28 Dis 1955...D-Day
Jam 1100 - Rundingan bermula...sepatutnya le...
Pagi-pagi lagi, satu platun penembak tepat polis mengambil tempat di luar pagar perimeter Baling English Schools dan rumah penginapan rombongan Chin Peng. Arahan yang mereka terima - tembak saje sesiapa yang cuba memasuki kawasan larangan tanpa permit khas.
Bilik tetamu dan makanan dalam tin sudah disediakan. Tugasan ini dipertanggungjawabkan kepada Jaafar Ismail, yang juga dikenali sebagai Pak Long Jaafar (kiri), tukang kebun sekolah tersebut semenjak 1 Feb 1952 dan bersara pada 1988. Menurutnya, pada 27 Dis dia masih ingat sorang pegawai Mat Saleh mengarahkannya dengan berkata "...Hello boy...here. Tomorrow I want you to standby 24 hour here." Cara penjajah mengarah betul-betul kurang asam; depa pandang rendah bebeno orang tempatan. Masa tu dia berusia 20-an. Sebelum bekerja di situ, dia tak tahu bertutur bahasa gomen tapi semenjak bekerja di sekolah itu, dia mula fasih kerana cikgu-cikgu semua cakap gomen dengan dia.
Bila ditanya apa tugasannya, Mat Saleh tu beritahu supaya membersihkan kompoun sekolah, mengemas bilik penginapan dan menyediakan makan dan minum delegasi kominis tapi tidak melibatkan memasak makanan. Jadi, sebelum ketibaan tetamu, dia pun menyiapkan bilik tidur dan susun makanan dalam tin di atas meja (Utusan Online, Saya bukan tukang masak Chin Peng, 2 Apr 2016, di SINI).
Bilik penginapan Chin Peng dan delegasi. Sumber: IWM
Apa pula aktiviti di Klian Intan pagi itu? Menurut Davis, pada jam 0700 jalan raya dari Klian Intan ke Kroh dan Baling ditutup kepada pengguna orang awam untuk setengah jam sebelum dan selepas konvoi berlalu (Margaret Shennan, Our Man In Malaya, hlm. 276). Menurut Khor Thean Hong, wartawan The Straits Times, pada jam 0630 gate di Gunung Paku dibuka untuk pekerja lombong Rahman Hydraulic Tin Mine keluar untuk pergi tempat kerja. Kali ini mereka tak berjalan kaki sebaliknya naik lori. Sejam kemudian, jalan ini ditutup. Dengan penutupan ini pekerja Kwong Leong Tin Mine tidak pergi ke lombong (The Straits Times, Chin Peng:'On The Spot' Story Of How He Came Out, 29 Dis 1955, hlm. 7).
Sebelum subuh Davis dan konvoi polis yang terdiri daripada 14 kenderaan, termasuk 2 buah Ferret Scout Cars dan 2 buah Bedford van daripada 2 PPH berlepas dari Kroh. Menurut 1042 Lt (Polis) Dennis Wombell, Ketua Platun 2 PPH, unitnya dipertanggungjawabkan menentukan keselamatan pergerakan sementelah unit tersebut sudah 5 tahun membuat operasi di Betong Salient, termasuk di sebelah Betong. Secara terperincinya, misi platun Wombell ialah mengiringi delegasi komunis dari Gunung Paku ke Baling dan balik apabila rundingan selesai. Bagi misi eskot ini, secara rasmi mereka hanya membawa raifel dan bren gun sahaja. Tapi faham saje le, mesti ada plan kontingensi jika mereka dikehendaki melakukan operasi atau diserang oleh musuh. Jadi, mereka bawa '...full scale of equipment' dan sembunyikan dalam kenderaan.
Antara pegawai polis yang berada dalam konvoi termasuk Asst. Comm. T. B. Voice yang bertanggungjawab mengenai aspek keselamatan rundingan ini, Geoffrey Turner (OCPD Grik), John Penly (Ketua Kompeni 2 PPH) dan Lt (Polis) Ollerearnshaw (Ketua Platun PPH) (Dennis Wombell, The Baling Peace Talks, 28th./29th. Dec. 1955, di SINI). Konvoi ini juga membawa 1 kompeni, lebih kurang 100 orang dan juga bekalan ransum untuk 30 orang PGK sepertimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak semasa berunding di Kroh pada 13 Dis 1955. Depa nak gomen bekalkan kompo rations seperti yang dibekalkan kepada PK.
Menurut Davis, "I have never been so well escorted in life not for security reasons so much as to proclaim that he [Chin Peng] was coming to us and not on equal terms." (Margaret Shennan, hlm. 275). Pada jam 0800, konvoi dilihat melalui Klian Intan menuju ke Gunung Paku yang jaraknya hanya 2-3 batu. Ramai le orang memerhatikan pergerakan ini dan "...the column of vehicles was met by expressionless or hostile stares from the local Chinese."
Apabila tiba di puncak Gunung Paku, anggota kompeni membina jungle bashas "...facing outwards in a large defensive circle around the summit of Gunong Paku and prepared themselves to remain there until the of the talks." Deskripsi Wombell mengenai keadaan di situ adalah "...hot, dry and inhospitable moon-like landscape. The whole mountain, which had been mined for tin in terraces and consisted of stony red volcanic laterite, rock and shale, without as much as a blade of grass growing on it, was surrounded at its foot by primary jungle, from which Chin Peng was to emerge."
Davis pula dengan diiringi oleh eskotnya, berjalan ke contact point dan mengumumkan kehadirannya dengan loudhailer. Dia merumuskan kesignifikanan senario tersebut "The high, bare hill, covered with a truly formidable array of troops, up near the Siamese border, waiting for my old friend, Chin Peng - for the last seven years our deadliest enemy - was coming out of the jungle under a flag of truce to meet the Prime Minister of Malaya and discuss surrender." (Margaret Shennan, hlm. 276).
Tunggulah mereka sementara menanti ketibaan Chin Peng.
Menurut seorang pemerhati di Gunung Paku, pada jam 1000, muncul le Chen Tien dan Lee Chin Hee berpakain awam mendaki bukit. Depa muncul beberapa minit sebelum waktu yang ditentukan. Davis pula turun bukit untuk bertemu dengan Chen di pertengahan jalan (The Straits Times, Chin Peng:'On The Spot' Story Of How He Came Out, 29 Dis 1955, hlm. 7). Chen Tien memaklumkan bahawa Chin Peng agak lewat sikit kerana dia tak larat jalan cepat. Mereka dilihat berbincang hampir setengah jam dan tidak lama kemudian seorang lagi PGK dengan pakaian awam menyertai mereka. Keempat mereka seterusnya meneruni bukit dan memasuki pinggir hutan dan hilang dari penglihatan.
Komen Davis apabila nampak xkawannya ialah "...He was little altered except very much heavier...[he] could only move very slowly from the effects of beri-beri. But it was a thrill to him again." Apa pula pandangan Chin Peng bila terpandang Davis? "To me he looked unchanged. Still as fit as ever."
Bertemu saja dua kawan ini, Davis menghulur tangannya dan berkata "Long time, no see" dalam bahasa Kantonis (Chin Peng, hlm. 371). Mereka berbual dalam bahasa tersebut. Dia turut berbincang dengan komander pengiriang ketua pengganas. Menurut Davis, "This man and his assistant with a couple f sentries were the only armed and uniformed terrorist I saw. The Communists were not supposed to have more than 30 as a bodyguard waiting in the jungle until Chin Peng returns." (The Striats Times, The first words - 'Long time no see', 29 Dis 1955, hlm. 1). Chin Peng bertegas ransum untuk gerilanya dihantar ke suatu tempat dalam hutan untuk mereka ambil nanti.
Setibanya di Gunung Paku. Depan: Ching Peng. Belakang dari kiri: Chen Tien, Rashid Maidin, John Davis. Sumber: Google
Tiba di puncak Gunung Paku. Sumber: Ipoh World
Masalahnya ialah ia tiada tempat duduk untuk penumpang dan sangat panas tapi tahan lasak; tak selesa le. OKlah...apa nak dikatakan. Semua mereka disumbat masuk ke dalam kereta kebal ini untuk perjalanan ke bengkel Rahman Hydraulic, lebih kurang 1.5 batu. Dari sana mereka mereka menaiki trak dan menuruni jalan Gunung Paku ke Klian Intan. Pemerhati terbabit menyatakan apabila trak tadi tiba di persimpangan Tanah Hitam-Gunung Paku, para penumpang diturunkan dan seterusnya menaiki Bedford van polis yang menyerupai Black Maria. Chin Peng dan rombongannya sempat lagi memberi senyuman kepada 50 orang pekerja lombong yang sedang makan tengah hari. Rashid Mydin pula menghisap pipe sementara Chen Tien hisap rokok sambil berbual dengan Davis (The Straits Times, 29 Dis 1955, hlm. 7).
Apa komen Rashid Maidin layanan yang terima ini? "...Kereta yang disediakan untuk kami tidak ubah seperti kereta penjara Black Maria. Mungkin juga penjajah British mahu menghina kami dengan cara demikian. Saya marah terhadap perkara itu, tapi tidak membantah kerana Kapten Davis juga menaiki kenderaan yang sama, lagi pun lebih baik diam saja untuk melicinkan jalan perundingan nanti." (Rashid Maidin, 2005, Memoir Rashid Maidin, Peteling Jaya: SIRD, hlm. 75).
Menaiki van ke Baling. Sumber: Chin Peng, My Side Of History, hlm. 372
Konvoi pun berlepas dari Klian Intan ke Baling yang jaraknya hanyalah 18 batu. Menurut Wombell, aturan konvoi ialah Scout Car pertama yang dinaikinya mendahului diikuti oleh trak pengiring, kedua-dua Bedford van, sebuah lagi trak pengiring dan Scout Car.
Konvoi dari Kliang Intan ke Baling. Sumber: Ipoh World
Penduduk kampung di Klian Intan dan Kroh habis semua keluar rumah untuk melihat musuh No 1 Malaya. Menurut Wombell lagi, "I shall never forget the sight which met us as we approached the gates of the school in Baling where the talks were to be held. There was a crowd of two or three hundred people, Malays, Chinese and Indians, with, in front of them, twenty pr forty photographers and reporters. In a country fighting a war, and in which such assemblies were, strictly speaking, illegal, I had never seen anything like it."
Tiba di Baling. Wombell dalam Ford Lynx Scout Car pertama. Sumber: My Country My Nation
Konvoi tiba di Baling pada jam 1230. Setiba sahaja di luar sekolah, Wombell dan platunnya meninggal tetamu untuk ke khemah mereka di sebuah padang dan menunggu arahan selanjutnya. Sementara itu, setiba saja di perkarangan Baling English School, Davis mengiringi Chin Peng dan delegasinya tempat penginapan mereka.
Sebelum beredar, Chin Peng meminta "May we have singlets and underpants."(The Striats Times, 29 Dis 1955, hlm. 1). Tidak lama kemudian, kelihatan tukang masak menyalakan api untuk menyediakan makan tengah hari untuk ketuanya. Mana ketua komunis nak orang lain masak untuk dia. Dia bawa chef peribadi le demi menjaga keselamatannya. Selain makanan dalam tin, delegasi PKM juga dibekalkan dengan sayur-sayuran segar, telor, ikan dan beras. Gomen juga membenarkan mereka pergi ke pasar Baling untuk membeli apa yang perlukan dengan kos dibiayai oleh gomen (The Straits Times, 'Pink Gin'- and it's very hospitable, too, 29 Dis 1955, hlm. 7).
Selepas makan, Chin Peng seterus buka tingkap dan dilihat releks dan freshened up sebelum bertemu dengan Tunku.
Oleh kerana ketibaan mereka dah lewat, mesyuarat ditunda pada jam 1415.
Lawatan Dennis Wombel ke Gunung Paku pada 22 Jun 2012 sempena lawatannya ke Malaysia. Dia berkhidmat di Malaya pada 22 Sep 1951-1 Mei 1956. Sumber: PDRM (di SINI)
Bersambung, In Sya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan