Followers

Friday, November 13, 2015

Ops Bamboo - Bhg 2

Bersambung dari SINI....

Operasi ini sinonim dengan pasukan Senoi Praaq dan Orang Asli (OA). Masa era darurat (1948-60), kepentingan Inggeris terhadap OA hanyalah sebagai bahan kajian oleh ahli antropologi dan diletakkan di bawah Muzium Taiping. Apa lagi, PKM mengambil kesempatan ini untuk mengeksploitasi keadaan ini. Mereka telah menubuhkan pasukan ASAL yang terdiri daripada OA. Golongan ini, sama ada dipaksa atau secara sukarela, membekal makanan, ubat-ubatan, dan juga maklumat tentang pergerakan PK kepada PGK. Objektif sebeno penubuhan pasukan ini ialah "...to create a labor pool to provide portage services and, more importantly, to supply armed combatants ready to fight along their side" (Davis, Jumper, 2007, Ruslan of Malaysia - The Man Behind the Domino That Didn't Fall). 

Inggeris mula memperakui peranan yang dimainkan oleh golongan OA. Gerald Templer mengaku bahawa  "...The aborigines of Malaya was that they had become a vital factor in the Emergency" (Holman, Dennis, 1959, Noone Of The Ulu). Ekoran kesedaran ini, Inggeris telah memindah segolongan besar OA ke penempatan baharu, selari dengan dasar penempatan semula dalam Pelan Briggs.

Masalahnya, Inggeris tidak memahami OA. Mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang begitu asing daripada tempat asal mereka. Kegiatan seperti memburu kini terbatas dan tidak lagi "...dapat merasai lagi daging tupai, kera dan burung" (Ho Hui Ling, 2010, Pembanterasan Komunis Di Tanah Melayu). Kesan penempatan ini mengakibatkan OA mengalami kemuruman sehingga ramai daripada mereka yang menghadapi masalah mental, jatuh sakit dan mati.

Menyedari kesilapan ini, Templer meminda dasar ini. Kini, beliau mengarahkan OA dipindah semula ke kawasan asal mereka. Untuk mengawal pergerakan golongan ini, beliau telah mengarahkan pembinaan 11 kubu di seluruh Tanah Melayu. Kubu-kubu ini dikawal oleh pasukan PPH. Selain PPH, kubu-kubu ini juga turut menempatkan staf Jabatan Orang Asli (JOA). Kemudahan perubatan turut diadakan. Beliau juga telah mengarahkan penubuhan pasukan Senoi Praaq. Turut menganggotai pasukan ini ialah bekas anggota PGK daripada golongan OA. Objektif tindakan ini semua adalah dengan harapan OA akan memihak kepada gomen dan memisahkan mereka daripada memberi sokongan kepada PGK.

Cukup le setakat ini. Akan disambung nanti, insyaAllah.

No comments: