1 Julai 2011, jam 1831....TUAH telah meninggalkan kami buat selama-lamanya!!!
TUAH ketika sihat
Gambar terbaru TUAH - 30 Jun 2011 jam 1738
TUAH adalah anggota keluarga saya semenjak dilahirkan pada 12 Februari 1997, Taman Cheras Perdana, Selangor. Beliau dilahirkan di belakang rumah ketika hujan lebat. Atas rasa belas kesihan, isteri saya telah menjaganya sehingga ke akhir hayat. Sejak seminggu lalu, beliau tidak lalu makan dan minum. Pagi 29 Jun, isteri saya telah membawanya ke 'vet' dan terus diberi 'drip'. Menurut vet, TUAH 'dehydrate'. Daripada gebu, sekarang ini dah kurus. Dia tak lalu makan dan minum dan berdiri pun sudah kurang larat. Beliau hanya tinggal di bilik air. TUAH menghembus nafas terakhirnya di hadapan kami semua....sungguh menyentuh perasaan terutama isteri saya.
Walaupun Tuah hanya seekor kucing, tetapi kami sungguh sayang akan TUAH. Kira beginilah....kucing ini tidur sebantal dengan saya atau pun di penghujung kaki saya. Mungkin sesiapa yang pernah membela kucing, sudah tahu perasaan kami sekeluarga, terutama isteri saya. Beliau memang sayangkan kucingnya ini.
3 ulasan:
setiap yg bernyawa pasti akan merasai maut.kucing juga adalah makhluk allah.apa pun semoga allah membalas jasa saudara dan isteri saudara krn telah memelihara sekor kucing yg terbiar.amin.
Saudara zam73,
Terima kasih & amin.
14 tahun umur Tuah, itu memang satu rekod bagi saekor kucing untuk dapat hidup sebegitu lama dari lahir sehingga usia tua. Setakat ini sudah dua ekor kucing yang kebetulan bernama Tuah yang usianya lebih panjang dari kebanyakan kucing2 lain. Kakak saya pun ada kucing nama pun Tuah jugak dan masih lagi hidup dah bertahun-tahun. Persamaan antara dua Tuah ini ialah kucing2 ini hidup dan tidur dalam rumah bersama tuannya. Mungkin ini rahsianya saekor kucing boleh hidup lebih lama kerana kasih sayang tuannya sepanjang masa dan mungkin juga kerana namanya Tuah. Bukan macam kucing2 saya yang berbelas ekor hidup diluar rumah, paling panjang umur hanya 5 atau 6 tahun dah tua dan mati.
Bila kita bela kucing, kita akan sering rasakan bagaimana kehilangan sesuatu yang kita sayangi selalunya dengan cara yang abrupt and untimely. Bukan mudah untuk dapat saekor kucing diantara semua kucing2, yang "sejiwa dengan kita" kerana kucing2 sebegitu tidak selalu datang ke dalam hidup kita. Betul kata orang tua2, dua tiga kucing berlari.....Salam.
Catat Ulasan