Pengikut

Isnin, 30 Jun 2014

Sarong Terbang

Dalam pencarian untuk mendapatkan bahan kajian, banyak kisah2 yang tak pernah saya dengar. Satu kisah ni memang sangat lucu. Ia diceritakan oleh mantan  Ketua EU (Examination Unit) sebelum menjawat Ketua No 10 Skn, TUDM Kuantan.

Menurutnya, beliau bersama kru telah membuat tugas membawa trup dan bekalan untuk PPH di Klian Intan. Pagi2 lagi, mereka telah berlepas dari Kuantan ke Klian Intan. Tugas tidak dapat dilaksana sepenuhnya pada hari itu. Kapten pesawat membuat keputusan untuk bermalam di Klian Intan saja daripada terbang ke Butterworth. Ini untuk menjimat jam penerbangan. Di Klian Intan mana ada 'night life', memang boring. Mujur le pertandingan Thomas Cup yang berlangsung di Bangkok, Thailand (1970?) disiarkan secara langsung oleh TV1 malam tu. Jadi, kru pun menonton tv untuk menyokong tim kita. Mereka memang bersantai bebeno. Mana tidaknya, pakai kain sarong dengan baju "T" saja.

Tengah pekik sana, pekik sini, masuk seorang inspektor memaklumkan sentri yang mengawal kem ternampak beberapa lembaga bergerak berhampiran dekat kem. Apabila dicabar oleh sentri, mereka lari. Masa tu kawasan Klian Intan memang panas. Sapa2 yang dah lupa, di sinilah John Davis menjemput Ching Peng dan geng pada 27 Disember 1955 dan membawa mereka ke Baling untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Saya sendiri ditembak dengan M79 Grenade Launcher pada 24 Julai 1978 di kawasan ini.

Berita ini membuatkan anggota2 dalam keadaan 'stand-to'. Kapten pesawat pula membuat keputusan untuk terbang ke Butterworth. Nuri mesti diselamatkan. Maklum sajalah...Nuri literally a shooting duck. Beliau mengarahkan kopilot dan KU untuk mengemas barang2 dari bilik manakala beliau pergi 'start the Nuri'. Jam masa tu lebih kurang 2300. Bila kopilot dan KU masuk dalam Nuri, mereka pun berlepas ke Butterworth.

Semasa penerbangan tu, mereka menghubungi Bilik Gerakan memaklumkan mereka akan mendarat di Butterworth.  Masa tu menara kawalan Butterworth dibawah RAAF dan pada malam tu dah tutup kerana tiada penerbangan. Sudah pasti 'controllers' terkejut mengapa tiba2 sebuah Nuri berlepas dari Klian Intan ke Butterworth tanpa sebarang notice sebelum ini. Bila Nuri mendarat saja, mereka pun pergi ke Nuri. Alangkah terkejut beroknya mereka apabila melihat kapten dan kopilot turun dari pesawat memakai kain sarong dan t-shirt saja. Bayangkan bagaimana rupa mereka...sarong, t-shirt & flying helmet...He...He...He. Mat Saleh pecah perut bila mendengar cerita mereka.

Kopilot sudah tiada lagi, saya tak pasti pula tentang KU.

Mej Xxxxx Xxxx.....Thank you.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sejujurnya perisiwa ini kalau ada BOARD OF INQUARY.ENTAH APA LAH NASIB.APA PUN DARI SATU SUDUT PULA IANYA SECEBIS KENANGAN LALU YG TAK MUNGKIN SEMUA ORANG TAHU.SILAP2 PTU WAKTU TU PUN TAK TAHU KESAH.DLM TRAGEDI ALMAUNAH PULA DIKATAKAN SETELAH RANKOM DIAKTIFKAN SATU DARI BATALION telah diatur gerak tanpa pihak atasan tahu yg mereka move sehelai sepinggang tanpa FSMO lengkap..kalau yg empunya cerita berbohong maka bohong juga lah saya.sekadar perkongsian cerita sahaja ADMIN

hanizam berkata...

cer letak sekali gambar orang pakai t-shirt, kain pelekat dan helmet tu sekali...ala-ala lakonan semula...

saya baca entry ni pun boleh ketawa, ni pulak kalau ada gambo sekali...

tahniahlah admin...

*sayangnya buku yang admin terbitkan hari (pulau layang-layang kalau tak silap) saya tak dapat nak beli, sebab masa tu MC lama...tangan patah...