Pengikut

Selasa, 9 Oktober 2018

Nak ambil PhD? Tamat

Sambungan dari SINI...

Oh ya...Terlupa nak beritahu. Salah 1 kemestian yang anda perlu penuhi ialah menulis 2 artikel untuk diterbitkkan oleh jurnal. Jurnal mana? Ideally scorpus-indexed tapi jurnal terbitan IPTA pun diterima. Masalah dengan kebanyakan jurnel mat saleh ini, penyumbang artikel dikenakan bayaran sekiranya artikel anda diterima untuk diterbitkan. Be patriotic le sikit...apa kurangnya jurnel IPTA kita? Jangan ingat artikel anda gerenti diterbitkan. Depa juga ada guidelines yang perlu dipatuhi oleh penyumbang artikel. Artikel2 saya telah diterbitkan oleh Jebat (UKM) di SINI  dan Jonus (Unisza) di SINI, syukur alhamdulillah. Maaf le saya tak pasti sama ada jurnel terbitan ATM diterima oleh pihak IPTA. Untuk memudahkan cerita, tanya supervisor.

Jangan pandang ringan syarat ini. Put this way le...walaupun tesis dah siap dan telah melepasi semua halangan, hanya menunggu pengesahan tarikh viva saje tapi artikel masih belum diterbitkan, jawabnya tunggu saje le seperti buah jering nak gugur.  Tanpa pengesahan artikel diterbitkan, selagi itu le anda tak boleh sit for your viva! 

Sepertimana yang anda semua sedia maklum, namun sebagai peringatan, kebanyakan jurnel diterbit 2 kali setahun, iaitu Jun dan Dis/Jan. Artikel pula perlu diterima pada tarikh tertentu untuk dipertimbangkan.

Selain artikel, anda di'galakkan' untuk membentang kertas dalam seminar, tak kisah le sama ada di dalam atau di luar negara. Tujuannya ialah memberi exposure kepada anda. Sepertimana yang dinyata, hanya digalakkan saje, bukannya kemestian. Jujur saya katakan, saya rasa tak perlu exposure kerana saya bukan nak mohon kerja lagi. Jika anda masih bekerja, mungkin anda patut mempertimbangan opsyen ini. By the way, anda kena tanggung le semua kos terbabit...He...He...He.

Selepas modul Research Methodology dan Academic Writing, anda pergi le berbincang dengan supervisor mengenai penyediaan proposal untuk dipertahankan kepada panel nanti. Oh ya, anda boleh memohon untuk pengecualian untuk ambil salah satu modul tersebut. Jadi, jangan lepas peluang ini.

Bila supervisor puas hati dengan proposal, dia akan aturkan tarikh untuk anda mempertahankan proposal itu nanti. Ahli panel terdiri daripada pengerusi dan 2-3 ahli. Sesiapa yang nak hadir, they are welcome. Anda diberi 20 minit untuk buat presentation. Lepas itu, siap le. Jangan terlalu risau kerana komen/kritikan tertumpu kepada skop kajian anda. Malah mungkin tajuk kajian perlu dipinda. Anyway, be positive and accept the comments in good faith.

Selepas berjaya melepasi halangan ini, baru le Pusat beri surat seperti berikut:
Surat Pengesahan 

Bermulalah kajian anda. Anda sebenarnya dah pun menyiapkan Bab 1, iaitu proposal itu diconvert jadi Bab 1. Buat pindaan yang disarankan oleh ahli panel tersebut. Saya tidak menunggu apabila draf tesis yang mengandungi 7 bab untuk diserahkan kepada supervisor. Be fair to her/him. Anda bukan studentnya sahaja. Mungkin dia ada beberapa orang PhD lagi di bawah seliaannya dan jangan lupa, dia perlu melaksanakan tugasan hakikinya sebagai pensyarah. Jadi, bila siap 1 bab, saya hantar draf tersebut. Biasa le...supervisor kerap kehabisan pen dakwat hitam, hanya ada dakwat merah. Jadi draf tu bermulti colour, hitam dan merah...He...He...He.

Selepas draf menepati kehendak supervisor, dia akan atur pula sesi pre-viva/mock viva. Tapi sebelum itu, draf tersebut dihantar ke Perpustakaan untuk proses "turnitin - Verification of Plagiarism Checking". Keputusan dalam masa 1-2 hari saja. Selepas itu, berhadapanlah pula dengan ahli panel pre-viva. Pengalaman saya masa pre-viva terserlah kepentingan minor SD. Selain itu, ahli panel mencadangkan supaya tajuk "Peranan Nuri..." ditukar kepada "Sejarah Nuri..." Mereka juga mencadangkan supaya saya kepilkan sampel catatan temu bual dengan para responden.

OK...Draf dah dipinda dengan mengambilkira teguran ahli panel. What's next? Setelah supervisor puas hati, dia akan tandatangani borang untuk draf tesis menjalani proses turnitin. Dengan pengesahan turnitin, dia pun tandatangani pula borang untuk viva. Anda pula dikehendaki menghantar 4 salinan draf tesis kepada pejabat pengurusan viva. Andainya draf itu memenuhi format yang telah ditetapkan, ianya akan dipanjangkan kepada ahli-ahli panel viva yang terdiri daripada Pengerusi dan masing-masing seorang internal dan external exminers serta wakil sekolah. 3 bulan kemudian, anda pun terima le surat seperti berikut:
Tarikh viva

Masa viva, anda diberi 20 minit juga untuk membuat presentation dengan hanya 5 slides sahaja. Apa soalan yang akan diajukan terpulanglah kepada ahli panel tetapi within the scope of your research. Selepas itu anda dan supervisor dikehendaki keluar dari bilik viva sementara ahli panel buat keputusan. Bila dipanggil semula, debaran anda akan terjawab! Keputusan pengajian saya di SINI.

Rasanya cukuplah tips ini ditamatkan di sini. Memang ada 2-3 steps selepas viva tapi itu lebih kepada proses melengkapkannya saje. 

Jangan le tanya saya tentang pengurusan masa kerana dari awal lagi dah saya katakan, saya seorang pesara sepenuh masa. Keadaan saya dengan anda yang masih bekerja tidak sama. Generally, jadual harian sepanjang 4 tahun ialah duduk depan komputer selepas habis tarik troli 9-lubang dengan members 4 hari seminggu (Isnia-Khamis) hingga masuk waktu asar. Malam, tonton tv. Yang bestnya, sempat dilantik sebagai consultant untuk pembikinan filem dokumentari "Helicopter Heroes" untuk History Channel dan menerbit coffee-table book, "Sikorsky S61A-4 Nuri: The Old But Faithful Iron Bird", syukur alhamdulillah. Saya syukur bebeno kerana pengajian saya dipermudahkanNya, syukur alhamdulillah.

Pada saya le, sebelum menjerumuskan diri, anda tanya le diri sendiri sama ada anda seorang yang berdisiplin dan gigih? Jangan lupa, ambil pandangan anggota keluarga dan faktor kos. Jika tidak, jangan bungan masa dan ongkos! Jika anda dah nekad nak ambil, jangan sama sekali mudah mengalah. Cabar diri anda yang anda juga boleh buat. Kan ke kita dikehendaki berusaha dan seterusnya berdoa, hanya Allah menentukannya? Mana nak berjaya tanpa berusaha dan berdoa, betul tak? Apa pun, semua itu hanya anda yang boleh menjawabnya, wallahualam. 

Saya harap pengalaman saya ini dapat memberi gambaran apa yang anda mungkin lalui dalam usaha mengejar satu impian. Percayalah pada diri anda...Anda boleh dengan diizinkanNya, in syaa Allah.

Tiada ulasan: