“Exercise Gulley Height”
*****
Kegagalan
menawan Low’s Gully semasa Ex Jungle
Heights 3 sama sekali tidak mematah azam Neill. Azamnya
tetap berkobar-kobar walaupun selepas dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel (Lt
Kol) dan ditukar ke HQ Eastern District, York, pada 1992.[4] Beliau
bukan keseorangan berazam untuk menawan jurang tersebut.
‘Kegagalan’ tiada dalam istilah kedua-dua mereka. Setelah bersara pada 1985, Foster telah memasuki Askar Wataniah. Ekoran itu, mereka masih berhubung dan antara topik sudah pasti Low’s Gully. Dengan pengalaman dan pengajaran sebelum ini, terutama faktor cuaca selain peralatan dan bekalan makanan, mereka merancang ekspedisi ke Low’s Gully sekali lagi.
*****
Keanggotaan
ekspedisi itu tidak terbatas kepada anggota yang berkhidmat di England. Neill
menawar tiga tempat kepada anggota unit lamanya di Hong Kong. Dengan itu,
komposisi Exercise Gulley Height
terdiri daripada 10 anggota. Mereka ialah:
2. Mej Ron Foster (AW), 54 tahun. Mempunyai firma sendiri dalam bidang perkhidmatan kewangan. Timbalan ketua ekspedisi. Kelayakan: TR&A.
3. Sjn
Bob Mann (AW), 37 tahun. Bekerja sebagai pengecat di limbungan kapal.
4. Kpl
Hugh Brittan, 24 tahun, RLC Display Team.
Kelayakan: TR&A Mantan anggota Briged Paracut.
5. L/Kpl
Richard Mayfield, 25, Ordnance
Squadron, Commando Logistic Regiment. Kelayakan: JSRCI,[7]
Penasihat teknikal.
6.
L/Kpl Peter Shearer,
26 tahun, Royal Engineers Regiment.
Kelayakan: TR&A, JSMEL.[8]
7. L/Kpl
Steve Page, 26 tahun, RLC Display Team. Kelayakan:
TR&A.
8. L/Kpl
Cheung Yiu Keung, 32 tahun, Hong Kong Military
Service Corps (HKMSC).[9]
9. Pbt
Lam Wai Ki, 27 tahun, HKMSC.
10. Pbt Chow Wai Keung, 24 tahun, HKMSC.
“Untuk melengkapkan penurunan pertama dari arah utara Gunung Kinabalu, Sabah, melalui Low’s Gully. Seterusnya mengikuti Sungai Panataran hingga ke Kampung Melangkap Kappa (jalan raya terdekat).”[10]
Dengan kelulusan itu, sebagai persediaan sebelum pemergian ke Sabah, anggota-anggota pasukan di England menjalani latihan ‘abseiling’ pada hujung minggu bagi memastikan mereka bersedia menghadapi cabaran yang menanti mereka nanti. Antara lokasi latihan ialah di Dewerstone.[11] Latihan diselia oleh Mayfield. Pada 19 November 1993, Neill telah menghantar ‘sitrep (situation report)’ pertamanya kepada para peserta. Dalam aspek perubatan, termasuk pergigian, Neill menulis dalam:
Kenyataan ini boleh ditafsir sebagai memapar keangkuhannya, malah kejahilan terhadap realiti profesionalisme negara tuan rumah.
*****
Para
peserta di England sudah bersedia tetapi bagaimana pula tiga peserta di Hong
Kong? Bagi menentukan mereka juga bersedia dengan peralatan, Neill mengarah
Foster untuk berlepas ke Hong Kong pada 14 Februari 1994 dan tiba pada keesokan
petang, 15 Februari. Neill dan lima lagi
pula berlepas pada 15 Februari dengan British Airways dan tiba di Hong Kong pada petang 16
Februari. Mereka berkenalan dengan tiga kaum Cina tersebut di Lapangan Terbang
Kai Tak sebelum menaiki pesawat Royal Brunei Airlines ke Brunei dan tiba di
Bandar Seri Begawan pada malam itu (16 Februari). Keesokan pagi, rangsum dan
alat-alat berkenaan diberi kepada anggota kaum Cina untuk dimuat dalam ‘haversack.’ Bagi mereka
bertiga, haversack
yang beratnya lebih kurang 35 kg sungguh membebankan!
Pada 18 Februari, mereka menaiki feri ke Labuan dan seterusnya ke Kota Kinabalu. Neill begitu yakin mereka akan berjaya melaksana misi, mengarah Brittan menempah tiket penerbangan ke Hong Kong pada 9 Mac 1994 untuk mereka semua.[13] Malahan, beliau memberitahu Timbalan Ketua Warden Taman Kinabalu, mereka akan berada di Markas Taman Kinabalu pada 4 Mac. Secara berseloroh, beliau memberitahunya jika mereka gagal hadir di situ pada tarikh tersebut (4 Mac), Ketua Warden boleh mencari mereka. Bagi tujuan itu, beliau memberi alamat Mej Nigel Ramsden di Hong Kong untuk dihubungi jika perlu.[14] Sementara itu, ketiga-tiga anggota Cina pula membeli beberapa paket mi segera sebagai bekalan. Rangsum yang dibekal, seperti biskut, coklat, kaserol ayam, ‘lambs stew’ dan ‘corned-beef,’[15] memenuhi selera orang Inggeris - bukan makanan ruji kaum Cina.
[1] Richard
Connaughton. (1996). Descent Into Chaos. London:
Brassey’s (UK) Ltd., hlm. 19-20.
[2] Ibid., hlm. 21.
[3]
Ibid.
[5] TR&A - Top Roping and
Abseiling.
[6] MLC – Mountain Leadership
Certificate.
[7] JSRCI – Joint Services Rock Climbing
Instructor.
[8] JSMEL – Joint Services Mountain
Expedition Leader.
[10] Richard Connaughton. (1996). Descent
Into Chaos sebelum ini,
hlm. 32.
[11] Lt Col Robert Neill & Major Ron Foster. (1995). SOS
sebelum ini,
hlm. 41.
[12] Ibid., hlm. 38.
[13] Ibid., hlm. 59.
[14] Ibid., hlm. 65.
[17] Ibid., hlm. 232


Tiada ulasan:
Catat Ulasan