Followers

Monday, November 14, 2011

...إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

14 November 2011....Jam 0041. Saya terbangun daripada tidur apabila mendengar lagu "My Way" telefon bimbit saya. Saya kenal pemanggil tapi bukan dia yang menelefon. 'Assalamualaikum mejar. Saya anak Sayed Mahadzir. Bapa dah tiada lagi'. 'Bila arwah meninggal? tanya saya. 'Pagi tadi, jam 1100 ketika operation. Mak pesan untuk memaklumkan kepada mejar'....إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

11 November 2011....Jam 1152. Saya terima sms daripada arwah, Cikgu Sayed Mahadzir '...Assalamualaikum. Apa khabar kawan2. Moga dalam sihat walafiat. Alhamdulillah saya juga Insya Allah agar beransur sihat, walau pun terpaksa menjalani rawatan di Wad Kenanga 1, Tingkat 4 Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Masalah paru2. Tolong doakan saya agar cepat sembuh. Wassalam - SAYED MAHADZIR'.

Jam 1800...saya pun pergi le ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan terus ke Tingkat 4. Masalahnya, tiada Wad Kenanga 1. Yang ada ialah Kenanga 4A hingga 4C. Jadi, saya telefon beliau tapi tiada jawapan. Hantar sms pula. Beberapa minit kemudian, beliau telefon saya. Arwah bertanya saya berada di mana ketika itu. Jawapannya ialah berhampiran cafeteria. 'Saya di hospital Sg Petani, bukannya di Alor Setar'. Ya Allah...Apa dah jadi dengan saya ni kerana tak teliti semasa membaca sms beliau! Memang benar beliau sepatutnya dimasukkan ke HSB dari Kuala Nerang tetapi kerana ketiadaan pakar di hospital tersebut, beliau dihantar ke Sg Petani. Walaubagaimana pun, arwah sungguh gembira kerana saya 'cuba' menziarahnya.

Saya berjumpa arwah buat kali pertama dan terakhir pada 31 Julai 2011, jam 1848 di RTM Alor Setar. Kami terlibat dalam drama pendek dan arwah menemuramah saya tentang kemerdekaan. Arwah telah menulis skrip drama berkaitan kekejaman 'Bintang Tiga' di era Darurat dulu. 


Arwah Cikgu turut membeli buku 'Coretan Xnuripilot' malam itu. Komen beliau '...Saya sangat kagum. Ia mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi dan perlu diangkat untuk tatapan umum yang lebih luas. Apa lagi dalam keadaaan hari ada jiwa2 pengkhianat bangsa yang cuba menyanjung komunis dan menolak pejuang kemerdekaan seperti terdapat dalam Utusan hari ini. Malang sekali apabila kenyataan itu dibuat oleh tokoh pemimpin Melayu sendiri. Syabas Mejor! Saya yakin kandungannya boleh diadaptasi untuk dijadikan sebuah filem. Tahniah' (sms pada 27/8/2011 jam 1500).

No 1 dari kanan: Arwah Cikgu Sayed Mahadzir - 31 Julai 2011

Pada 31 Ogos, arwah menghantar sms '...drama pendek Jangan Dok Tebeng akan disiarkan pada  jam 1600 di Radio Kedah'. Malangnya, saya tidak sempat mendengar drama tersebut kerana berada di Taiping sempena Hari Raya Aidilfitri. 

Arwah Cikgu Sayed Mahadzir, 60, seorang penulis, ahli Persatuan Penulis dan Persatuan Sejarah Negeri Kedah, menamatkan kerjaya sebagai seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Padang Senai. Kata-kata berangsang arwah, petikan sms  pada 27/8/2011 '...Namun Mejor jangan putus asa, usaha perlu diteruskan. Saya , Insya Allah, bersama Mejor. Akan mengambil kesempatan menyatakannya pada setiap ruang yang ada. Wassalam'. 

Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman...Al- Fatihah.

1 comment:

Anonymous said...

Ucapan Takziah dari saya sekeluarga buat keluarga Cikgu Sayed Mahadzir, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya....AL-FATIHAH

Turut Belasungkawa,
JeffNSP@hotmail.com