Pengikut

Sabtu, 20 Oktober 2018

Kezaliman Bintang 3

Saya nak merujuk coretan saya di SINI...

Masa kecil2 dulu, saya ingat menziarah arwah pangkat Tok dan Pah di Manong, Perak. Masa itu saya tinggal di Lumut. Jadi, masa cuti sekolah, saya dan allahyarham Hisham Zubairi, sepupu, telah pergi ke Manong. Kawasan rumahnya banyak pokok durian dan rambutan. Mandi pula di Sungai Perak di belakang rumah.

Masa itu Malaya masih dalam keadaan darurat. Pekan Manong betul2 'cowboy town'; terdapat barisan kedai di kiri dan kanan jalan sepanjang lebih kurang 2 km sahaja. Pekannya pula dipagari dengan pagar berduri. Bila waktu senja, pintu untuk masuk ke Manong ditutup kerana perintah berkurung. Rumah Tok saya di luar gate, jadi terputuslah hubungan di bandar Manong di waktu malam.

Saya masih ingat malam pertama apabila terdengar tembak-menembak. Bila ditanya pada Tok, tembakan apa itu. Arwah menjawab askar tembak 'bintang 3'. Arwah menceritakan sikit kisah pembunuhan orang Melayu oleh MPAJA (gerila komunis) di Kpg Bekor, di seberang Sungai Perak. Itu saja yang saya tahu mengenai insiden Bekor. Bila dah beso dan kerja, dengo pula kisah pertempuran gerila komunis dengan pasukan Selendang Merah di Batu Pahat. Tapi hanya sekadar on the surface only.

Tapi bila membaca forum pada 28 Jul 2018 itu, membuatkan saya nak tahu sangat apa yang berlaku di Bekor dan Batu Pahat. Terima kasih kepada zaman teknologi ini di mana maklumat hanya di hujung jari, setakat ini saya terjumpa 3 artikel oleh para pengkaji menceritakkan kisah2 tersebut.

Sekiranya anda berminat, layarilah di SINI  dan di SINI juga di SINI.

Itu kisah semasa darurat. Bagaimana pula kebangkitan semula insurgesi 1968-1989? Anda ingat apakah pandangan anggota ATM seperti pegawai TDM berikut sekiranya PKM diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

Utusan Malaysia, 20.10.2018

Saya tiada hak untuk menjawab bagi pihak beliau. Anda buatlah kesimpulan sendiri. Itu hak anda! Wallahualam.

Tiada ulasan: