Pengikut

Isnin, 9 Januari 2012

Oh Komer, Deghoyan Udah Lughuh

OOh komer, deghoyan udah lughuh
lebeh baik, cepat pergi suluh
Lamat siket, komer dapat habuk
Kalau tido, jawabnyer tinggei pokok
(Deghoyan Bebunge - Mr Os)
(((
Yeop oi...Negeri teman dah musim durian. Tapi teman tak ada dusun. Namun demikian, itu semua tak menjadi masalah kerana ramai di antara ahli kariah surau saya, Surau Darulaman,  memiliki dusun di Perak. Ini terbukti apabila salah seorang daripada mereka membuat kenduri durian bersama pulut dan santan. (Gambar ihsan 'wardahilmu.blogspot.com')

Terpapar pada papan kenyataan di surau, semua ahli kariah dijemput ke majlis tersebut pada Sabtu, 7/1/2012 selepas isyak. Semasa nak masuk ke perkarangan surau untuk solat isyak, dah menyusuk hidung terhidu bau raja buah ini. Aroma ini datangnya dari sebuah Mitsubishi Triton yang sarat dengan durian dari, mana lagi kalau tak bukan....Batu Kurau!

Selesai saja solat dan doa kesyukuran dilimpahNya rezeki, bermulalah sesi fiesta durian. Saya ni boleh dikategorikan peminat setia durian tapi sekarang ni terpaksa mengawal diri sikit. Jangan main yeop oi....Buah ini kandungan gulanya boleh tahan juga. Dalam mengawal diri tu pun, malam tu punyalah panas badan.

Sebahagian daripada pencinta buah tempatan 

Sebelum ini, seorang ahli kariah telah membuat kenduri buah berduri ini hasil dusun beliau di Tanjung Malim. Bila musim dokong pula, ada pula pemilik dusun yang meletakkan guni penuh dengan buah dokong untuk sesiapa  yang nak mengambilnya. Ada juga yang menjemput ahli kariah ke rumah untuk kenduri buah cempedak.

Sesiapa yang ada dusun durian tu....Jemput-jemputlah saya. Melawak saja....He...He....He.

Sungguh murah rezekiNya. Apa yang dikehendakiNya daripada hambaNya....Hanyalah bersyukur! 

3 ulasan:

MFTAQIYUDDIN berkata...

Assalamualaikum

Durian selain enak dan diminati ramai juga dapat juga jadi benih membuat amalan sedekah dan merapatkan silaturahim sesama kariah.

Tak buat tempoyak?Hehe.

orang lama berkata...

betul ke kat kem pusat komunis masa kat dalam hutan Gubir dulu banyak anak pokok durian ...

Tanpa Nama berkata...

ujung bulan disember lalu ternampak burung nuri sedang menelan berguni-guni durian dan rambutan kedalam perutnya di tekah.......untung jadi durian,merasa gak naik nuri....huhuhuhuhu