Followers

Thursday, March 21, 2013

Pelancaran Buku

Dua minggu ni saya memang sibuk bebeno. Akhbar ke, tv ke, blog ke....dah tak sempat nak tengok. Member golf bukan main seronok kerana asyik depa dapat minum free kat D'Kembung. Bukannya apa, saya telah dipelawa oleh Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis (PNMNP) untuk melancarkan buku saya yang tak sepertinya itu. Kali pertama depa pelawa untuk dilancarkan pada penghujung Feb. Saya terpaksa menolak kerana buku tak siap.

2 minggu lepas, depa pelawa lagi sekali untuk dilancarkan oleh DYTM Raja Muda Perlis pada 19 Mac di bangunan mereka. DYTM menghadiri Majlis Perasmian "Keunggulan Naskhah Lama & Artifak Menerusi Kegemilangan Melayu". Sempena majlis tersebut, pihak PNMNP memberi peluang kepada saya. Mana boleh lepas saja peluang keemasan yang datang menggolek begitu saja. Sudah pasti jawapan.....Mahu....Mahu...Mahu. Masalahnya....Buku masih tak siap!

PNMNP nak satu naskah untuk menentukan kesesuaian ia dilancarkan oleh Tuanku. Jadi, saya 'push' PNMB untuk satu 'dummy' buku untuk dinilai oleh PNMNP. Terpaksalah berulang-alik  ke Kangar. Push punya push, akhirnya PNMB berjaya mencetak beberapa naskah, termasuk 2 naskah untuk dipersembahkan kepada Tuanku.

Program

 Aturcara majlis

Bersama Puan Norma, Pengarah PNMNP

'Bila mula menulis?'

Keberangkatan pulang DYTM Raja Muda Perlis

Saya sangat-sangat bersyukur kepadaNya keatas penghormatan yang diberikan kepada mejar pencen ini. Siapalah saya untuk mendapat pengiktirafan sebegini....sesuatu yang di luar impian saya. Syukur alhamdulillah. Saya sungguh menghargai pihak PNMNP yang tidak lupakan saya. Agensi inilah yang pertama yang membeli buku pertama dan kedua saya. Dan juga menjemput saya serta rakan-rakan sebagai pengkisah akhir tahun lepas.

Puan Norma dan semua warga PNMNP....T E R I M A   K A S I H.

6 comments:

mangchikla said...

tahniah!!

Anip Skywalker said...

Sy sgt berbangga dgn usaha yg dilakukan oleh tn..tahniah!

dfda98f0-5b42-11e0-a2de-000f20980440 said...

tahniah tuan..teruskan usaha tuan..sebenarnya inilah satu cara dan niat murni tuan dgn style yg tersendiri dalam menanam sifat jatidiri dan patriotik mengasuh jiwa anak2 muda dan rakyat malaya semua sayangkan tanahair yg tercinta lagi berkat ini...mudah2an perjuangan org2 tua terdahulu dihargai generasi yg mendatang dan juga kini...amin

Nur Emyinda said...

Salam Tuan Mejar Nor Ibrahim,

Alhamdulillah...
Well done! Tahniah Tuan!

Satu komitmen dan usaha yang murni - perjuangan Tuan dulu, kini dan seterusnya - berterusan - demi kemanjadian anak bangsa berjiwa patriotik menerusi pengkisahan pengorbanan perwira negara.

TAHNIAH Tuan!

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara & Saudari,

Terima kasih. Semua terlaksana dengan adanya sokongan daripada para pembaca yang saya hormati.

Dah ada orang bertanya tentang buku ke3. Buat masa ni masih memikiokan bagaimana nak lariskan 1k naskah lagi. 500 dah habis tapi bukan semasa pelancaran. Hari tu hanya laku 2 naskah sahaja.

Apa pun, saya bersyukur kerana diberi penghormatan sebegitu.

mr_abs said...

Salam tuan.

Saya berminat nak dapatkan senaskah. Bagaimana caranya. Terima kasih.