Followers

Friday, September 11, 2009

Di Anak Tirikan......

Pembaca, tahukah anda apakah pesawat terbang TUDM yang paling lama dan masih berterbangan di ruang angkasa Malaysia? Tak lain dan tak bukan......

The  Old but Faithful - Nuri S61A- 4
dan adiknya
 Older Version of Mini Cooper - Alouette 111

Kedua-dua jenis helikopter ini telah mula berkhidmat untuk negara semenjak awal 60'an lagi. Kebanyakan pilot yang  menerbangkan pesawat ketika ini masih  belum melihat dunia ini lagi. Macam  inilah........katakan Nuri dan Alouette ini adalah kakitangan kerajaan, Nuri telah lama dan masih menjawat jawatan KSN, manakala Alouette pula masih PAT. Apa tidaknya, berlandaskan kepada prestasi sepanjang perkhidmatan, KPI mereka adalah pada tahap maksima ......10/10 sama seperti saya berikan untuk KSN. Tak percaya? Baca blog saya bertajuk 'Pengiktirafan Negara......Nyawa Atau Nama'.

Banyak pesawat telah bertukar ganti, tetapi mereka   masih 'tersedia' menabur bakti demi untuk negara......! Abang-abang dan adik-adik mereka telah lama 'decommissioned'. Tiada lagi Twin/Single Pioneer, Bullldog, Dart Herald,  Caribou, Albattros,  A4 Skyhawk, HS125,   dll.......namun si burung nuri dan cepung ini    masih berligar-ligar di hutan belantara!   Pesawat  C130 Hercules, jet-jet eksekutif,   pelbagai jenis pejuang, seperti F18, MIG 29,   Sukhoi, dll, telah diperolehi. Tetapi, tiada  sebarang pengganti  untuk Alouette atau Nuri. 

Saya hanya berhasrat untuk menulis membabitkan  nuri sahaja. Secara jujur, pada pandangan saya yang kerdil ini, nuri masih mampu melakukan tugas yang diberikan. Persoalannya, adakah mereka ini dilengkapkan dengan peralatan berteknologi moden untuk menghadapi cabaran semasa? Nuri bukan lagi melakukan penerbangan di dalam negara sahaja - penggunaan mereka sudah melangkau sempadan negara.

Ingat lagi tsunami di Acheh pada 2004? Nuri telah di'deploy' ke sana  untuk operasi kemanusian.  Sebelum ini, nuri telah dihantar ke Kampuchea dibawah panji-panji PBB. Bulan Ramadan 2008, kita digemparkan yang kapal MISC diculik olih lanun-lanun di Somalia. Anda dah agak pesawat mana yang turut terlibat dalam Ops Fajar untuk membebaskan anak kapal 'Bunga Melati, bukannya pesawat pejuang yang canggih dan kemegahan TUDM, tetapi.......the old faithful NURI! 

Saya masih ingat siaran tv  menunjukkan  sebuah nuri berligar berhampiran kapal KD Mahawangsa di Lautan India. Terfikir juga oleh saya, adakah aircrew nuri mahir dalam EW (Electronic Warfare)? Jangan ketawa......musuh mereka mungkin mengguna senjata canggih, seperti 'anti-aircraft missiles' - bukan seperti semasa era saya. Ketika itu pengganas komunis hanya mengguna grenade launcher dan senapang saja. Tak tahulah saya mungkin nuri telah ada peralatan seperti 'Counter Measure Dispensing System'. Tak apalah.....sekurang-kurangnya mereka dapat menikmati 'cruise holiday' percuma walaupun bukan dengan kapal QE2...he..he. Jangan marah.....
Saya ada menerima e-mel dari seorang pembaca blog saya. Bacalah keluhan beliau....'Apa yang saya lihat, perspektif orang awam, malah sebilangan anggota TUDM sendiri pada Nuri adalah 'Keranda Terbang' atau pun 'Besi Buruk Terbang'............Mereka menganggap pesawat Nuri ini tidak selamat untuk dinaiki. Macam kami ni drebar lori buruk pulak....Fighter pilot pulak berlagak perasan bagus kononnya terbang pesawat canggih.....' Begitu sekali tanggapan sesetengah pihak!

Kesian........!

Keranda Terbang.......mungkin tanggapan ini dapat diatasi sekiranya pihak atasan TUDM menaiktarafkan nuri kepada IFR-rated. Dan, pada pandangan saya, SOP nuri berkaitan dengan 'minimal weather conditions' harus dikaji semula. Saya majukan keratan blog saya bertajuk 'Bad Weather Challenge' untuk difikir-fikirkan........

'Readers, the current nuri pilots are highly trained when they pass out from Air Force College. They fly in IFR categorized trainers and flying in clouds is no big deal. But once they are converted to nuri flying....they become cloud phobia. The main culprit is .......the SOP itself. I Follow Road/River flying is embedded in their minds!

RMAF, food for thought. Don't you think it's high time to review the SOP? '

Anda tentu bertanya mengapa saya asyik-asyik menekan kepada SOP. Mudah saja......nuri pilot terbang berpandukan SOP. Di era saya dulu, anda pasti 'GAGAL' sekiranya anda rempuh awan - tak kisah hitam atau putih - semasa penerbangan 'Cat' (lebih kurang macam ujian memandu kereta). Alasannya.......'poor airmanship'!

Buat satu ketika dua-tiga tahun lepas, pilot nuri tersenyum lebar apabila kerajaan mengumumkan yang nuri akan diganti dengan helikopter baru yang lebih canggih. Berangan-anganlah mereka - maklum sajalah mereka mungkin berpeluang menerbangkan EC725, EH101.....tak kira apalah. Saya sendiri cemburui mendengar berita ini - sungguh bertuah pilot helikopter sekarang. Tiba-tiba, pembelian dibekukan dengan alasan rasmi ekonomi tidak mengizinkan... sungguh mengecewakan........!

Hidung saya kembang apabila penulis tersebut turut menyatakan '......Saya berasa bangga apabila membaca artikel tuan yang banyak menaikkan semangat saya dan rakan untuk terus terbang dengan Nuri ni. Walaupun kami tak dapat menerbangkan pesawat baru, paling tidak pun kami berbangga dapat menerbangkan pesawat yang paling banyak berjasa kepada negara. Pesawat Nuri memang menjadi 'kuda kuat' sejak zaman tuan sehingga kini.'  Terima kasih. Bersabarlah.....mungkin satu hari nanti impian anda akan terlaksana, insyaAllah. Jangan lupa menulis pengalaman anda  apabila menerbang helikopter serba canggih nanti.

Ingat lagi gurindam 'Nuri...Oh Nuri....'? Biarlah saya poskan semula sebagai peringatan.

Nuri....oh nuri....
Walaupun tua masih lagi berkerja
Pilot lama dah bersara
Kini kau dipandu pilot muda
Badan mu sekarang terlalu tua
Terketar-ketar di angkasa raya
Pabila tempoh bad weather
Kau terbang tak tentu hala
Silap langkah pilot muda kau bawa bersama
Walaupun tua tetap berjasa
(Sungguh kejam penulis tersebut.....he....he. Jangan marah beb)

Pengurusan tertinggi TUDM,  kerap-kerapkanlah melihat kebawah.....dengar jugalah rintihan aircrew pesawat helikopter. Dan berbanggalah dengan dedikasi mereka ini. Janganlah menganaktirikan mereka!

11 September, 2009 - sebuah pesawat PC-7 Pilatus telah ditimpa kemalangan di Pulau Langkawai. Kedua-dua pilot telah terkorban. Ucapan takziah saya kepada ahli keluarga mereka, khususnya, TUDM amnya. Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas roh mereka. Al-Fatihah....

Pilot nuri......apa komen anda?









                                                                                            
                                                                                     

6 comments:

alor star airmen said...

kalau sar nuri tak serviceable pilot fighter dan transport tak berani terbang . betulkan saya kalau pernyataan saya silap tuan .

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Assalamualaikum,

Memang betul tu. No 10 Skn di TUDM KL tetapi ada detachment sebuah nuri dari No 10 Skn di TUDM Kuantan untuk SAR.

Anonymous said...

We can not afford to lost an air crew just because of technical failure of the aircraft and not well protected by any enemy threats. An air crew is a vital asset to the RMAF organization.

A 10 years experiences of highly trained air crew who has been killed in an air crash need to be replaced by the next 10 years by the other air crew.

It is sad to say if this air crash is due to lack of modern electronic survivability fitted to the poor Nuri. In modern warfare, it is mandatory for the highly trained combat helicopter crew to be protected by Electronic Counter Measures from the enemy MANPADS threats.

Op Fajar in Somalia was the best example where the 'Old and Faithful Nuri' has been sent there without any self protection from the Somalian Pirates MANPADS such as gunnery, Radar Warner System(RWS),Missile Warner System (MWS), IR Supression,chaff and flares.

The organization and the government need to consider the cost of upgrading the Nuri is higher than buying the new heli.

The old Nuri should be decommissioned and replaced by the suitable type of heli in modern warfare........

marco said...

Sir,

Nice to read / hear all your nostalgic events / memoirs while flying the Nuri. Keep em' coming, please. Thank you.

from : a present day Nuri pilot

Anonymous said...

Dear Sir,

Nice to read your stories and experiences..Hope to read more about the old and faithful Nuri...

Young Nuri Pilot

akbs said...

wow such an interesting experiences! keep it up and who knows one fine day the truth will reveal. you are true malaysian brother.