Monday, May 20, 2013

Gelandangan

Saya setuju bebeno komen Saudara Arunzab dan Cikgu 'Temuk' di sini. Saya sama sekali tak 'patah hati' menyayangi binatang2 yang sungguh comel ini. Semua kehidupan ciptaan-Nya pasti ada 'penyakit'. Apa kurangnya manusia seperti saya ini. Bukankah manusia menghidapi pelbagai penyakit? Adakah kita nak menyisih diri daripada mereka yang berpenyakit? Sudah pasti tidak. Justeru, saya masih meneruskan rutin harian memberi makan kepada golongan 'gelandangan' ini. Tapi, kena le berhati2.

Gelandangan? Ketika memberi makan kepada kucing yang terdapat di tasik Darulaman Sabtu lalu, terdengar seorang menyatakan ada juga orang yang beri makan kepada golongan gelandangan. Ini membuat saya tersenyum....kucing dikategori sebagai gelandangan/vagrants.
Kumpulan di Condo 900

Sebahagian gelandangan di Darulaman Theme Park

Ada seorang suri rumah ni yang sungguh pencinta kucing. Setiap hari beliau akan pergi ke Taman Tema ni untuk memberi makan kepada insan-Nya ini. Selain makanan, beliau turut membawa ubat, seperti gamat dan ubat mata. Kucing-kucing ni pula memang manja dengan beliau. Menurutnya, kucing2 ini lebih suka makan keluaran Tesco daripada Friskies. 

Percayalah....Perbelanjaan kepada insan-Nya ini tidak memapakan, malah rezeki akan melempah, insyaAllah. 

Cakap pasal perbelanjaan. Minister of Home Affairs saya memberitahu yang beliau baru2 ini membeli kuih karipap di warong berhampiran rumah. Harga sebiji - 30 sen; 2 biji - 60 sen; 3 biji - RM1! Betul ke ni? Kalau harga sebiji 35 sen, ada le logiknya jika 3 biji RM1.   Isteri saya tanya lagi...kalau 5 berapa? Jawapannya....RM1.60! Sipenjual tak berganjak walaupun ini tak logik.

Agak2nya, apakah rasional sipenjual yang menetap harga kuihnya itu? Saya tiada sebarang jawapan. Sekadar buat renungan.

Wednesday, May 15, 2013

'Kulat Kucing'

Saya ingat apa yang saya hadapi hanyalah 'kude' biasa saja (klik di sini). Dah hampir 3 minggu dan setiap hari pi kat RSAT buat 'dressing', makan kapsul 'antibiotik' selama 10 hari, kude tu tak kering2 juga. Malah, ia makin merebak. Turut diperhatikan, timbul beberapa 'binjul' berwarna ungu dalam kedudukan 'single file (linear)' di tangan kanan.

'Ulcer' & 'Nodules'

Ini tak boleh jadi. Jawabnya, pada 10/5 jam 1630,  pergi ke RSAT. Saya minta surat rujukan untuk berjumpa dengan pakar kulit di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Ahad, 12/5, pi lah ke hospital untuk membuat temujanji dengan dermatologist. Nasib saya baik sungguh, saya terus dirujuk kepada bos jabatan itu sendiri tanpa membuat appointment. Ini betul2 rezeki saya, syukur alhamdulillah.

Apabila dihulurkan tangan saja, beliau bertanya sama ada saya membela kucing dan membuat 'gardening'. Jawapannya sudah pasti 'affirmative'. Jadi, puan doktor memberitahu yang saya dijangkiti 'kulat kucing' atau medical termnya ialah 'sporotrichosis' (klik di sini).

Menurutnya, mungkin mengambil masa 3-4 bulan untuk sembuh, insyaAllah. Buat permulaan, saya diberi bekalan sebulan ubat antifungus 'Itraconazol' untuk ditelan 1 kasul setiap 12 jam dan 'Fucid cream' untuk disapu di bahagian terbabit. Menurutnya lagi, ltraconazol ini agak kuat. Jadi, sekiranya dalam tempuh terdekat ni jika mata saya berwarna kuning, cepat2 le pi jumpa beliau. Oh ya, sebelum tu, dia tanya sama ada saya mengidap kencing manis dan keadaan 'hati (liver)'. Saya memaklumkan kali terakhir buat pemeriksaan darah ialah pada 18/3/13. 'Liver Function Test' menunjukkan OK (within limit) dan gula baru 4.1 mmol/L saja.

Dari HSB, saya terus pi ke RSAT untuk berjumpa dengan puan doktor. Depa menasihatkan saya membuat pemeriksaan darah penghujung bulan Mei bagi menentukan keadaan hati. Ubat anti-fungus ni engkohnya boleh memudaratkan organ tersebut. Jawabnya, kena le ambil banyak2 bawang putih dan limau. Cubaan!    

Tak apa le...Dah ditakdirkan-Nya. Syukur alhamdulillah kerana saya mendapatkan rawatan di peringkat awal lagi. Inilah yang baiknya menetap di bandar2 kecil. Nak pi dapatkan rawatan, boleh ke RSAT. Dari situ, boleh dapatkan surat rujukan untuk berjumpa pakar. Jarak dari rumah ke HSB hanyalah ~20 km.

Para Pembaca....Pada saya, yang paling bernilai ialah 'KESIHATAN'. Duit banyak menggunung sekali pun tapi tak sihat, tak guna juga. Duit tu hanya boleh membantu mendapat rawatan yang difikirkan 'terbaik'. Justeru, JAGALAH KESIHATAN supaya kita boleh membuat amal ibadat dengan lebih sempurna, wallahualam.

Friday, May 10, 2013

Malam Barisan Kita

Pada 18/4, saya terima panggilan daripada seorang pegawai TUDM bertanyakan sama ada  saya tahu alamat waris para wira TUDM yang terkorban dalam tragedi Gubir pada 26 April 1976 (klik sini). Apabila ditanya kenapa, beliau memaklumkan bahawa TUDM nak menjemput mereka sebagai tetamu TUDM dalam "Majlis Malam Barisan Kita" pada 21/4 di Angkasapuri.

Siaran Langsung di TV2 pada 21/4

Hai, nampak gayanya mejar pencen ni dah jadi 'arkib' pula. He...He...He. Tak apa, bukannya rugi sesen pun lagi pula mereka nak menghargai para wira TUDM yang KIA. Saya hanya mengetahui 3 waris wira-wira terbabit. Jadi, saya pun hantaq le emel berikut....petikan...

'Lanjutan kepada perbualan kita sebentar tadi, waris wira-wira TUDM yang KIA pada 26/04/1976 yang saya tahu adalah seperti berikut:

1. Puan Zena Choo. Anak mendiang Kapt (U) Choo  YB PGB -  http://xnuripilot.blogspot.com/2012/09/a-daughters-quest.html.

2. En Raizal Faris Mustaffa -  Anak arwah Kapt (U) Mustaffa Kamal KPK.

3. En Wan Muzaffar Munsiff -  Anak arwah Lt (U) Wan Munsiff KPK. http://xnuripilot.blogspot.com/2012/09/a-daughters-quest.html.'

Kiri: Wan Muzaffar Munsiff & Raizal Faris Mustaffa dengan jambangan bunga (Ihsan Saudara Raizal)

Saudara Raizal memaklumkan Puan Zena Choo tidak kelihatan malam itu dan di majlis tersebutlah beliau bersua dengan saudara Wan Muzaffar buat pertama kalinya.

Kaki menyibuk ini telah 'panjangkan' coretan ini kepada KP JHEV. Jeng...Jeng...Jeng....Pada 21/4, saya terima emel daripada Pak Jeneral bertanyakan siapa PW  berkenaan. Saya pun responslah dengan menghantar emel, petikan '...Terima kasih diatas keprihatinan Dato' terhadap rentetan warga veteran yang masih menunggu selepas lebih 2 tahun memohon PJM. Beliau ialah 1016143 (580709-02-5699) PW2 KRISHNAN A/L ANDY. Beliau menetap di Jitra.' 

Pada petang 26/4, saya terima panggilan daripada PW2 Krishnan memaklumkan beliau telah menghadiri majlis penyampaian PJM di KTU, Kepala Batas, di waktu pagi. Ia disampaikan oleh YB Menteri Pertahanan. Beliau sungguh gembira menceritakan kepada saya. Saya bersyukur kerana turut menyumbang terhadap kegembiraan beliau.

Saya setuju bebeno dengan pandangan para pengkomen yang mengatakan pingat tersebut tidak sepatutnya mereka yang layak memohonnya. Mereka seharusnya diberi secara otomatik. Tapi apakan daya, dah peraturan begitu tanpa dimaklumkan MENGAPA. Jadi, suka tak suka, terpaksalah isi borang jika seseorang tu nakkan PJM. Lepas tu, tunggu...tungggu...dan terus menunggu....Kesian kita!!!!

Sunday, May 5, 2013

'Tok' Segala PRU

05 Mei 2013...PRU 13. Saya memang sungguh teruja untuk menunaikan hak dan tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang patriotik pergi membuang undi. Saya mengundi di SK Darulaman, Jitraq, Kedah, jam 0940.
Rakyat berbaris melaksanakan tanggungjawab di SK Darulaman 

Mejar pencen berbaris menunggu giliran dengan tangan ber'bandage'

Sebelum pergi ke pusat mengundi, saya telah pergi ke RSAT untuk membuat 'dressing' luka di tangan kanan. Dah masuk 2 minggu saya menghadapi masalah semacam 'kude' ni. Dah umur 64 tahun dapat kude...Eh...Eh...Eh. Tak tahu apa puncanya.  Macam disengat ulat kerana terdapat kemerahan menyerupai bisul. Puan doktor pun suruh makan antibiotic dan buat dressing setiap hari di RSAT. Apa nak dikatakan, ada le hikmahnya itu. Apa pun, masih boleh tarik troli dengan members...He...He...He.

Saya berharap bebeno agar rakyat yang layak mengundi, daftarlah dengan SPR untuk melayakkan sebagai seorang pengundi. Ini hak kita dan sesiapa pun tidak boleh mempertikaikannya. Kita menentukan gomen yang akan mentadbir negara Malaysia kita yang tercinta ini, wallahualam.

Monday, April 29, 2013

"Finding Henry"

Saya terima e-mel berikut pada 17/4/13, jam  1819...

Salam Mejar Nor Ibrahim.

Apa khabar tuan? saya harap tuan berada didalam kesihatan yang baik serta bahagia disamping keluarga selalu. Saya adalah pengikut blog tuan "Jotting of Xnuripilot". Saya berminat membaca blog-blog berunsur ketenteraan kerana saya dibesarkan di dalam kem tentera. Ayahanda saya merupakan seorang bekas tentera. Begitu juga beberapa ayah saudara saya yang telah berkhidmat didalam tentera.

Bersama ini saya sertakan sebahagian kecil maklumat mengenai apa yang kami sedang lakukan. kami didalam proses menerbitakan sebuah dokumentari untuk tayangan di History Channel Asia (saluran 555 di Astro) Insyaallah dokumentari ini akan mula ditayangkan pada bulan kemerdekaan dan hari Malaysia 2013. Mengapa kami menerbitkan dokumentari ini? Kami merupakan sebuah syarikat penerbitan rancangan yang mempunyai kemahiran khusus kepada subjek sejarah dan ketenteraan. Ini kerana kami di syarikat ini amat berminat didalam subjek sejarah. Ini merupakan hanya salah satu dari belasan cerita yang didalam simpanan kami menunggu untuk diterbitkan. Ini merupakan yang pertama diterbitkan.
Kami menerbitkan dokumentari "Finding Henry" ini adalah dedikasi kepada Tentera Udara Diraja Malaysia dan sebagai salah satu sumbangan kami kepada mereka-mereka yang telah berkhidmat didalam TUDM. Untuk makluman tuan, setiap tahun pada bulan Mei dihari peringatan D-Day di Normandy, mereka akan menaikkan bendera Malaysia dan memainkan lagu Negaraku sebagai penghormatan kepada Henry Talalla. Dua adik Henry, Richard Talalla merupakan bekas Hakim Besar Malaya dan Dato' Albert Talalla merupakan bekas Duta Malaysia ke Washington.

Insyaallah, kami akan mengadakan majlis pelancaran dokumentari ini pada bulan Ogos 2013.

Saya menghantar email ini adalah sebagai menyampaikan maklumat kepada tuan. Harap tuan dapat berkongsi cerita dengan para pembaca blog tuan mengenai dokumentari ini. Saya amat berharap tuan tidak menyiarkan powerpoint presentation yang saya sertakan. Jika tuan memerlukan sebarang maklumat sila hubungi saya melalui email saya.

Sekian terima kasih.

Fit3

Kisah wira tersebut, mendiang Henry Talalla, boleh di baca di sini. Bagi menghormati permintaan pengirim, saya tidak menyiarkan powerpoint yang dimaksukkannya itu.

Fit3....Terima kasih.

Friday, April 26, 2013

Nuri Down

Today, 26 April 2013...37th year of the  tragic ending of Nuri FM1715...

26 April 1976... FM1715, the 'the hunted, not the hunter', was shot down (click here


.....killing all the 11  unsung and forgotten heroes on board the 'Iron Bird' after being shot down by the communist terrorists in the Gubir ops area...


11 KIA

Besides the above tragic incident, 2 Air Rescue Team members from RGK, were also killed in the Nuri by the enemies in 2 separate incidents while the 'egg-beater' was at the LPs during "Ops Selamat Sawadee".
Arwah L/Cpl Ismail bin Haji Ahmad PGB was killed on 16/8/1978

Last flight for arwah L/Cpl Md Sibki in the Nuri, killed on 31/10/1978, from Kroh (Pangkalan Hulu) to his birthplace 

Early this month, I received a call from a lady reader of my book. She told me that she knew a wife of one of the heroes killed in the Nuri which went down in Gubir  when she followed her late policeman husband to Kelantan. The widow of the hero was from Kelantan but the hero wasn't a Kelantanese. According to the reader, the  latest she heard about the widow was that she had passed away alone in her house. Her death  was only discovered when one of her children failed to reach her through the phone. Suspecting that something was amiss, he/she alerted the neighbours. On checking, it was found that the mother had passed away 2 days before. 

The reader wasn't able to furnish the details since she's no longer staying in Kelantan. I really hope those who know about this sad episode would elaborate further by emailing it to me. 
AL-FATIHAH

Tuesday, April 23, 2013

Adakah Mustahil?

Saya harap para pembaca yang dihormati akan meluangkan masa membaca keratan akhbar berikut dan memikio sejenak tentang laporan tersebut....

Utusan Malaysia 22/04/2013

Saya dah berbuih mulut cuba menasihatkan para pembaca blog ini untuk memikiokan masa hadapan diri sendiri dan kaum keluarga bila tiba masanya mengucapkan sayonara kepada majikan setelah berempas-pulas berkhidmat mencari rezeki halal. 

Sepertimana yang saya katakan sebelum ini, saya bukan seorang 'Pakar Pengurusan Kewangan' bertauliah. Apa yang saya tuliskan hanya pengalaman saya sendiri dalam mengurus pendapatan bulanan, GAJI sahaja, tanpa lain-lain pendapatan. Kerana mengingatkan masa hadapan,   syukur alahamdulillah, buat ketika ini tidak dibeban dengan sebarang hutang kepada mana-mana insan-Nya. Sesiapa yang tiada sebarang hutang-piutang akan memahami apa yang saya nikmati.

Sebenonya saya tak pasti mengapa RM1 juta dijadikan 'benchmark'. Apakah 'life style' yang memerlukan sejumlah itu? Persoalannya...

Katakanlah simpanan RM1 juta (pokok) itu digunakan untuk menampung kehidupan harian. Andainya individu memerlukan RM10k sebulan. Wang ini akan habis dalam masa ~8 tahun. Lepas itu? Kalau pencen umur 60 tahun,  katakanlah selepas 70 tahun, apa sumber pendapatan selain pencen?

Tapi, jika berpegang kepada 'mengukur baju pada badan sendiri' dan menolak konsep 'bio pape ase begaye', RM1 juta dilabur dan hasilnya, seperti bonus dan dividen, dibelanjakan...itu tindakan yang BIJAK. Insyaallah, senanglah kehidupan di waktu ambang sore nanti. 

Namun demikian...Adakah mengumpul RM1 juta seperti yang disarankan oleh pakar tersebut sesuatu yang mustahil kepada segolongan besar penjawat awam? Pada pandangan mejar pencen serba tahu ini (he...he...he), bukannya sesuatu yang mustahil bagi mereka berkenaan yang masih berkhidmat. Tapi saya tahu, ramai daripada mereka yang agak bermasalah dalam pengurusan kewangan.

Saya tidak berhasrat untuk mengulangi apa yang pernah saya coretkan sebelum ini. Semuanya terpulang kepada individu. Untuk menikmati keberkatan dan rahmat-Nya, hanya memerlukan perancangan, usaha dan berdoa....Allah menentukannya, wallahualam.