Followers

Saturday, March 10, 2012

Bulldozed Saja

10 Mac...Saya mengambil keputusan tak main golf di Kedah Kelab. Sebabnya, saya nak bulldozed my way to see No 1 Boss of Government Servants.....KSN himself. Beliau main golf di kelab saya hari ini....

Tekaan anda memang tepat sekali...ini mesti pasal Elaun Kenangan! Tujuan saya hanyalah untuk mendapat kepastian tarikh kuatkuasa pemberian elaun tersebut - bermula 2009 atau 1 Julai 2011? Sebelum itu, pada 9 Mac, jam 2208, saya telah menghantar e-mel kepada beliau, petikan '...Hanya untuk mendapat kepastian. Tan Sri ada bersama ketika YAB PM  mengumumkan pemberian elaun tersebut pada 30/7/2011 di Port Dickson. Kalau tak silap saya, beliau menyatakan tarikh kuat kuasa 2009. Sebaliknya, JPM menegaskan 1/7/2011.

Saya memohon agar Tan Sri memberi kepastian terhadap percanggahan apa yang diumumkan dengan apa yang dilaksanakan nanti. Saya tidak memetik tarikh tersebut dari 'thin air'.

Pagi-pagi lagi saya pun berjalan kaki ke DGCC untuk memberi makan kepada 'Comot' dan member-membernya sebelum berjumpa The Big Boss. Ini sudah menjadi rutin setiap hari...Kesian tengok mereka ni. Depa sentiasa menuggu saya, malah dah kenal bunyi enjin kereta saya pun. Berlari-lari kepada saya bila saya buka pintu...

Comot & geng
Wow....Hampir semua 'who's who' orang gomen berada di kelab. Sana-sini depa menyapa sesama mereka Tan Sri dan Dato'. Saya ternampaklah kelibat seorang mantan TUDM. Kami sama-sama berkhidmat di Kuantan dulu. Sepintas lalu beliau mengucap 'Hai' sahaja dan terus berlalu untuk sarapan pagi. Tak apalah...Sekurang-kurangnya beliau masih cam muka mejar pencen ini! Seorang 2-bintang TUDM pula beritahu saya yang beliau masih belum baca buku saya. Jawab saya....No problem Dato'.

Tapi yang mengejutkan saya ialah apabila terdengar panggilan 'Nor'. Bila kalih ke arah beliau, orang itu ialah Tan Sri PAT. Jujur saya katakan, saya tidak mengenali beliau dan pertama kali bersua dengannya ialah pada 2 Ogos 2011 di KEMENTAH ketika penlancaran buku saya. Saya memaklumkan hasrat saya untuk bertemu KSN. Sementara menunggu The Big Boss, saya mengambil kesempatan untuk meluahkan kekesalan terhadap ketiadaan sebarang reaksi terhadap e-mel saya kepada agensi di bawah KEMENTAH. Not even the stereo-type 'dalam perhatian kami'! 

Saya memaklumkan kepada beliau tentang cadangan yang saya syorkan kepada  PLKN semenjak 2009 lagi agar mengundang para veteran memberi ceramah kepada para peserta. Objektif utama agar dapat menyemarakkan semangat patriotisme di golongan remaja. Dan, apalah salahnya menyumbang sedikit insentif - kadar gomen - kepada penceramah tersebut. Sekurang-kurangnya dapatlah menampung kos kehidupan yang kian meningkat. Adakah 1-2 jam, mungkin 2 kali setahun, membebankan gomen? Beliau berjanji akan mengetengahkan cadangan ini. Mungkinkah ini akan menjadi kenyataan akhirnya? Wallahualam.

Turut berada di meja ialah seorang pegawai MKN (tak pasti Dato' ke). Beliau setuju dengan cadangan saya. Knowing me, saya katakan masalahnya ialah isu patriotisme hanya mendapat liputan menjelang Hari Kemerdekaan, atau apabila ada pihak memahkotakan pengganas komunis sebagai Hero, dan sebagainya.  Sepatutnya, semangat kecintaan terhadap negara mesti dipupuk sepanjang masa. Ramai lagi para veteran yang masih hidup boleh menceritakan pengalaman mereka. Kalau tanya saya, PLKN, BTN, IPG, IPTA, dan agensi-agensi berkaitan, adalah platform yang boleh memainkan peranan penting. Tapi, siapalah saya!! 

Apa pun, PAT telah memanggil saya untuk bertemu KSN. Saya pun memberitahu The Big Bos yang saya mengharapkan kepastian bila elaun itu dikuatkuasakan. Itu saja. Beliau berjanji akan memaklumkan saya nanti, insya-Allah. 

3 comments:

mangchikla said...

Agaknya sebab sikap 'tak mau mengalah' tu kot yg buat orang ingat 'Mejar Tua' tu tuan.. heheh

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara mangchikla,

Mungkin juga. Mana boleh bandingkan mejar pencen dengan 4 bintang!!!

Anonymous said...

do you know that the 4 bintang pun tak ada pengalaman yg di lalui oleh veteran veteran zaman insurgensi.