Followers

Tuesday, November 8, 2011

11 Zulhijjah 1432H

11 Zulhijjah 1432H=7 November 2011= Hari ke2 Hari Raya Aidiladha. Sepertimana yang dipraktikkan beberapa tahun terdahulu, Masjid Darulaman, jarak dari rumah saya = 'par 3' sahaja, telah melakukan majlis korban sebanyak 6 ekor lembu. Mengikut perancangan, lembu pertama disembelih pada jam 0800. Namun demikian, proses ini tergendala kerana seekor lembu telah cabut lari dan 'cowboys' terpaksa mencari sebelum berjaya menangkapnya semula. Hanya lebih kurang jam 1030 barulah bermulanya melapah lembu pertama.

Kerja-kerja melapah

Tut...Tut...Hujan turun dengan lebatnya

Syukur alhamdulillah, korban tahun ini selamat dilaksanakan walaupun rasa letih bebeno dibuatnya. Kalau dipanjangkan umur, tahun hadapan berulang lagi amal ibadah ini, InsyaAllah.

2 comments:

Anonymous said...

maklumlah dah nak kena sembelih,tapi lembu2 di KL kira ok jugak lah sebab lembu ini semua dudok di Condo bangsar kediaman elite d KL.

Suhairi said...

haha..sempat lagi 'selit'..hehehe