Pengikut

Sabtu, 20 Disember 2014

Ops Ukur - Bhg 1

Sedikit sejarah tentang Ops Ukur.

Treaty Of Bangkok 1909 di antara Inggeris dan Thailand telah menentukan sempadan Malaya dan Thailand..."Commencing from the most seaward point of the northern bank of the estuary of the Perlis River and thence north to the range of hills which is the watershed between the Perlis River on the one side and the Pujoh River on the other; then following the watershed formed by the said range of hills until it reaches the main watershed or dividing line between those rivers which flow into the Gulf of Siam on the one side and into the Indian Ocean on the other; following this main watershed so as to pass the sources of the Sungei Patani, Sungei Telubin and Sungei Pergau; then leaving the main watershed and goind along the watershed separating the waters of the Sungei Pergau from the Sungei Telubin to the hill called Bukit Jeli or the source of the main stream of the Sungei Golok".  (Maaf le. Peta menunjukkan sempana memang ada tapi tak reti nak copy & paste dari pdf...he...he...he) 

Berlandaskan kepada Treaty tersebut, kerja-kerja penandaan dan pengukuran bermula pada 1910-1912 oleh Inggeris dan Thai. Melalui MOU di antara Malaysia dan Thailand pada 8/9/72, kerja-kerja menyelenggara batu-batu tanda  sempadan darat dilaksanakan. Tugas ini telah dimulakan di Perlis pada 6 Julai 1973 dan berakhir di Kelantan pada 26 September 1985. 

Ops Ukur ini melibatkan anggota JUPEM dan Royal Thai Survey Department. Kehadiran PK sangat diperlukan kerana kegiatan PGK begitu aktif di kawasan sempadan. Bagi menentukan keselamatan juruukur, Pasukan Kesalamatan kedua-dua negara diaturgerak untuk mengiringi mereka. Pihak Malaysia melibatkan PPH manakala Thailand oleh Thai Border Police. Sebelum Ogos 1977, operasi ini 100% dipertanggungjawab kepada PPH. ATM hanya diwakili oleh, tak lain dan tak bukan...'the old but faithful iron birds...Nuri'. Selepas Ogos 1977, Tim Pemusnah Jerangkap Samar  (TPJS) menyertai Ops Ukur di Durian Burung, Kedah Darulaman. Tugas utama mereka sudah pastilah untuk memusnahkan jerangkap samar.
Menunggu ketibaan 'talian hayat'...Nuri

Keperluan warga Thai dihantar oleh Bell Iroquois

PGK tidak melepaskan peluang untuk menembak siburung Nuri. Dalam satu insiden pada 29/5/78,  FM1724, yang dikendalikan oleh Kapt (U) Chong Keng Lay, Lt M Adzli dan Sjn Charles, telah dijadikan 'target practice' oleh PGK. Mujurlah yang kena tembak hanyalah bahagian pylon. Sebuah Nuri telah di'written-off' apabila terhempas pada 1982 semasa membuat tugas Ops Ukur di kawasan Batu Melintang.

Menurut rekod JUPEM, sepanjang operasi ini, musibah yang berlaku kepada tim Malaysia ialah seperti berikut:

                               Cedera                 Terkorban
                        JS    S/Hendap

1. PPH            57        3                           8
2. RAJD         1 2                                    2 (JS)
3. JUPEM       14                                    4 (3 S/Hendap & seorang semasa kecelakaan Nuri)

Data ini diperolehi apabila pegawai JUPEM singgah di Jitra pada 14/11/14 dalam perjalan mereka balik ke Taiping setelah menghadiri mesyuarat di Hatyai.

Dari kiri: Alakasvaran, NIBS, Mohd Makros

Nak tahu bagaimana 11 warga Malaysia yang terkorban angkara serang hendap? Bersambung....

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalam Tuan.. bila terbaca coretan ini sy teringat kisah yg di ceritakan oleh ayah. saya bertanya adakah dia layak terima pingat jasa malaysia. mengikut syarat2 yang di tulis setiap anggota perlu berada dalam operasi tidak kurang dari 3 bulan. Dari cerita ayah lebih dari 3 bulan dia pernah masuk operasi terutama dalam kerja-kerja mengukur sempadan mengiringin org jabatan ukur dan kisah nuri terhempas di batu melintang jeli pun pernah disebutnya cuma saya ingat2 lupa..

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam. Pertama sekali, adakah ayah anda seorang anggota ATM?Mungkin saya silap, tetapi yang yang saya ketahui PJM hanyalah untuk anggota ATM sahaja. Jika beliau dalam golongan ini, maka beliau layak menerimanya, wallahualam.

Unknown berkata...

Assalamualaikum Tuan..sy student suksis uum..sy teruja membaca blog tuan dan mendengar tuan memberi ceramah kepada saya mengenai pesawat nuri..alhamdulilah,sy memperolehi banyak maanfaat mengenai sejarah negara kita dan tentera2 yang banyak berkorban untuk mempertahankan negara ini..Kami generasi muda,jika tidak ada coretan sebegini mungkin kami tidak tahu sejarah yang sangat bermakna ini dan mungkin saya tidak tahu kisah-kisah perperangan yang berlaku dahulu yang banyak meragut nyawa anggota tentera negara kita.begitu besar pengorbanan yang dilakukan oleh tentera negara kita demi mempertahankan kedaulatan negara sehingga kini..terima kasih tuan..