Followers

Sunday, March 25, 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian v

Bersambung dari SINI.....

Image result for images of Lt. Gen. Sir Geoffrey Bourne, Director of operations malayaPada 11 Januari 1955, Tunku pergi berjumpa Lt. Jen. Sir Geoffery Bourne, Pengarah Operasi (kiri). Beliau menyedari bahawa PKM tidak akan menerima tawaran pengampunan ini. Beliau memaklumkan kepada Bourne bahawa objektifnya adalah untuk meyakinkan rakyat yang beliau membuat sesuatu untuk mendapatkan kemerdekaan. Beliau juga menyedari rundingan secara bersemuka dengan PGK mungkin tidak berlaku (Nik Anuar Nik Mahmud, hlm. 4).

Hasil pertemuan ini, Jawatankuasa Pengarah Operasi telah bersidang pada 17 Januari untuk membincang saranan Tunku. Turut hadir ialah  H.S. Lee (wakil MCA). Lee dari mula lagi begitu teruja dengan cadangan ini yang diumumkan pada awal Januari. Malah, beliau sedia masuk hutan untuk bertemu dengan Chin Peng sepertimana yang diperakui oleh bos PKM itu sendiri, Chin Peng (Chin Peng, 2003), alias Chin Peng: My Side of History, Singapore: Media Masters, hlm. 353).

Semasa mesyuarat ini, Tunku dikehendaki menjelaskan apa yang dimaksudkan 'pengampunan' yang disarankan olehnya; adakah 'amnesty' atau 'armistice'? (Amnesty ialah "...an official pardon" sementara armistice ialah "...a formal agreement for general cessation of hostilities." Setelah berbincang, jawatankuasa menegaskan bahawa publisiti pengisytiharan ini dihentikan kerana ia menjejas kempen semasa yang menggalakkan gerila menyerah diri dan isu ini adalah isu gomen dan bukannya parti. Dengan kata mudah, gomen mat saleh tidak setuju! Namun begitu, gomen bersetuju untuk menubuhkan 'working party' untuk meneliti semua aspek implikasi amnesty. Working party ini dianggotai oleh pegawai staf Bourne, Setiausaha untuk Pertahanan, wakil Peguam Negara, Tunku, Lee dan V.M. Menon dari Parti Negara.

Keputusan mesyuarat diumumkan kepada rakyat jelata:

"The question of an amnesty was very fully discussed in every respect at the Director of Operations Committee today. It was unanimously agreed that a general amnesty should not be offered, but that the present surrender policy, which embodies a very considerable measure of amnesty should continue, and increased efforts should be exerted to bring it to the notice of the rank and file of the terrorists, so that more may be induced to follow the lead of the 1,500 who have already surrendered. It was also agreed that the matter should be kept constantly under review so that policy can be hastened by greater or lesser measure of amnesty" ((Nik Anuar Nik Mahmud, hlm. 5).

Walaupun usulnya ditolak, namun ianya tidak mematahkan semangat Tunku. Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, Parti Perikatan menjadikan amnesty sebagai platform dalam manifesto untuk pilihanraya pada Mei 1955. Manifesto ini  menegaskan "...To end the Emergency as soon as possible by offering a general amnesty and, if that fails, to mobilise all our resources and seek all foreign aid to increase the vigour and intensify of the fight against the terrorists" (Nik Anuar Nik Mahmud, hlm. 5).

Apa pula pandangan Chin Peng mengenai tawaran pengampunan ini?

La...masih banyak lagi. Rasanya bersambung lagi le....insyaAllah.

No comments: