Pengikut

Selasa, 20 Disember 2011

Dengar...Dengar...Dengar

Setiap tahun saya menunggu ketibaan Disember. Perlu dinyatakan di sini, saya tidak meraikan ketibaan jam 0001 1 Januari. Kebiasaannya di waktu itu saya nyenyak tidur tanpa sebarang mimpi.

Sebagai salah seorang tuan punya syarikat, ASNB, saya telah mengarahkan CEO untuk mengumumkan pemberian dividen dan bonus. Kebiasaannya diumumkan selepas 16 Disember.

19 Disember 2011...CEO yang melaksanakan tugasnya dengan penuh amanah, telah mengumumkan pemberian dividen 7.65 sen/unit dan bonus 1.15 sen/unit. Nak memudahkan perkiraan, purata pulangan yang akan diterima oleh saya ~8.3 sen/unit = 8.3%. Syukur Alhamdulillah.

Kira-kira beginilah. Anggaran pulangan TANPA CUKAI yang akan diterima sekiranya jumlah simpanan yang tidak diusik dari 1 Januari 2011 sehingga 31 Disember 2011.....

1.   RM100K x 8.3%  = RM8300  = ~ RM690/bulan
2.   RM500K x 8.3%  = RM41500= ~ RM3458/bulan
3.   RM1 Juta x 8.3% = RM83K    = ~ RM6900/bulan

Mustahil boleh simpan sebanyak RM1 juta dalam ASB? Jawapannya...SUDAH TENTU TIDAK MUSTAHIL. Cuba imbas kembali coretan saya di sini.

Saya pasti ramai yang dah 'cemuih' dengan nasihat mejar pencen ini. Tapi percayalah, nawaitu saya hanya untuk pembaca memikirkan masa hadapan apabila tiba masanya terpaksa mengucap 'adios' kepada organisasi yang menyara kehidupan anda sekeluarga sebelum ini.

Anda senang, itu hak anda. Anda susah, itu juga hak anda. Senang dan susah anda tanggung sendirilah. TEPUK DADA, TANYA SELERA. 

7 ulasan:

Abang Zul berkata...

Terima Kasih ,Tuan ... atas peringatan yang baik ini.

Tanpa Nama berkata...

Pelaburan maksimum yang dibenarkan dalam ASB setakat 200K sahaja, huk2

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Abang Zul,

Terima kasih. Kita hendaklah ingat-=mengingat di antara sesama kita.

Anonymous,

Terima kasih. Maksima pelaburan pokok ialah RM200K. Lebihan dividen & bonus dikompoun tanpa sebarang had. Ramai pelabur yang mempunyai simpanan melebihi RM1juta.

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah, syukur kepada NYA, walaupun agak lewat melabur dlm ASB, namun 'return'nya mmg berbaloi.

Tanpa Nama berkata...

bile bace tulisan mejar,saya berumur 25 taun,baru bercadang nak wat loan asb selama 25 taun,lebih kurang rm300 lebih la sebulan.cukup umur saya 50,sy dah ade rm400,000 lebih dalam akaun asb!!!dan dividen tahunan lebih kurang rm32,000 dan sebulan lebih kurang rm2,600!tu kalo sampai tempoh die 25 taun.kalo tak keluar 1 sen pun la,hehhehe...besusah2 dulu,besenang kemudian!

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman berkata...

Anonymous (22 & 25/12),

Syukur alhamdulillah kerana melabur demi masa hadapan keluarga. 'Terlambat' hanya bila dah tak berkerja kerana tiada kemampuan lagi untuk melabur.

Ingatlah...sikit2 lama2 menjadi bukit. Bila pendapatan mengizinkan, tambah pelaburan, insya-Allah. Walaupun 25 tahun nanti nilai RM2600 akan menguncup, ia tetap ada nilai.

budakboy berkata...

Salam tuan mej nor. Terima kasih atas nasihat orang lama. Kalau boleh saya tumpang mencelah. tolong sampaikan pesanan kepada veteran ATM lain supaya menyimpan di dalam Koperasi tentera. Dividen ok. dicampur dengan ASB, bertambah pencen tu. tapi saya kena bayar income tax sebab pencen belum usia 55. heheheh. kira sumbangan utk kerajaan le tu.

salam.
razaksalim
lt kol TUDM Bersara