Followers

Thursday, June 9, 2011

Berdoa

Saya terima sms ini daripada Lt Kol  Basri Omar (B) pada  9 Jun, jam 0738 '....Sms dr Lt Kol Husaini xTUDM Intake 32. As Salam, dimaklumkan bahawa sy akan menjalani major operation utk buang buah pinggang sebelah kiri hari ini diHUKM kerana terdapat cancer disitu, mohon doakan agar pembedahan berjalan lancar dan segera sembuh, ampunkan segala kesalahan serta halalkan makan minum. Tkasih atas segalanya. Ahmad Husaini.'

Saya kenal seorang juruterbang Nuri bernama Mejar Husaini. Saya pernah berjumpa beliau di No 10 Skn dan ketika itu beliau menjawat jawatan Ketua No 5 Skuadron, TUDM Labuan. Saya masih ingat beliau menjemput saya datang ke Skuadron sekiranya saya 'terpergi' ke Labuan. Lt Kol Basri mengesahkan Lt Kol Husaini adalah xnuri pilot dan cadet beliau di MTD di suatu ketika dulu. Mej Husaini=Lt Kol Husaini (B).

Para Pembaca....Marilah kita berdoa  kepada  Allah agar hambaNya ini selamat menjalani pembedahan...Amin. 

13 comments:

SENAPANG PATAH said...

Salam Tuan..

Bersama2 lah kita berdoa semoga beliau selamat menjalani pebedahan tersebut.
insya allah semoga allah swt mempermudahkan segala urusan keatas Mej Husaini.

FMZam said...

Kpd Sdr Husaini,

Kuatkan semangat saudara untuk hadapi pembedahan ini dan kami iringi saudara dengan doa restu semoga saudara selamat menjalani pembedahan dengan jayanya. Mudah2an Allah panjangkan umur saudara untuk dapat semula bersama2 isteri dan anak2 yang dikasihi. Amin.

COLTORAS said...

Assalamualaikum, Lt Kol Ahmad Husaini Zakwan bin Hj Hassan Basri TUDM (B, rakan sekerja semasa di TUDM Kuching (1981/83) juga pernah dianugerahi sebagai Tokoh Wira Maal Hijrah ATM. Dgrnya skrg adalah salah seorang jurulatih terbang di IT&S Ipoh. Ya,Allah, berikan keselamatan kpd beliau menjalani operations dan akan segera sembuh sediakala. Wassalam.Toharudin

Den Cdo said...

Tuan nak tanyo sikitlaa, ini mej Khusaini yang main rugby utk black hawk dulu ko..?.Walau siapo pun dio Den doakan semogo dio selamat menjalani pembodahan dan supaya lokeh somboh...Amin...

Anonymous said...

Anon 11.32
Betul tu Husaini yang main rugby.
Semoga beliau selamat dan cepat semboh.
Ya ALLAH kesihan lah hamba mu ini dan beri lah rahmat mu dan selamat kan beliau supaya cepat semboh untuk terus beribadat kepada mu.
Ya ALLAh, yang maha pengasih, penyayang dan lagi maha pengampun.

basri bin omar said...

Salam Tuan!

Tk paparan doa kita agar beliau cepat sembuh,Insyaallah.
Beliau pernah bertugas diKemboja UNTAC dalam tahun 1993...Lulusan Canadian Staff College,Toronto,Kanada(1995/96).
Beliau kini d Wad 5D,Tkt 5 HUKM.

Berita lain Lt Kol Dollah Ihsan(B) bekas peg MP, kini dalam Wad ICU di RSAT Tuanku Mizan...juga kita doakan Allah SWT permudahkan segalanya buat mereka,Insyaallah.

mangchikla said...

Facebook Profile, Ahmad Hussaini

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Di hari Jumaat yg mulia ini saya turut mendoakan agar diri saya, keluarga dan semua umat Islam samada dikenali atau tidak agar sentiasa mendapat kerahmatan dan perlindungan dari-Nya di dunia & akhirat.

Al-Fatihah....

Amin......

Abah said...

Salam Tuan,

Semoga beliau dapat menjalani pembedahan itu dengan jaya dan selamatnya serta didoakan juga beliau sihat dan pulih seperti sediakala hendaknya. Kepada Allah jua kita berserah agar dipermudahkan pembedahan tsb. Ammin...ammin ya Rabaallallamiin

Mohd Ismail Bin Mohd Hashim said...

Assalamualaikum Tuan,

Saya mengambil kesempatan ini untuk berdoa semboh kepada Lt Kol Ahmad Husaini dan Lt Kol Dollah Ihsan moga mereka berdua selamat menjalankan susulan perubatan masing-masing dan juga kepada semua anggota atm yang sedang menerima rawatan yang seumpamanya.

Sekian Wassalam.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Waalaikumussalam,

Terima kasih kerana mendoakan agar semuanya selamat.

FIXIE said...

Salam Tuan dan Semua!

Allahyarham Lt Kol Dollah Ehsan kembali ke Rahmatullah pada pg Sabtu pd jam 0300...pada azan maghrib ptg sablm tu sempat ziarah di RSAT Tuanku Mizan...tapi nampak uzur benar..di temani 2 Anaknda ..SAYU tgk sahabat dalam keadaan begitu.! Alhamdullilah ..pengurusan jenazah amat lancar dan MUDAH...Solat di Surau dkt rumah Almarhum di Taman Impian Jaya,Kajang...diberi Penghormatan Terakhir oleh Kor Polis Tentera..dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Kanthan ,Kajang jam 1130 Hari Sabtu 11 Jun 2011..di talkinkan oleh Kekanda Almarhum sendiri...Subhanallah...Alfatihah!

Ptg kelmarin sempat ziarah Lt Kol A Husaini di HUKM Wad D...Alhamdulillah beliau beransur pulih...doa kita agar beliau cepat pulih,Insyaallah....AMIN!

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Innalillahiwainnailaihirojiun...
Al-Fatihah....