Sayang sekali tidak banyak gambar diambil ketika dalam unit tersebut untuk diabadikan. Dulu, ongkos banyak kurang. Gaji Lt M baru $360.00 (RM belum digunakan). Kalau mampu pun beli kamera 'kotak' Kodak yang berharga ~ $30, hobi ini membeban dari aspek kewangan. Mana lebih penting, nak bayaq mes bil, buat VA (Voluntary Allotment), dan sebagainya, atau membeli filem dan mencuci gambar? Dah pasti le jawapannya gambar tidak tersenarai. Ia hanyalah sesuatu yang diidamkan, bukannya satu keperluan. Itu kenyataan bagi saya. Orang lain saya tak tahu le.
Baru-baru ni, seorang pegawai RAD telah WhatsApp gambo-gambo berikut. Sungguh nostalgik apabila melihatnya....
1966 - No 2 Meriam masih berpangkalan di Kemunting Kem sebelum diambil alih oleh No 3 Meriam. Meriam di atas turut digunakan untuk 'gun salute'. Saya berpeluang membuat gun salute di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, menggunakan meriam tersebut
Saya masih belum masuk sojar lagi bila gambo ini diambil
Gunners di 'gun position'
Howitzer 105mm dengan 'anak-anak'nya
Siburung Nuri dengan muatannya. Ni selepas era saya kerana terdapat 'hidung badut' pada siburung besi
Aksi seorang gunner berposing dengan SMG 9mm untuk mempertahankan abang Howitzer 105mm
Sempat lagi bergambar dengan penduduk tempatan. Tu HBSLR (Heavy Barrel Self Loading Rifle)
Lawatan Pengarah Meriam
Kapt Hafiz....Terima kasih.
6 ulasan:
A big picture with the small apreciation and less followers
Dear Anonymous,
Thank you. Whatever it is, I'm happy to know that there're readers like you who care to read my jottings. I really appreciate it.
salam mej sir,apa kata kita mohon elaun kenangan selain ganjaran pencen untuk orang yg berpencen?kedengaran lucu dan tak masuk akal.tapi dari impian lah tercapai kenyataan,namun saya akur BUKAN TUGAS YG MUDAH.THANKS IF U PUBLISH MY RUBBISH OPINION
Salam Tuan.
Lebih separuh gambar ini merupakan koleksi 650652 W02 Yasin yg merupakan perintis penubuhan 'C' Bateri 3 Meriam pada tahun 1970 yg ketika itu beliau baru berpangkat L/Bdr dan terus menerus servis di bateri ini sehingga berpencen sbg B.S.M pd tahun 1984. Antara Y.O yg pernah berkhidmat bersama beliau ialah Mej.Jen. (B) Dato Ramli.
Salam Tuan,
Bapa saya salah seorang anggota pasukan Meriam semasa penubuhannya di Tanah Melayu bertempat di Kajang. Nostalgianya, ia kerap kali mengulanginya bila bercerita.
Saudara Anonymous,
Terima kasih diatas maklumat itu. Ini bermakna saya bersama WO2 Yasin kerana saya juga adalah Seksyen Komander C Bty ketika itu. BC pertama ialah Mej Thomas Oh dan Mej H'ng Hung Meng. Bk Kapt Chin KF, Trup Komander Lt Maniam & GPO Lt Kenny Koh. TAMA Sgt pula Sjn Shamsuri. Lapor diri kat Kuching ketika itu pada Mei 1969.
Masa Dato' Ramli mula lapor diri, saya ada di sana.
Catat Ulasan