Pengikut

Ahad, 6 April 2014

4 Terkorban

Sambungan yang masih dipetik dari buku di sini.

Pada masa bergerak balik di sebelah petangnya, seksyen ini sentiasa berwaspada dan mempastikan jarak pergerakan. Ketika anggota seksyen ini menyeberangi jambatan kayu yang disebutkan di atas, mereka telah diserang hendap. Menurut  Tuan Hj Mohd Isnan bin Jumingan yang terlibat sama dalam peristiwa tersebut, tembakan bertubi-tubi oleh gerila komunis dari arah tebing telah membunuh peninjau pertama yang terkena tembakan di kaki dan kepalanya. Beliau yang menjadi peninjau kedua berusaha membalas tembakan tetapi kecundang apabila turut terkena peluru musuh di perut sebelah kiri dan bahagian tepi kepala. Kedua-dua mereka yang berada di atas tebing di seberang  jambatan telah terpelanting ke bawah tebing dan jatuh ke dalam sungai di sebelah hilir jambatan.

Dalam keadaan tercedera itu, beliau nampak ketua syeksen bersama dengan dua anggotanya yang berada di atas dan hujung jambatan membalas serangan gerila komunis sehinggalah mereka akhirnya turut terkorban. Manakala dua orang lagi anggota yang berada di belakang dipercayai tidak dapat bertindak dan mencari perlindungan. Oleh kerana kedudukan mereka yang terperangkap dalam serangan bertubi-tubi oleh kira-kira 30-40 anggota gerombolan komunis dari kedua-dua belah tebing dekat dengan jambatan itu dan juga oleh letupan jerangkap samar yang dipasang pada jambatan tersebut, menjadikan mereka berada dalam keadaan tidak boleh membuat serang balas  dengan berkesan. Akibatnya seramai empat anggota terkorban dan seorang  lagi cedera. Mereka yag terkorban ialah 14502 Kpl Ahmad bin Hussain 18625 Pbt Khalid bin Abu Bakar (peninjau pertama), 18626 Pbt Ghani bin Salleh, dan 18794 Pbt Abd Rani Ramli. Anggota yang tercedera ialah 18262 Pbt Mohd Isnan sendiri, iaitu peninjau kedua.

Tak sempat nak scan gambar Kpl Ahmad & Pbt Ghani dari buku 'Gurkha Malaya'...Al-Fatihah

Bersambung...InsyaAllah.

3 ulasan:

Unknown berkata...

Al-Fatihah...bersambung lagi...

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Muhammad Atan,

Terima kasih. Op Semai ini begitu signifikan tapi tidak dapat liputan meluas, malah tidak ramai yang menyedarinya termasuk di kalangan anggota Pasukan Kelamatan.

Unknown berkata...

saya sangat bersetuju dgn tuan,kami generasi baru memang langsung tidak mengetahui cerita2 bersejarah sebegini dan seumpamanya .cuma boleh didapati di blog2/laman web tertentu sahaja...sungguh sayang sekali..(dah lama jadi silent reader je..hehehe)