Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Tuan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas.

2.      Adalah dimaklumkan bahawa, surat tuan kepada Utusan Malaysia pada 27 Januari 2012, yang bertajuk “PENERIMA PINGAT JPP INGINKAN KEPASTIAN”  telahpun disediakan maklumbalasnya oleh pihak BIUPA dan dikemukakan kepada Utusan Malaysia pada 31 Januari 2012 untuk dipaparkan [salinan e-mel adalah dilampirkan]. Maklum balas ini telah disahkan diterima oleh pihak Utusan Malaysia, namun demikian tarikh paparannya bergantung kepada pihak Editorial media tersebut.

3.      Untuk makluman tuan juga, selain daripada mengemukakan maklumbalas kepada Utusan, kami turut memuatnaikkannya ke BERNAMA online untuk bacaan umum dan makluman pihak media lain, serta memuatnaikkan ke Laman Web PAJPM di www.pajpm.gov.my.

4.      Bersama-sama ini kami kemukakan kepada tuan Maklum Balas Rasmi yang telah disediakan bagi makluman bersama. Perhatian dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.


Terima kasih.
“Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"
“Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti"

NALIZA FAHRO ROZI
KETUA KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN PERDANA MENTERI

( 03 – 8872 3438 6 03 – 8888 3106 * naliza@pajpm.gov.my  
Save a tree...please do not print this e-mail unless absolutely necessary.