Followers

Wednesday, January 25, 2012

Lagi Panggilan Ilahi

25 Januari 2012 = 1 Rabiulawal 1433H, lebih kurang jam 1600, saya terima panggilan telefon daripada squad-mate, Brig Jen Dato' Muslim Yusof (B), memaklumkan bahawa Lt Kol Jamaluddin Bin Tajuddin TUDM (B), telah kembali ke rahmatullah pada jam 1400.....إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Saya difahamkan arwah telah lama mengidap barah pankreas. Ketika panggilan dibuat, jenazah  masih di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jenazah akan dibawa ke rumahnya di Taman Melewar, Batu Caves.

Dari kiri: Kapt (U) Raja Mohd, mendiang Mej (U) Stephen Ngiau, arwah Mejar (U) Jamaluddin, Lt Kol (U) Richard Jalleh, Mej (U) Ooi Ah Bah

Saya mengenali arwah ketika mengikuti kursus peralihan pesawat Nuri sebagai ko-pilot pada Jun 1974 selepas tamat kursus penerbangan di SEA Helicopter Sdn Bhd. Malah, semasa fasa penerbangan selepas tamat 'ground school', arwah adalah jurulatih pertama yang terbang dengan saya. 

19 Jun 1974 - Penerbangan pertama saya dengan pesawat Nuri 

Saya kerap terbang sebagai ko-pilot arwah, terutama penerbangan VVIP. Salah satu penerbangan yang masih segar dalam ingatan ialah membawa Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Shah. Mengikut 'tasking sheet', kami dikehendaki mengambil Tuanku di Grik dan 'offload' di Taiping. Seterusnya, terbang ke Butterworth untuk Ops Bamboo Xpress keesokan hari. Pagi-pagi 4 Feb 1975 lagi, kami telah terbang dari Kuantan. Mendarat sahaja di Grik, sebuah kereta telah dihantar menjemput kami ke Rumah Rehat untuk sarapan pagi dengan Tuanku. Pergilah kami bertiga bersarapan semeja dengan Tuanku, Y.M Datuk Sri Sharifah Salma, isteri Baginda dan seorang lagi. Sungguh teruja dibuatnya. Manakan tidak...Siapalah saya diberi peluang makan pagi semeja dengan seorang Sultan!

Sebelum berlepas dari Grik, Tuanku memaklumkan arwah Kapt (U) Jamaluddin yang beliau berhasrat untuk melawat arwah YM Raja Shariman, OBJ Dinding (Orang Besar Jajahan, Manjong) yang ketika itu berada di Hospital Besar Ipoh. Menjadi tugas saya untuk memaklum Bilik Operasi Pangkalan tentang 'diversion' yang dipinta oleh VVIP pax. Dari Ipoh, kami mendarat di Padang Esplanade, Taiping. Lagi sekali, Tuanku menjemput kami makan tengah hari di Rumah Rehat. Saya masih ingat, orang yang membawa kami ke Rumah Rehat ialah Dato' Razak, seorang 'dignitary' di Taiping. Para hadirin hanyalah Tuanku dan isteri, Dato' Razak dan kami bertiga. Kami makan di bilik VVIP. Salah satu hidangan yang sehingga sekarang saya masih ingat ialah sambal tumis ikan bilis. Selepas makan, kami pun berlepas ke Butterworth.

Kali terakhir saya terbang dengan arwah ialah pada 11 Disembar 1975. Beliau telah bertukar ke KEMENTAH pada Januari 1976. Semenjak itu, seingat saya, kami tidak pernah bersua sehingga berita yang saya terima ini.

11 Disember 1975 - Penerbangan terakhir dengan arwah Kapt (U) Jamaluddin 

Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh allahyarham. Al-Fatihah.

6 comments:

nur_emyinda12 said...

Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

Honestly, i may not know any one of them personally, but i'm deeply touched to hear the passing (loss) of one of the unsung heroes of the MAF...a man of vast experiences.

Al-Fatihah...Allah SWT lebih menyayanginya dan beliau, arwah Tn Mejar Jamaluddin, hanyalah pinjaman dari Nya. Semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang soleh di sana.

Anonymous said...

Salam Tuan,

Sebenarnya, agak confused saya dengan panggilan pangkat TUDM ketika zaman 70 an sebab kalau tak silap saya TUDM ingin beralih daripada sistem pangkat British (cthnya- flying officer, flight lieutenant) ke sistem army (lt. muda, lt.). Sebab dalam log book penerbangan tuan (merujuk kepada buku X-nuripilot), pada penerbangan pertama tuan ketika mula2x berkhidmat dalam TUDM(tahun 1973, kalau tak silap saya), panggilan pangkat sudah menggunakan sistem army walhal kalau tak silap saya, TUDM mula beralih dari sistem panggilan sistem pangkat British ke army selepas tahun 1975. Boleh tuan jelaskan peristiwa penting ini? Teringin juga hendak mengetahui cerita sebenarnya, tuan.

Luke

COLTORAS said...

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya dan dihimpunkan bersama ruh mukminin. Sy pernah bertugas bersama Allahyarham Lt Kol Jamaluddin TUDM (B) di MPPU pada tahun 1990/91.

airforce veteren said...

Luke,
Pangilan pangkat TUDM ditukar mengikut Army semasa Chief of the Airforce diambilalih olih Mohammad Taib, why? because his from the army,macam2 lagi perkara berlaku dalam TUDM semasa itu mengikut cara army -the originallity of the Airforce masa itu banyak terhakis.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Luke,

Semasa mengikuti latihan penerbangan, saya adalah seorang pegawai Tentera Darat berpangkat kapten. Pada 28 Mac 1974, saya telah diuji oleh Squadron Leader Ben Lee. Ketika mengikuti kursus 'conversion' Nuri pada Jun 1974, pangkat pegawai TUDM sudah bertukar seperti yang digunakan oleh Tentera Darat. OC No 10 Skn ketika itu ialah Mejar (U) Sulaiman Mahmud bukannya Squadron Leader. Ini bererti, pertukaran gelaran pangkat berlaku di antara Mac dan Jun dan PTU pula ialah AVM Dato' Sulaiman Sujak. Beliau bersara, kalau tak silap saya, Dis 1976. Namun demikian, beliau kekal mengguna AVM, bukannya Mej Jen (U).

Sesiapa yang boleh menjelaskan lagi perkara ini sangat-sangat dialukan.

Anonymous said...

Salam Tuan,

Menarik juga penjelasan pihak tuan, cumanya pernah tak antara anggota dan pegawai ketika itu terkeliru memanggil pangkat antara sesama sendiri dalam TUDM? Saya sedia maklum Major General Mohammad Taib merupakan bekas pegawai tentera darat dan beliau juga merupakan juruterbang helikopter. Pernah juga saya terbaca dalam blog, blogger tersebut menggunakan gelaran AC (Air Commodore) sebagai gelaran pangkatnya. AC adalah setaraf dengan pangkat Brigadier Jeneral.

Luke