terlibat dalam satu kemalangan di Pulau Perak pada 23/12/14, di SINI

 Kali terakhir saya menerbangkannya ialah pada 28/1/1980 bersama Kapt Rosly J/Sjn Gan (mendiang). Call sign W408 J One. Saya clocked 7:15 jam.

Tidak dinafikan pesawat yang sudah dilupuskan dijual. Tetapi, masalahnya ialah muzium TDM mahupun TUDM masih tiada sebarang relic Nuri. Pada pandangan veteran ini, alangkah eloknya jika M23-15 ditempat di muzium, tak kisahlah sama ada di Port Dickson atau muziumTUDM yang saya tak pasti lokasinya nanti, wallahualam  

Beginilah nasih satu aset pertahanan yang telah banyak menyumbang bakti terhadap pembangunan 
dan keselamatan negara...

Legasinya hanya di junk yard...tidak layak walaupun di muzium!!! 

9 comments:

Anonymous said...

Salam..sy civillian marhaen yg minat pada aviation tudm n pernah visit muzium tudm sg besi..

Jgn pandang nilai besi,pandanglah nilai sejarah,nilai sumbangan operasi nuri,nilai staf2 yg pnah handle nuri,yg idup ,bersara,maupun terkorban serta kluarga2 mereka.

Begitu juga kota2 kubu2 lama mcm a famosa,tinggal gerbang je x dipelihara,mcm muzium tudm sebagian dlm hangar,sebagian parking je atas rumput ngan kemuncupnya budak2 lari2 seronok tengok plane..

Tlg la preserve sikit,pegi singapore blajar how they preserve brg2 historical..

Tengok cmne krajaan mlaka jaga subs agosta dlm siap ekon,cat balik lua..

Dlm malaysia ni ada brp kem tentera,muzium yg boleh abadikan relic2 tudm ni...

Duit bukan segala2nya..tanya diri anda sanggup ke nak gadai cincin perkahwinan yg da berusia puluhan tahun.nilai sejarahnya lain walaupun jika diringgitkan sama dengan emas baru ikut berat.

Anonymous said...

Salam tuan, bukankah ini boleh di kategori kan sebagai khazanah negara. Patutnya pihak Arkib Negara mengambil tahu hal ini sebab ia ada nilai-nilai sejarah.

Ahmad H Al-Qadah said...

Sedih Nuri jadi macam ni...

Minda Pertahanan said...

Bukan kah yang jual tu orang TUDM sendiri...dah hilang rasa sense of belonging orang2 atas TUDM ni?

Anonymous said...

rakyat msia skrg dh xreti mengenang sejarah, apatah lg menghargai apa yg telah dicurahkan oleh pejuang2 negara, yg berbakti dgn penuh keikhlasan demi kedaulatan tanahair tercinta.

Muhammad Firdaus Ab Hamid said...

Sedih..

Anonymous said...

Sir,

With respect to your appreciation of the scrap Nuri's to be restored to the muzuem honestly from my humble opinion the particular Nuri's are not the suitable candidate as muzuem standard. Its just a big scrap piece of metal.
Yes i understand and respect your self had a personal attachment to the Nuri's and
are one of the pilots but the facts is its a scrap and beyond repair.
Should or would the public see the ugly looking damages Nuri's helicopter in Muzuem?
I dont think so sir,,may be they are took few glance at it then away with no interest to learn any history. It will tarnished Nuri's great history.
Nuri's is a Warrior and Savior it must be display in perfect condition the best we could.
Muzuem should wait for a better Nuri's candidate and it must be prestine as its served our nation with proud.

Regards
AzmaL Ahmad
azls73@yahoo.com

jimio said...

izinkan saya melakar kepada Tn Nor Ibrahim dan semua yang mengakses coretan ini. Dalam aspek muziologi dan budaya material sesebuah koleksi tiada piagam khusus samada dari Majlis Muzium Antarabangsa atau beratus mungkin beribu institusi berkaitan permuziuman yang menggariskan koleksinya adalah semestinya intact sahaja yg layak diinventori dan diinterpretasikan. Sebaliknya ia terpulang kepada misi, visi dan objektif sesebuah muzium dalam memilih dan menjadikan sesuatu objek sebagai koleksi. Pandangan saya sebagai seorang pengamal muziologi selama 17 tahun dalam dunia muzium, koleksi nuri ini layak dikategorikan sebagai war relic mengambil kira penglibatannya dalam operasi ketenteraan. Suka saya kongsikan disini, secacat mana koleksi itu, seburuk mana besi buruk itu yang dilihat adalah nilai warisannya sebagai war relic kepada sejarah ketenteraan negara. Soal bagaimana cara untuk menginterpretasi nya usah dipersoalkan kerana mereka2 yang menjalankan tugas2 kuratorial di institusi muzium tahu bagaimana untuk menginterpretasikan kepada audiens kerana nilai warisan ketara Nuri tersebut mungkin tidak sempurna pada pandangan zahir namun nilai warisan tidak ketara yang dimilikinya mampu menyuntik dan mendekatkan masyarakat kepada erti sebuah pengorbanan pasukan keselamatan menjalankan tugas khususnya melibatkan operasi Nuri. Saya kongsikan juga bagaimana sebuah tiang lampu kayu yang diselamatkan dari sebuah perkampungan semasa Perang Korea dan dipamerkan di Korean War Memorial, apa menariknya dengan fizikal batang kayu tersebut dijadikan bahan pameran? Kerana ia memberi semangat dan mendekatkan spiritual rakyatnya terhadap sengsara sebuah peperangan dan membuatkan rakyatnya tidak leka dengan nilai sejarah ketenteraannya. Saya kongsikan lagi bagaimana sekeping batu bata yang digunakan oleh seorang Komander Tentera Australia di Gallipoli dan dipamerkan di Australia War Memorial, apa menariknya bata mcm bata jamban dipamerkan? Kerana ia menarik audien untuk terus mendekati nilai perjuangan tenteranya di persada dunia. Begitu juga terdapat serpihan enjin dan propeller buruk pesawat Hudson yang terhempas di Kota Bharu semasa Perang Dunia Kedua yang turut dipamerkan, kenapa? kerana Australia menghormati dan mengangkatnya sebagai bukti relik sebuah peperangan utk tatapan masyarakat. Lihatlah sejarah dàn warisan ketenteraan dari pelbagai sudut dan disiplin kepakaran dan bukan dari mata kita sahaja.

theriderinblack said...

Saya setuju apa yg ditulis oleh saudara ini. Nilai sejarahnya memang tidak boleh dijual beli dan tidak dpt diganti lagi. Kita sendiri yg perlu menghargainya. Tanpa sejarah sebegini,siapalah kita. Inilah suatu warisan yg perlu kita kekalkan dan bukan kita musnahkan!