Pengikut

Rabu, 13 April 2011

Tragedi 26 April 1976...Mangsa JS Ke2

Pembaca...Dalam cerita 'Tragedi Gubir', 'Abah' menceritakan warga komando kedua yang terkena jerangkap samar (JS) ialah Truper Hussin. Tetapi cerita itu tidak mendalam kerana beliau tidak berada bersama dengan Truper Hussin di tempat kejadian kerana berlainan trup. Beliau menceritakan secara terperinci tentang buddynya, Truper Yaacob, yang terpijak JS. Mangsa JS pertama ialah Sarjan Ahmad@Jantan dan keadaan ketika terkena JS diceritakan secara terperinci oleh Lans Koperal Mat Sepin Ismail. Jadi, dalam buku saya pun kejadian yang menimpa Truper Hussin hanya sekadar sepintas lalu sahaja.

2 bulan sudah, Lt Kol Basri (B) telah menghantar artikel terbitan BTDM (Berita Tentera Darat Malaysia) berkenaan dengan Truper Hussin. Sayang sekali saya menerima cerita ini hanya setelah buku dalam proses dicetak! Ini petikan artikel tersebut (klik untuk membaca)....



Lt Kol Basri Omar (B)....Terima kasih.

3 ulasan:

trooper_knife berkata...

salam Tuan.

kami ada mengunjungi beliau pada hujung tahun 2010. berikut ada sedikit sebanyak foto-foto semasa kunjungan kami.

http://www.panggilanpertiwi.my/index.php?option=com_kunena&func=view&catid=6&id=4807&Itemid=158

kami sentiasa menantikan kisah-kisah sebegini diceritakan oleh tuan dan juga veteran-veteran yang lain. terika kasih.

Tanpa Nama berkata...

http://youtu.be/tIzqdpirOgc


rasanya ramai yang tak sedar yang filem wira angkasa ada memaparkan babak gunship bersama nuri dalam CSAR

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum tuan,
haji husin ni saya kenal sangat dengan beliau,ini kerana rumah beliau berhadapan dengan rumah saya dan saya membesar dikalangan bekas komando yang pernah terlibat semasa era insurgensi..hanya ALLAH S.W.T dapat membalas perit jerih Tuan dan rakan seperjuangan tuan ketika di era insurgensi...I am proud to be a son of commando.