Followers

Tuesday, September 24, 2013

Apa Kata Mangsa

Rasanya tak aci le akhbar/portal tertentu menyiarkan pandangan mereka yang pro membawa balik abu Chin Peng tetapi tidak terlibat secara langsung dalam operasi menentang pengganas komunis di era insurgensi dulu. Mengapa tidak bertanya kepada mereka yang cacat anggota badan sepanjang hayat dek menentang pengganas komunis sebelum 02 Disember 1989? Pe tanya veteran OKU seperti saudara Mohd Rosli Bin Adnan (1015140), x 7RAMD.

Menurut laporan 'Bernama' pada 18/9, ini respons beliau tatkala diajukan soalan membawa abu petualang negara tersebut...'detested the word 'communist' and inflamed with anger when asked about attempts to bring home the body or ashes of Chin Peng'. 

Mengapa beliau begitu marah? Ikuti kisah beliau yang saya 'copy & paste' (permisi telah dipohon) daripada mukabuku 'X 7RAMD'.....

Pada 25 November 1978 semasa berkhidmat di Batalion Ke 7, Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Erskine, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Semasa menjalankan tugas operasi Ops Kota Grik Perak ... Pada jam 0645 pagi khemah di kawasan Bukit Kobeh, Grik Perak telah diserang dari beberapa penjuru olih pangganas komunis.

Pada jam 0900 pagi setelah hari cerah dan terang kami diarahkan menjejak musuh yg melakukan serangan. Setelah bergerak dalam lingkungan 500 meter dari khemah, saya telah terpijak jerangkap samar, yang mana kaki kanan saya telah putus dan kaki kiri saya hancur.

Bantuan helikopter nuri sampai jam 12.00 tengahari, sedang usaha mengangkat saya naik melalui tali, helikopter nuri TUDM telah ditembak olih musuh yg masih berada dikawasan tersebut, akibat serangan itu helikopter pun terbang meninggalkan kawasan dan gagal membawa saya keluar.

Apabila waktu telah petang hampir jam 2.00 anggota pasukan seramai 13 orang diarah membawa saya dengan diusung kesatu tempat yg lebih selamat yg mana memakan masa 4 jam melalui hutan belantara dan anak sungai,, Kami sampai ke tempat yg diarahkan lebihkurang jam 6.30 petang.

Keadaan saya ketika itu amat parah dan kritikal. Dlm beberapa minit kemudian 3 buah helikopter sampai untuk membawa saya keluar,, suasana ketika itu amat menakutkan, 2 buah helikopter memberi tembakan kawalan.

Semasa penerbangan saya dirawat olih pasukan perubatan ATM sahinggalah sampai ke Hospital Pulau Pinang lebih kurang jam 7 malam,, Sampai disana kedua dua kaki saya tak dapat diselamatkan'.

Ketika kejadian itu, beliau hanya baru 21 tahun berada di dunia ini. Bayangkan tatkala masih muda trang-tang-tang, dalam sekelip mata beliau kehilangan kedua-2 kakinya! Hanya kerana nak mengejar cita2 menjadikan Malaysia sebuah negara berideologikan komunisme, para wira seperti Mohd Rosli terpaksa menanggung seksa sepanjang hayat. Apakah agaknya perasaan mereka yang menobatkan sipetualang ini sebagai wira negara sekiranya ada di kalangan keluarga terdekat/tersayang mereka, katakanlah bapa, adik, abang, dll, yang terkorban atau merana sepanjang hayat angkara keganasan 'hero' depa tu. Apa le agaknya tanggapan mereka terhadap idola mereka jika mereka sendiri mendapati dunia menjadi gelap-gelita angkara jerangkap samar seperti yang dialami oleh wira kita di sini. Adakah pandangan mereka masih sama atau sebaliknya? Hanya mereka saja yang dapat menjawabnya, wallahualam.

Apa pun, saya tabik spring dan syabas saya ucapkan kepada gomen diatas ketegasannya TIDAK membenar abu mendiang dibawa balik ke negara tercinta ini...MALAYSIA...TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.

4 comments:

bob Matcha said...

seeloknya tak dibawa balik abu chin peng tu...takut nnt kuburnya akan penuh dengan bau2an yg kurang enak,, sudah pasti ramai yang berdendam.

Arunzab said...

Amat sedeh maseh ada bekas pegawai kanan bersara berpangkat Col (ATM) yang berpendapat Chin Peng patut de beri perhormatan terhakir sa demikian :

"Chin Peng fought his battles and lost. My duty as a soldier is to respect that he had a mission equally asinine as mine. He must be given the dignity of a soldier. His ashes must have a ceremonial burial in Sitiawan. The Brits will allow it coz they are civilized. My view is do not do to others what you don't wish done to yourself."

Arunzab said...


27 Sept 2013 ( The Star )
Titah DYMM Sultan Selangor

Chin Peng was an enemy of the state, says Selangor Sultan

The Ruler reminded the people that Chin Peng wanted to turn the country into a communist state, and he and his compatriots were responsible for the deaths of many security personnel and civilians.

“History has shown that the Government sacrificed a lot of money and effort to defend the country’s sovereignty.

“Lives of members of the armed forces and police were lost, and many civilians were killed and suffered as a result of the actions of Chin Peng and communist terrorists,” he said .

Anonymous said...

Col atm yg berkata demikian mesti x pernah cacat akibat jerangkap samar. Entah 2 x pernah bertempur