Followers

Thursday, June 5, 2014

Kongsilah Bersama...

Saya dah ketandusan cerita untuk dicoretkan. Saya pasti banyak kisah yang belum diluahkan oleh mereka yang pernah mengalami pelbagai peristiwa yang mungkin susah dilupai sehingga ke akhir hayat. Saya juga dah banyak kali bertanya sesiapa yang terlibat dalam Ops Tsunami di Acheh pada 26/12/2004, Ops Fajar menentang lanun2 Somalia, dan penglibatan di bawah panji PBB di Kampuchea, emelkan pada saya. Tapi responsnya tidak menggalakkan. Tak apalah...apa yang dikatakan!!!

Pagi2 tadi, nak buat spring cleaning emel yang dah bertahun2 terpendam. Dalam mengimbas emel2 tersebut, terbaca emel daripada seorang wartawan, En Fazel, yang menghantar emel pada 2/10/12 tentang pengalaman beliau di Acheh. Ini kisah beliau...

Salam,

Pelbagai perasaan bermain di minda bila membaca nukilan tuan dalam
blog http://xnuripilot.blogspot.com/

Selaku anak Gerik dan membesar di JKR Base Camp, sudah tentu kisah
tentang pembinaan Lebuh Raya Timur Barat paling mencuri tumpuan saya.

Teringin benar ingin tahu lebih lanjut kisah tuan selaku individu yang
terlibat dalam operasi ketika proses menyudahkan lebuh raya berkenaan.

Disini juga, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman ketika bertugas
wartawan di Aceh.

Menumpang pesawat tentera, saya merupakan antara yang terawal tiba di
sana untuk membuat laporan.

Ketika itu, saya baru seminggu mendirikan rumahtangga. Sempat juga
saya melawak dengan isteri tercinta, itu sebab Kekanda tak ingin kawin
lagi, bimbang Tsunami berulang. (Haha)

Dipendekkan kisah, saya melihat sendiri bagaimana warga tentera dan
Juruterbang NURI menabur jaya.

Antaranya seperti yang tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia pada 31
Januari 2005.

Pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan sejumlah
120 jam penerbangan dari sini ke beberapa lokasi bencana sepanjang
pantai barat wilayah ini sejak 12 hari lalu.

Penerbangan misi bantuan itu turut membawa sejumlah 720 orang
penumpang melibatkan anggota tentera dari negara lain, pemerhati
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sukarelawan.

Komander Rendah TUDM, Mejar Yassin Yahaya berkata, pada mulanya
penerbangan menggunakan dua helikopter Nuri itu lebih tertumpu di
lokasi yang mempunyai kawasan mendarat.

``Pada mulanya kami mendarat di Meulaboh dan Lamno sebelum
diperluaskan ke kawasan seperti Calang, Teunom, Lhoong, Lhoknga dan
Pulau Sabang.

``Penerbangan kami ini dilakukan setiap hari dari pagi hingga petang
dengan membawa pelbagai barang bantuan seperti makanan dan
perubatan,'' katanya.

Ketika itu saya teruja melihat selain Nuri pesawat dari Amerika
Syarikat iaitu Hercules C-130, Blackhawk dan kapal perang USS Lincoln
juga ada

Tidak ketinggan Tentera Jepun dan Singapura dengan pesawt Chinook mereka.

Deruan enjin pesawat di udara sebenarnya amat dinanti-nantikan penduduk Aceh.

Ini kerana setiap deruan bermakna ‘bantuan sudah tiba’.

p/s: bersama email ini saya sertakan dua keping gambar yang sempat
saya rakamkan termasuk Nuri di Aceh. terima kasih.


Para Pembaca yang dihormati, jangan salahkan 100% generasi masa hadapan kurang semangat patriotisme. Kita yang pernah menempuh pahit-maung ketika negara sedang membangun, tidak menyumbang kepada khazanah sejarah negara. Jadi, manalah anak-cucu nak tahu sejarah mereka sendiri. Sungguh sayang sekali jika kisah2 itu akan bersemadi dengan jasad apabila tiba masanya nanti....terkuburlah secebis sejarah negara!!!

Memang subjek 'Sejarah' sudah dijadikan subjek 'Mesti Lulus' tapi pentelaahannya hanyalah untuk lulus peperiksaan. Perencahnya (ajinomotonya) ialah kisah2 para veteran itu sendiri yang menyedapkan pembelajaran subjek tersebut, wallahualam.

Bukanlah nak puji orang putih tentang cara menonjolkan kehebatan mereka. Saya sedang membaca buku (kiri) yang dihadiahkan oleh En Redza Zainal. Penulisnya ialah Chief Petty Officer Jay O'Donnel, seorang xpenyelam Royal Navy SAR. Beliau adalah kru Sea King (S-61 adik-beradik Nuri) dalam misi SAR. Kita pun apa kurangnya....hanya tidak diceritakan. Fikir-fikirkanlah.

 En Fazel & En Redza Zainal....Terima kasih.

3 comments:

Anonymous said...

Salam tuan, saya nak kongsi pengalaman sebagai orang awam tentang nuri. Rumah org tua saya berdepan dgn padang pularek tudm ipoh. Dari zaman saya budak2 lagi dah tgk nuri turun naik disitu. Antara yg diingati 4-5 nuri dan 3 alloutte landing masa yg sama. Bayangkan downwash masa tu. Dulu tak faham kenapa byk heli turun tapi setelah baca blog tuan dan lain2 baru tahu rupanye operasi menangkap komunis. Pasal downwash yg kuat juge pakcik jiran bergaduh dgn pilot nuri ditepi pagar. Habis tumbang pecah pasu pokok bunge dia. Apa taknye nuri lalu atas rumah siap dpt bau avgas. chinook australia angkut nuri rosak,

Anonymous said...

sayang skali...negara2 barat seperti US byk menerapkan unsur patriotisme dlm apa jua filem atau drama yang dikeluarkan...kita hanya berbangga dengan sambutan kemerdekaan tetapi tiada pengisian didlm jiwa anak muda skrg ini...kita hanya berbangga dengan cerita rempit,bohsia, gangster tanpa ada ape2 pengisian dan tidak lebih dari sebuah hiburan semata2...perjuangan melawan komunis hanya diterbitkan sekitar tahun 70an dan 80an...sayang seribu kali sayang...kita menghargai kemerdekaan hanya pada 31 ogos setiap tahun sebagai cuti umum sahaja...konsert pada malam sblmnye dan perarakan pada paginye...selepas itu sepi menunggu tahun berikutnye

mokhzani said...

http://hobbit1964.blogspot.com/2010/02/friday-august-1-2008-death-and-life-in.html