Followers

Tuesday, February 21, 2012

Kehidupan Berkualiti

Sapa-sapa ada membaca artikel 'Live to a healthy 90, but how?' dalam NEW SUNDAY TIMES, 19/2/2012, di bawah SUNDAY SPOTLIGHT, ms 16? Pada mereka yang berminat, boleh baca di siniApa yang menarik perhatian saya ialah pandangan Prof Madya Nathan Vytialingam, pengerusi Malaysian Healthy Ageing Society, antara lain menyentuh faktor untuk hidup dengan lebih sihat '.....Studies carried out among the elderly people in Hong Kong have shown that looking at old photographs and talking about the past are beneficial in increasing quality of life'.

Bior bebeno...Baru sekarang saya tahu bahawa apa yang saya tulis disertai dengan gambar-gambar  engkohnya boleh menyumbang kepada  'in increasing quality of life' saya dan mungkin juga para pembaca....Syukur Alhamdulillah. 

Untuk menambahkan lagi kualiti kehidupan ini, saya paparkan gambar yang saya terima daripada Saudara Ahmad Damanhuri. Beliau bertanyakan lokasi pendaratan Nuri dalam gambar berikut....


Ini memang gambar lama. Kalau tak silap saya, si burung Nuri ini mendarat di KEMENTAH di awal 70'an. Padang di atas adalah tapak bangunan WISMA PERTAHANAN  sekarang ini. Bangunan zink di sebelah kanan ialah kedai tukang jahit dan tukang kasut. Saya masih ingat menempah sepasang 'combat boot' di situ. Bangunan zink di sebelah kiri pula diganti dengan bangunan Perpustakaan ATM sekarang ini. 

Saya pasti mesti ada VVIP membuat lawatan rasmi ke KEMENTAH kerana warga tentera memakai No1 Dress.

Ini pula gambar Alouette 111....

Alouette Di Fort Kemar

Saya percaya gambar di atas banyak membawa kenangan kepada para veteran daripada PPH dan Senoi Praaq. 'Cepung' ini memang tidak asing bagi mereka. Nuri jarang mendarat di Pos ini. Saya masih ingat berhenti di Pos ini untuk makan tengah hari berlaukkan kari daging rangsum dan telor dardar...Best!!

Kini....Semuanya hanya tinggal dalam kenangan.

Saudara Ahmad Damanhuri...Terima kasih.

9 comments:

mangchikla said...

Lame tak tgk 'Pie Hut' ..

Arunzab said...

Mangchikla,
I am sure you must mean 'Pike Hut'

mangchikla said...

Sudara Arunzab, But of course, keyboard error u c, 'k' letter missing. haha to be honest i thot it was 'pie' , first time i heard it pronounced 'pike'. Tx anyway.. :D

Arunzab said...

Saudara mangchikla,
Not to worry it happens all the time. I remember one senior army officer during briefing said " we will need two monkey tenths" Then every body started laughing and he looked puzzled as all these years he believed our army tents were actually called monkey tents instead of marquee tenths.Now thirty years later it still makes me laugh when I think of it.

mangchikla said...

and that too! wakakakakakka

Kaini said...

salam, Mejar ada atau pilot2 lain ada tak gambar nuri semasa operasi di Cameron Highlands atau padang brinchang pada masa dulu2, terima kasih

Kaini

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Kaini,

Saya sendiri tiada. Sesiapa yang ada, harap e-melkan kepada saya untuk disiarkan.

Saya masih ingat ada 2 kali mendarat di Brinchang. Pertama pada Hari Raya Aidilfitri. Salah satu hidangan yang sehingga kini saya masih ingat ialah sate rusa. Makan pun dalam khemah di grass strip. Kali kedua di Mes Pegawai.

Samporeanz said...

Salam Mejar,

ini ada link http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20121124/lk_03/Menjejak-kesan-Ops-Bamboo

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Samporeanz,

Terima kasih. Wartawan Utusan, En Zainal, ada menghubungi saya bertanyakan sama ada saya nak ikut ekspedisi menjejaki 'Bamboo Express'. Umur dah senja ni tak larat nak naik 4-wheel drive untuk 3 hari 2 malam.