Sambungan dari di SINI
Jangan
masuk...jangan masuk
Jam 4.07 petang.[1] Dari Kpg Nahandang Melangkap, Kapten Gabriel melihat awan mula bertompok-tompok di Low’s Gully. Beliau sedar, matahari akan terbenam kira-kira pukul 6.00 petang, menanda masuknya waktu maghrib. Masa yang berbaki sekitar dua jam - suatu tempoh yang amat kritikal - untuk membawa keluar enam anggota (masing-masing tiga dari kumpulan ekspedisi dan paramedik) yang masih tersadai di Kevin's Cave. Berdepan dengan batasan masa ini, beliau tanpa lengah membuat keputusan untuk melaku sorti ketiga ke lokasi tersebut. Selain Mej Dr Shamsuddin dan anggotanya, Flt Lt Mowbray turut menyertai sorti ini.
Cuaca memang tidak dapat diramal. Apabila menghampiri jurang itu, awan mulai menyelimuti Kevin’s Cave. Namun awan tebal itu tidak sekali-kali mematah tekad Lt Gabriel. Beliau nekad untuk cuba masuk ke lokasi tersebut. Ekoran ini, beliau menaikkan pesawat melepasi tompokan awan yang menutup Kevin’s Cave sambil mencari ‘lubang’ - satu celahan kecil di antara awan tebal - yang membolehkan beliau mengolah gerak pesawat ke lokasi tersebut. Pencariannya tidak sia-sia. Beliau ternampak satu lubang di atas lokasi itu – peluang yang tidak akan dilepas begitu sahaja. Namun tidak begitu mudah. Jarak penglihatan menghalang beliau membawa pesawat ke keadaan terapung melalui kaedah seperti sebelum ini. Daripada pemerhatiannya terhadap kedudukan pesawat ketika itu, jarak antara dinding-dinding granit tampak agak lebar. Keadaan ini memberinya satu-satunya pilihan yang ada - ‘spiral descending’ - iaitu menurun secara berpusar. Tanpa berlengah, beliau mula menurun collective manakala cyclic pula ditolak ke kanan bagi memboleh pesawat berpusing ke kanan. Seperti biasa, Lt Nazhar memantau panel instrumen sementara kedua-dua AQM memantau keadaan di sebelah kanan dan kiri.
Keadaan pada ketika itu amat mencemaskan. Lt Gabriel memilih untuk menaikkan pesawat mengguna kaedah ‘spiral climbing.’ Dengan tangan kirinya menaikkan collective, sementara tangan kanannya menolak cyclic ke kanan, pesawat mula mendaki sambil berpusar. Dalam keadaan ‘Instrument Meteorological Conditions (IMC),’ iaitu tanpa rujukan visual luar, kapten menumpu sepenuhnya pada instrumen ‘artificial horizon’ yang menunjuk profil pesawat sehingga ia menembusi puncak awan pada ketinggian 11,000 kaki.
|
Lakaran
memapar pesawat membuat ‘spiral
climbing’ daripada 6,000 kaki hingga 11,000 kaki. Sumber:
Mej Nazhar bin Abdullah PTU TUDM (B) |
*****
Demi
masa. Hanya sejam sahaja sebelum sinaran sang
suria beredar. Lt Gabriel tidak mudah mengalah. Beliau tekad untuk cuba sekali
lagi sebelum kegelapan menyelubungi bumi. Ekoran itu, beliau membuat keputusan
untuk mencuba buat kali terakhir ke Kevin’s Cave. Dengan baki bahan api yang
sedia dan para penumpang yang sama, Nuri berlepas untuk sorti keempat ke lokasi
berkenaan pada jam 5.32 petang.
Cuaca sememangnya tidak dapat diramal. Sebaik menghampiri permukaan jurang, baik jurang mahupun kemuncak Gunung Kinabalu hilang daripada penglihatan dek diselubungi awan. Keadaan ini membuat kapten pesawat tiada pilihan selain membatal sorti menyelamat untuk hari itu. Ia merupakan satu keputusan yang amat berat baginya. Tambahan pula, dia sedia maklum bahawa ketiga-tiga paramedik – seorang anggota SAS dan dua CAR/paramedik – tidak membawa haversack masing-masing. Mereka terpaksa bermalam di situ di mana suhu mencecah lebih kurang 13-15 darjah dengan hanya pakaian yang dipakai semasa diturunkan. Anggota SAS tersebut dan LUK Aris hanya memakai pakaian celoreng, manakala LUK Mohd Noh memakai ‘overall’ biru.[6] Makanan bukan satu masalah mereka kerana terdapat bekalan yang dihantar oleh Kapt Mohamad Izhar pagi itu. Bagi LUK Aris dan LUK Mohd Noh yang mengambil kira tahap halal bekalan itu, mereka boleh makan, seperti coklat dan biskut, untuk menggalas perut.
*****
Setelah
bersendirian di biliknya, Lt Kol Robert Neill menelefon isterinya Fiona di
Yorkshire. Namun, hanya kedengaran ‘ring...ring...ring’ – tidak
diangkat. Ekoran itu, beliau menelefon pasukannya di York dan dijawab oleh
rakannya, Mike Lentz. Alangkah terkejutnya bila diberitahu bahawa Fiona ada di
situ. Fiona memberitahu suaminya bahawa beliau dan kedua-dua anak mereka akan
pergi sama ada ke Hong Kong atau Kota Kinabalu
keesokan hari (26 Mac 1994) – tertakluk bila beliau akan discaj dari
hospital.[10]
*****
London.
Sebaik sahaja menerima berita penemuan lima anggota tentera itu, pada hari itu
juga (25 Mac 1994) Perdana Menteri UK, John Major, segera menghantar mesej
kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. Dalam
mesej itu, beliau merakam penghargaan atas kesediaan Malaysia menggerak tenaga
dan aset - tanpa sebarang sekatan - bagi usaha menyelamat lima anggota tentera Britain berkenaan, meskipun hubungan kedua-dua
negara ketika itu berada dalam keadaan yang agak tegang.[11]
Ketegangan berpunca apa yang digelar sebagai ‘Pergau Dam Affair’ di UK. Akhbar Britain (The Sunday Times)[12] telah “...membuat serangan kononnya Dr Mahathir dan pemimpin negara menerima rasuah dalam meluluskan projek yang diswastakan.”[13] Kerajaan Britain sebaliknya mendiam diri terhadap dakwaan itu. Ekoran itu, sebagai protes, Kerajaan Malaysia telah membatal semua kontrak bernilai berjuta pounds (£).[14]
*****
Hong
Kong. Sama seperti Perdana Menteri UK, pada
itu juga Gabenor Hong Kong, Chris Patten, pula mengalu-alu usaha Malaysia
apabila dimaklum penemuan lima anggota tersebut. Dalam kenyataan rasminya,
beliau menyata:
*****
Lt Kol Robert Neill atas troli di Sabah Medical Centre. Sumber: Arkib Negara Malaysia – New Straits Times, 26 Mac 1994.
Setelah dua anggota tersebut beredar, Lt Gabriel menerbangkan pesawatnya ke Kem Lok Kawi untuk bermalam di situ. Hari itu kru mencatat lima jam penerbangan.[17] Walaupun dalam keletihan, selepas makan malam, beliau mengumpul anggotanya untuk berbincang tugasan keesokan hari. Mereka sedia maklum cabaran yang dihadapi. Beliau memberitahu mereka sekiranya berlaku sekiranya berlaku sebarang kemungkinan terhempas, beliau akan mematikan kedua enjin bagi mengelak pesawat meletup dan bakar apabila terhempap di atas bongkah-bongkah batu. Tindakan ini dapat mengurang risiko musibah yang akan berlaku kepada mereka.[18] Mereka seterusnya beredar ke penginapan masing-masing. Sebaik meletak kepala ke bantar, terus lena dek keletihan fizikal dan mental.
[1] Laporan oleh 372076 Lt Gabriel Buja
Joel TUDM, The Rescue Mission sebelum ini, hlm. 3.
[2] Penjelasan oleh PW U I Gobiraja a/l
Ayayoo (B) melalui telefon pada 30 Ogos 2025.
[3] Penjelasan oleh PW U I Gobiraja a/l Ayayoo (B) melalui
aplikasi WhatsApp pada 18 November 2025.
[4] Laporan oleh Phillip Sherwell bertajuk “Helicopter
blades almost touched the tree trunks” sebelum ini.
[5] Ibid.
[6] Penjelasan oleh Kpl U Wan Mustafa bin Wan Yusoff (B)
melalui aplikasi WhatsApp pada 15 November 2025.
[7] Lt Col Robert Neill & Major Ron
Foster. (1995). SOS sebelum ini, hlm. 237.
[8] Laporan oleh 372076 Lt Gabriel Buja
Joel TUDM, The Rescue Mission sebelum ini, hlm. 3.
[9] Berita Harian, Tentera Britain yang hilang ditemui
hidup, 26 Mac 1994, hlm. 1.
[10] Lt Col Robert Neill & Major Ron
Foster. (1995). SOS sebelum ini, hlm. 239.
[11] Arkib Negara Malaysia, The Star, Major
thanks Dr M for help, 26 Mac, 1994, hlm. 1.
[12] Tim McGirk
& Will Bennet, Independent, Pilot spotted ‘pebble SOS’ left
by lost soldiers, 26 March 1994.
[13] Berita Harian, Malaysia kecewa
Britain diam diri, 2 Mac 1994, hlm. 1.
[14] Philip Johnston, Hopes raised for an end to tension. Koleksi keratan akhbar
tanpa nama akhbar dan tarikh PW U II Sandiran a/l Gopal (B).
[15] Tim McGirk & Will Bennet,
Independent, Pilot spotted ‘pebble SOS’ sebelum ini.
[16] Arkib Negara Malaysia, The Star, Major
thanks Dr M for help, 26 Mac, 1994, hlm. 1.
[17] Kapt Gabriel Buja Joel PTU TUDM, Buku
Harian Penerbangan Pemandu.
[18] Penjelasan oleh Kpl U Wan Mustafa bin Wan Yusoff (B)
melalui aplikasi WhatsApp pada 29 Oktober 2025.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan