Followers

Monday, July 22, 2013

Dilema Penerbit Persendirian

Nampak gayanya hasrat nak membaca kisah seorang anggota komando yang terlibat dalam operasi menyelamat anak kapal 'Bunga Melati 2' dan 'Bunga Melati 5' oleh lanun Somalia tidak kesampaian! Ini kerana penulisnya telah KIV penerbitannya buat sementara waktu dengan alasan masih terdapat 400 naskah buku pertamanya, daripada 1k yang dicetak, tidak terjual. Menurutnya, deraf sudah pun siap tapi beliau, petikan emel....'masih tidak berani untuk menerbitkan buku tersebut disebab takut menerima nasib yg sama seperti buku' pertamanya. Inilah masalah yang dihadapi oleh penerbit persendirian!

Keluhan tersebut adalah respons beliau kepada emel yang saya hantar kepada seorang 'Bos' agensi gomen tertentu dan dipanjangkan kepadanya. Dalam emel  tersebut, saya meluahkan kekecewaan kerana perpustakaan agensi berkenaan tidak menambah stok buku dalam inventorinya semenjak 2 tahun kebelakangan ini. Sebabnya? Tiada bajet...Kan RM2560 untuk 64 cawangan pun tak boleh dilencong daripada mana2 peruntukan kut!!! Tak apa le, sesiapa pun tidak boleh mempertikaikannya. Hak saya menawar produk; hak mereka pula menerima atau sebaliknya.

Saya mencadangkan kepada penulis berkenaan agar beliau memohon dana yang disediakan oleh gomen, melalui DBP, untuk penerbit persendirian/persatuan. Jika diluluskan, gomen memberi 'subsidi' sehingga RM5k untuk menerbitkan buku. Opsyen kedua ialah menawarkan kepada penerbit-penerbit, seperti DBP, menerbitkan buku itu. Walaupun DBP mungkin mengambil masa lama untuk menerbitkannya, sekurang-kurangnya buku itu akan diterbitkan, wallahualam. Apa pun, terpulanglah kepada beliau untuk memikiokannya.

Saya bersyukur kerana penjualan buku kedua saya agak memberangsangkan. Sekarang ini masih ada lebih kurang 200 naskah lagi daripada 2k yang dicetak. Selain pembaca blog saya yang sentiasa memberi sokongan, sasaran utama saya ialah Perpustakaan Awam Negeri-Negeri dan Perpustakaan Negara Malaysia.

'Kelebihan' saya ialah saya ni 'muka tebal' dan tak tahu malu....redah saja. Mungkin depa pun meluat apabila mendengar suara bagai buluh perindu simejar pencen ni. He...He...He. Mungkin ada juga 'terpaksa' membeli bagi mengelak daripada terus diganggu atau pun 'malu-alah'. He...He...He.

Saya juga telah menghantar emel/sms kepada beberapa orang YB menyarankan mereka membeli buku-buku bergenre patriotisme untuk didermakan kepada SMK2 di kawasan mereka. Syukur alhamdulillah, YB Datuk Dr Abdul Latiff telah membeli 50 naskah untuk diagihkan kepada SMK2 di Mersing. Yang lain2 tu, faham2 sajalah!

Saya dimaklumkan oleh squad-mate, Lt Jen Dato' Khairuddin Yusof (B), xPanglima Medan, bahawa beliau telah pun menyediakan deraf kisah insiden 'Bukit Jenalik - Al Maunah'. Ketika itu beliau adalah Panglima 2 Divisyen. Deraf tersebut sedang disaring dan akan diterbitkan oleh MTD (Markas Tentera Darat). Saya harap buku itu akan dijual kepada orang awam. Saya dah menonton kisah tersebut dalam 'History Channel'. Sekarang nak tahu pula daripada perspektif  beliau pula, wallahualam.

9 comments:

anak watan said...

Salam... Tuan, blh sy tahu apa kah tajuk buku yg telah di terbitkan oleh Bekas Komando yang di nyatakan oleh Tuan di sini

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Waalaikumussalam saudara anak watan,

"Menjunjung Bere Hijau". Sesiapa yang berminat, sila hubungi penulisnya di nazacdo@gmail.com. Terima kasih.

Katon said...

dah beli buku tu, dia terlibat ke kat Laut merah?

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Katon,

Berlandaskan kepada emel beliau, begitu le.

Cipher said...

Macam mana saya nak beli buku kedua Tuan?

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Cipher,

Butir-butir ada dipaparkan di sebelah kanan blog saya. Terima kasih.

Katon said...

salam tuan, raya ni ada mana? ingat nak beraya sambil membeli buku terbaru tuan

Faisal Hasan said...

Dah cuba YB Khairi ke belum, lebih-lebih lagi dia termasuk dalam Asker Wataniah. Cuba promosi buku Tuan dengan dia sekali dengan cadangan tuan untuk memantapkan jiwa muda mudi.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Katon,

Tepen.

Saudara Faisal Hasan,

Terima kasih diatas cadangan. Dah hubungi melalui tweeter/blog beliau. Faham2 saja le.