Pengikut

Sabtu, 30 April 2011

Sungguh Meletihkan

Sungguh meletihkan....2 hari - 29/30 April 2011 - saya berada di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, untuk mempromosikan "Coretan Xnuripilot" sempena 'Ekspo Pedagangan Melayu' yang dianjurkan oleh PERKASA. Pihak penganjur telah bermurah hati memberi sebuah meja di kiosk Pendaftaran untuk mempamerkan produk saya secara 'FOC'. Jadi, berkhemahlah saya di sana.

Saya sungguh terharu apabila mantan PW2 Ismail (B), tuan punya blog ini yang datang dari Sg Petani pada 29 April hanya untuk berjumpa saya dan membeli 2 naskah. Kali terakhir saya bertemu beliau ialah pada awal 1980 sebelum bertukar dari No 3 Skuadron, TUDM Butterworth ke No 10 Skuadron, TUDM Kuantan (Gambar di bawah ihsan beliau). Kebetulan pula, seorang ahli forum 'Panggilan Pertiwi', saudara Faisal Tajudin  ada bersama...jawabnya, bersembang panjanglah kami.


Bersama PW2 Ismail (B)

Nak tahu hasil jualan sepanjang 2 hari? 12 buku = RM480!! Apa-apa pun....Syukur Alhamdulillah. Buku Tun Dr Mahathir pun hanya laku sejumlah 1000 naskah sahaja semasa pelancaran...He...He...He. Dalam beberapa hari tu baru saja habis 10k; sekarang dah mencecah hampir 60K saja....Wow! Sementelah Tun turut memberi ucapan hari ini, saya telah menghadiahkan buku saya kepada beliau melalui penganjur. Jangan harap boleh memberinya sendiri...Dekat pun tak boleh!

En Ismail dan pembaca-pembaca yang mengunjung saya...Terima kasih.

Khamis, 28 April 2011

Akhirnya...

27 April 2011 jam 2030...Hari Ini Dalam Sejarah!!! Setelah diasak dan terus diasak, akhirnya "Coretan Xnuripilot" telah berjaya dicetak dan dihantar ke rumah....Syukur Alhamdulillah.

1000 naskah

Kulit hadapan

Kulit belakang

Harga: RM40+RM5 (Pos Ekpres)=RM45 senaskah.
Pos Ekpres: 2 naskah=RM9

Sesiapa yang berminat, sila kredit amoun dalam akaun CIMB 0210-0001938-20-2 di atas nama NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN. Kemudian, sila sms atau e-mel saya memaklumkan amoun telah dikredit dan alamat di mana buku hendak diposkan. Saya boleh dihubungi di 019-4744849.

26 April 2011...Saya telah menghantar sms kepada rakan-taulan memaklumkan berita ini. Syukur Alhamdulillah, ada yang telah mengkreditkan amoun dalam akaun tersebut. Saya akan 'Pos Ekpres'kan buku kepada mereka esok (28 April), Insya-Allah. Kalau mengikut jadual, mereka akan terima pada Jumaat. Kalau dialamatkan ke pejabat, sudah pasti mengambil masa kerana dari CRDO KEMENTAH (Collect, Receive & Despatch Office) mengambil masa untuk naik lift ke pejabat penerima. 

Saya akan berada di Stadium Sultan Abdul Halim (Stadium Suka Menanti) pada 29/30 April 2011 sempena Ekspo Perdagangan Melayu. Pihak Penganjur telah bermurah hati memberi saya sebuah meja di Kiosk Pendaftaran untuk mempromosikan buku ini.

Ingin saya membuat pengakuan di sini bahawa buku ini adalah pengalaman pertama saya sebagai penulis. Jadi, faham-faham sajalah...bukan seperti "A Doctor In The House"...almost there but not quite...! He...He....He. Saya pasti akan menerima banyak kritikan tetapi saya akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Saya juga memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan fakta, kekasaran bahasa atau apa-apa yang mungkin menyinggung perasaan individu-individu tertentu. Percayalah....Tidak terlintas di hati untuk berbuat demikian.

Dan, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca di atas sokongan anda semua. Tanpa galakan dan sumbangan dalam berbagai bentuk, termasuk bahan cerita, gambar-gambar, dll, mungkin buku ini tidak diterbitkan. 

Selasa, 26 April 2011

HUT 26 April 1976

26 April 2011...Genap 35 tahun Tragedi Gubir. Bagi  memperingati peristiwa tersebut, mungkin para pembaca bersedia menonton semula program "Hari Ini Dalam Sejarah" di sini.
WIRA-WIRA YANG TERKORBAN YANG BERAGAMA ISLAM....AL-FATIHAH. SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMATNYA KE ATAS ROH MEREKA...AMIN




Ini petikan e-mel saudara 'senapang patah' "....dan insya allah besok selepas maghrib saya ada buat tahlil disurau utk arwah yang terkorban pada tragedi 26 april. semoga roh mereka semua ditempatkan dikalangan org2 yang beriman."

Isnin, 25 April 2011

M23-11

Pembaca...Ini lagi gambar-gambar nahas M23-11 yang dicoretkan di sini.

Lokasi nahas diperbesarkan untuk proses 'recovery'

Helikopter MI-8 kepunyaan syarikat swasta disewa untuk tugas recovery

'Transit' di Long Semadoh

Dalam hangar di TUDM Labuan

Main Gear Box & Main Rotor Head dengan roots Main Rotor Blades

Saya dijanjikan ada beberapa gambar lagi akan di-emelkan. Sekiranya diterima nanti, saya akan memaparkannya. Cerita suvivors daripada TLDM dan TUDM sudah disiarkan, tak adakah survivor daripada TDM yang sudi berkongsi pengalaman? Jika diizinkan Allah, kedua-dua kisah ini akan menjadi bahan buku ke2 nanti, InsyaAllah. 

Saudara MdSaiful Sakim....Terima kasih.

Sabtu, 23 April 2011

Nahas 13 Julai 2007

Sementelah bercoret tentang nahas pesawat sebelum ini, seorang pembaca, 'senapang patah', telah meng'emel'kan 15 gambar berkenaan sebuah Nuri yang ditimpa kemalangan pada 13 Julai 2007 dekat dengan Genting Highland di sini. Inilah kali pertama saya melihat gambar yang sungguh memilu lagi mengerikan.

Saya rasa memadailah disiarkan sebahagian sahaja gambar-gambar berkenaan untuk ditonton oleh mereka yang tidak berkesempatan melihatnya sebelum ini. Sesiapa yang berminat nak melihat lebih banyak gambar nahas tersebut, boleh klik di di sini.

Saudara senapang patah....Terima kasih.

Mutakhir (25 Apr 2022 jam 1317): Terserentak juga saya dibuatnya dengan komen 'Anonymous' yang mengatakan gambar-gambar nahas adalah 'rahsia' dan mesti meminta kebenaran pihak TUDM. Saya menulis blog kerana ingin berkongsi pengalaman yang mana mungkin boleh dijadikan satu pengajaran; tidak terlintas untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. Apa tah lagi 'to get into unnecessary trouble'. 

Sebagai seorang yang bukan arif dalam ilmu perundangan, saya berpendapat gambar-gambar tersebut bukannya rahsia melainkan ianya adalah sebagaian daripada 'KEMBARAN'  kepada laporan Board Of Inquiry. Adakah anggota yang membuat operasi menyelamat diarah oleh pihak atasan supaya tidak mengambil gambar ketika melaksanakan tugas? Jika mereka engkar arahan ini, mereka boleh diambil tindakan sewajarnya.

Seterusnya, saya telah bertanya kepada seorang rakan. Beliau menasihatkan agar tidak menyiarkan gambar-gambar tersebut kerana ia mungkin 'sensitif' kepada pihak-pihak tertentu. Alasan ini saya boleh terima. Justeru, saya menarik balik gambar-gambar tersebut.

Kepada mereka yang terbabit....Saya minta maaf sekiranya saya menyinggung perasaan anda semua!!

Khamis, 21 April 2011

Pengalaman Mangsa Nahas Pesawat

Pembaca....Masih ingat nahas Nuri pada 15 Ogos 2004 di kawasan Long Seridan, Sarawak? Seramai 3 anak kapal telah terkorban dalam insiden tersebut. Seorang pembaca telah menghantar e-mel tentang cerita salah seorang juruterbang yang terselamat dalam nahas tersebut.

Mereka yang terkorban ialah...

  • Arwah Mejar  Abdul Hadi Bin Wahab TUDM - Ketua Skuadron
  • Arwah Kapten Ismazilah Bin Ismail TUDM - Juruterbang Pertama semasa kejadian 
  • Pegawai Waran 1 Sentaliah a/k  Kadur - KU

Saya menghargai kesudian juruterbang terbabit yang sedia berkongsi pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupai sepanjang hayat beliau. Inilah buat kali pertama saya membaca pengalaman seorang yang terselamat dalam nahas pesawat. Pengalaman tersebut boleh dibaca di sini.
Keadaan M23-11 (ihsan MdSaiful Sakim

Saya telah menghubungi juruterbang dan KU berkenaan untuk memaklum yang saya berminat untuk menjadikan cerita mereka sebagai bahan buku ke2 nanti,  jika ia menjadi satu kenyataan, Insya-Allah. Dan meminta kebenaran. Mereka tiada halangan terhadap hasrat saya. Namun demikian, saya memerlukan butir-butir tertentu bagi menjadikan cerita tersebut lebih mudah di'fahami' oleh pembaca nanti. Mereka berjanji akan meng'e-mel'kan maklumat yang saya perlukan nanti, Insya-Allah.

Kepada mereka yang terkorban yang beragama Islam...Al-Fatihah.

Saudara Zulfatah....Terima kasih.

Selasa, 19 April 2011

Penerimaan PJM

17 April 2011...Saya menerima surat daripada JHEV Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang untuk menghadiri majlis 'PENERIMAAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)' bertempat di La Fiesta@The Carnival Water Theme Park, Cinta Sayang Golf & Country Resort Sg Petani, Kedah. Pagi itu, saya pun bawalah isteri bersama ke majlis tersebut.


PINGAT JASA
MALAYSIA

PINGAT INI DIKURNIAKAN
KEPADA ANGGOTA-
ANGGOTA TENTERA
MALAYSIA DI ATAS SIFAT
KEPERWIRAAN,
KEBERANIAN, 
PENGORBANAN DAN
KESETIAN DALAM 
MEMPERTAHANKAN
KEDAULATAN NEGARA
SEMASA TEMPOH DARURAT

Pingat telah disampaikan oleh KP JHEV, Mej Jen Dato' Zulkifle Bin Mazlan.

So...you're the famous xnuripilot

Kenangan bersama KP JHEV

Dalam begitu ramai para hadirin, yang saya kenal hanyalah Lt Kol Harun Ayob TUDM (B) yang turut menerima JPM; sekarang menetap di Kangar, Perlis. Kali terakhir saya berjumpa beliau adalah pada awal 1980 ketika menghadiri kursus SOS (Squadron Officers School) di ITU, TUDM Kinrara, yang pertama kali dikendalikan oleh TUDM. Beliau adalah salah seorang daripada 3 Juruarah kursus tersebut.

Lt Kol Harun Ayob TUDM (B)

Apa lagi...saya pun bersembang pasal buku saya (mungkin siap penghujung April ini, Insya-Allah) dan bertanya di mana beliau berada ketika Tragedi 26 April 1976. Menurutnya, semasa itu beliau adalah Ketua Flait No 3 Skuadron, TUDM Butterworth. Beliaulah yang membawa 'SEP' (Surrendered Enemy Personnel) dengan Alouette 111 untuk membuat tinjauan udara terhadap kem komunis sebelum kemasukan komando menawan kem tersebut. Beliau masih ingat ternampak khemah-khemah musuh. Tentang Nuri yang ditembak jatuh pula, beliau telah membawa Kol (U) Fauzi Hussein, Pegawai Memerintah TUDM Butterworth, ke lokasi tersebut. Ketika tiba di kawasan nahas, pesawat masih terbakar. 

Tatkala Ops Selamat Sawadee, Lt Kol Harun adalah salah seorang BASO di Kroh. Ketika saya diminta untuk mengambil seorang casevac di waktu malam, beliaulah BASO yang meluluskan permohonan 6 RAMD dengan syarat terpulang kepada saya sama ada sedia melaksanakan penerbangan tersebut; saya telah membuat penerbangan casevac tapi 22297 Lans Koperal Saidi Bin Ismail telah meninggal dunia di dalam pesawat. 

Asyik mendengar cerita saya adalah seorang mejar dari RGK, Mej Bakar. Beliau menyatakan beliau adalah dari Skuadron 'Z'. Skuadron beliau  diarah untuk menawan kem tersebut pada 17 April 1976 tetapi terpaksa dibatalkan kerana tentangan hebat dari pihak musuh. Seorang lagi mejar (terlupa namanya) pula memberitahu pengalaman beliau semasa Ops Selamat Sawadee. Beliau ketika itu seorang pegawai muda 6 RAMD. Sayang sekali....semua cerita ini hanya diketahui selepas buku sedang dicetak!

Dalam ucapan KP, beliau telah menyentuh dengan panjang lebar berkenaan pembacaan pertama Akta Veteran Malaysia di Parlimen baru-baru ini. Menurutnya, yang paling mustahak ialah Akta induk diluluskan.  Apabila ini terlaksana, sebarang peruntukan berkaitan dengan isu veteran tidak perlu lagi mendapat kelulusan Parlimen: memadai dengan kelulusan Menteri Pertahanan. 

Anda ingat saya hendak duduk diam saja apabila mendengar berita ini? Sudah pasti tidak. Di waktu makan tengah hari, saya telah berjumpa beliau dan mencadangkan untuk menggunakan Akta ini nanti bagi memberi elaun kepada penerima JPP, PTU & KPK. Beliau menjawab susah sikit kerana apa-apa isu berkaitan dengan pingat adalah di bawah bidang kuasa JPM. Saya percaya tiada satu pun Akta yang 100% perfect...mesti ada 'loop-holes' dan bagaimana ia diterjemahkan. Saya katakan kepada beliau '...something to think about and food for thought'. Beliau berjanji untuk memikirkan cadangan saya ini. Kalau tak cuba, mana nak tahu...Rezeki ditentukan Allah tapi kenalah berusaha!