Followers

Friday, December 23, 2011

'Dog-Tag'

Merujuk coretan ini, salah seorang xpegawai TUDM yang saya kenal di majlis tersebut (mungkin beliau 'terlupa' siapa saya kerana saya tidak pernah berkhidmat di bawah beliau) ialah Jen Tan Sri Saruji, xPTU. Apa lagi, saya pun bertanyalah kepada beliau tentang Tragedi Gubir 26 April 1976. Beliau, ketika itu berpangkat Mejar (U), adalah salah seorang anggota Lembaga Penyiasatan. Lain-lain ahli ialah Lt Kol (U) Johnny Lim dan Kapt (U) Santhanam (Jurutera).

Saya bertanyakan sama ada beliau masih ingat # 'airframe' pesawat. Jawapannya ialah sudah lupa kerana insiden berlaku terlalu lama. Menurutnya, bahagian pesawat yang tidak terbakar ialah 'ekor' (pylon) kerana ia tercerai daripada bangkai pesawat. Terdapat beberapa lubang pada ekor tersebut akibat ditembusi peluru.

Menurut beliau lagi, dua warga 'Air Rescue Team', arwah L/Kpl Kamarulzaman dan arwah L/Kpl Suandi, mudah dikenal pasti walaupun terbakar kerana 'dog-tag' yang mereka pakai terlekat pada tubuh mereka. Banyak lagi yang mahu saya tanya tetapi masa tidak mengizinkan.

Saya sentiasa memakai dog-tag ini ketika membuat penerbangan. Sebenarnya ada 2 keping; kepingan 'rectangle' dah hilang entah kemana.

Kepada Pilots yang membaca coretan saya ini, amalkanlah memakai dog-tag ini. 

9 comments:

matahelang said...

Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

Dog-Tag...interestingly yet i wonder do our armed forces or all armed forces retained its named as such? Can we actually change its name to ID-tag...;-D. Well, i dont quite like the name anyway (or some might say 'what's in a name???)... My apologies Tn...its just me from a layman's civilian mind and curiosity. A very good gentle reminder from u Tn to those concern. Having self-identification speaks for us when we cant identify ourselves...personally.

May Allah blessed and safeguard the soldiers always...

Sue said...

dog tag = disk.. ye kan Tuan?

nur_emyinda12 said...

Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

A very very good gentle reminder from a very experienced armed personnel to be taken seriously by those concern in the field....and a gentle reminder too from me to???
p/s... To MH...thank goodness for having my comments published under your name...Stunned and shocked ! wonder how this happened and i've lost my profile ;-p...
Tn Mejar Nor Ibrahim, my heartfelt apologies Tn, some people sure do need a gentle reminder in the ethics of networking too ;-) but, the best/positive thing is that at least whosoever this MH is, has the chance to read up this magnificent blog of yours, right Tn! Oh yes btw, MH - thanks again for the inethical networking ;-p DO NOT PROCEED OK. Muchas Gracias

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Waalaikumussalam matahelang,

Thank you. You're right. It's an ID-tag. However, this term is universally acceptable in English-speaking Armed Forces. For all you know, this term is no longer in use in our MAF...Wallahualam.

Saudari Sue,

Betul tu. Apa yang tertulis ialah '410314', 'NOR IBRAHIM' & 'M' (Muslim). Kalau kita menonton filem perang, disk ini menjadi bukti apabila seorang perwira terkorban.

Waalaikumussalam nur_emyinda12,

Thank you. Nothing to apologise about.

PVR said...

Tuan,

Betul ke ramai pilot prefer untuk pakai dog tag ni kat kaki..Alasannya kalau aircraft crashed, itu je yang tinggal..

MOZA AQM said...

Sdr PVR,

Dog tag dipakai sama saperti rantai leher biasa dimestikan pakai kepada semua aircrew(anak kapal)TQ

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara PVR,

Terima kasih. Salah tu. Saya percaya tiada warga tentera di seluruh dunia memakai dog tag di kaki. Semua pakai di leher seperti memakai rantai. Tanggapan hanya kaki saja yang tinggal sekiranya pesawat ditimpa kemalangan, adalah tidak benar.

Saudara MOZA,

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam Sir,

Saya sentiasa memakai DOC TAG dimana saja...dah sebati. Saya pernah alami pesawat terhempas, jet pejuang, doc tag ini amat penting bagi doktor dan paramedik untuk ketahui jenis darah dan ugama...tak semestinya untuk mengenalpasti jenazah sahaja.

Saya rasa sebutan yg betul dlm english adalah DOC TAG...DOC untuk medical purposes...tapi ramai yg sedap panggil DOG TAG.

Salam pada Mejar dan keluarga. Singgahlah OMQ saya jika dtg ke Jertih atau Pasir Putih

LTKOL AZHAR MOHAMAD PUGK

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Waalaikumussalam Saudara LTKOL AZHAR MOHAMAD PUGK,

Terima kasih di atas maklumat tentang 'Tag'. Jujur saya katakan, inilah buat pertama kali saya menyedari sebutan sebenarnya. Juga terima kasih di atas jemputan anda.

Pada Ogos 2011, saya ada terima panggilan telefon daripada seorang mejar (lupa nama beliau) menjemput saya ke PUGK untuk memberi ceramah sempena ketibaan Hari Merdeka. Olehkerana ketika itu bulan Ramadan, saya terpaksa menolak jemputan tersebut. Namun demikian, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan pangkalan yang sudi mengundang saya.