Followers

Wednesday, March 6, 2013

Nostalgik

Bila menonton berita di tv malam semalam yang menayangkan gambar wira-wira yang terkorban  dalam 'Ops Sulu' dan 'Ops Daulat' dengan berlatar-belakang tiupan 'bugle', sungguh menyayat hati mejar pencen ini. Manakan tidak, ia mengimbaukan semula pengalaman ketika berkhidmat di 70'an dulu.

Semasa bertugas sebagai Pegawai Gaji di 7 RAMD, Pengkalan Chepa, Kelantan, salah satu tugas saya ialah memaklumkan kepada waris-waris apabila gugurnya wira-wira kelahiran Kelante. Di waktu itu, Tentera Darat bertungkus-lumus dalam operasi menentang pengganas komunis, termasuk unit saya. Para pegawai kompeni terlibat dengan operasi manakala saya hanya tinggal di kem. Lagi pula, unit ini satu-satunya unit di seluruh negeri tersebut ketika itu; markas 4 Briged di Teluk Chempedak, Kuantan, Pahang. Justeru, 7 RAMD dipertanggungjawabkan untuk memaklum dan mengurus pengkebumian wira-wira yang terkorban di Kelantan.

Bayangkan perasaan keluarga, baik ibu-bapa atau isteri dan anak-anak, apabila terdengar suara memberi salam di waktu dinihari. Dengan menaiki Land Rover dan berbush-jacket dan songkok, saya pergi ke rumah kaum keluarga yang kebanyakannya di kampung-kampung, untuk menyampaikan berita yang menyedihkan! Mereka boleh meneka berita yang akan didengari. Belum sempat nak memaklumkan, ada yang terus menangis. Bila jenazah tiba pula, saya akan turut berada di tanah perkuburan dimana arwah disemadikan, tak kira waktu. Kadang-kadang jenazah dikebumikan jam 2-3 pagi. Sungguh menyayat hati.

Melihat pula F18 berterbangan dan gambar 'the old but faithful' Nuri yang masih setia  menyumbang bakti....

Utusan Malaysia 6/3/2013

.....mengingatkan saya operasi-operasi yang dilancarkan di Gubir dan Kroh. Selama 6 hari terturut-turut, pesawat F5 dan Tebuan telah mengebom kem pengganas komunis di kawasan operasi Gubir. Selepas itu, barulah 1 skuadron komando diterbangkan oleh 4 buah siburung besi. Di Kroh pula, sebelum Nuri mendarat di LP, Alouette gunship akan straff kawasan yang telah dikenalpasti.  Malah, dalam usaha menyelamatkan seorang casevac 6 RAMD, F5 telah memuntahkan beberapa bom dan roket, diikuti dengan ratusan butir 20mm mesin-gan gunship. Kemudian, barulah  'talian hayat' ini terketar-ketar mendarat. Dan soldadu itu selamat dibawa ke Hospital Pulau Pinang.  Kini, si 'Cepung' ini tidak lagi berperanan sebagai gunship, hanya digunakan untuk latihan penerbangan di Kolej Tentera Udara. 

Sebagai seorang rakyat negara tercinta ini, saya memang sangat marah dengan pengganas yang tak berhati perut. Dah le menceroboh negara orang, lepas itu menzalami jenazah pula. Dimanakah sifat-sifat kemanusiaan dan sebagai orang Islam? Saya berharap krisis ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme rakyat negara ini dan janganlah ada sesiapa yang cuba memperlekehkan pengorbanan warga Pasukan Keselamatan. HARGAILAH MENGORBANAN MEREKA KERANA PENGORBANAN MEREKA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARALAH KITA DAPAT MENIKMATI APA YANG DIKECAPI SEKARANG INI!!!!

Kepada wira-wira yang terkorban yang beragama Islam....Al-Fatihah.

4 comments:

Pokok said...

tak dapat dibayangkan bila ditugaskan sebagai pembawa berita..
Tuan Mejar..
Moga mereka yang lain selamat di sana.. Insyallah..

Al-fatihah kepada yang gugur..

Anonymous said...

salam tuan....bila baca thread ni..agaknya beginilah arwah bapa (ex-police force)dibawa keluar dari hutan sarawak selepas cedera diambush askar sukarno pada 1964, 3 peluru dibadan..namun selamat akhirnya..

minat buku said...

http://www.goodreads.com/author/show/6982538.Nor_Ibrahim_Sulaiman

http://www.goodreads.com/book/show/17565322-coretan-xnuripilot

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara-Saudara,

Terima kasih. Hanya mereka yang pernah mengalami sesuatu insiden akan memahaminya.

Saya berbangga terhadap kesedaran majoriti rakyat Malaysia yang menghargai pengorbanan warga Pasukan Keselamatan.