Followers

Wednesday, August 15, 2012

Nuri...Jasamu Tetap Dikenang

Saya terima gambar berikut daripada seorang peminat pesawat terbang. Beliau mengikuti apa jua perkembangan yang membabitkan TUDM - Kapt Dr Ahmad Damanhuri....

Penerbangan pertama helikopter Nuri di ruang angkasa Kuala Lumpur pada 25 Januari 1968
Nuri telah tiba di Port Swettenham (Port Klang) pada 1968 dan dipasangkan di sana untuk penerbangan ke No 10 Skuadron, TUDM Kuantan. Bila tengok gambar tersebut, terasa malu dibuatnya. Manakan tidak, saya punya le heboh seluruh dunia bagai nak rak tentang kehebatan siburung besi ini. Tapi, saya sendiri tidak tahu sejarah awalnya....bila tiba, jumlah, siapa 'pioneers', dll. 

Oleh kerana keperluan mendesak, para pegawai Tentera Darat telah ditawarkan bagi mengikuti kursus penerbangan. Antaranya ialah Tan Sri Mohamed bin Ngah, arwah Dato' Mohamed bin Taib, Dato' Fauzi, Dato' Nawi, Lt Kol Agil, Lt Kol Richard Jalleh dan ramai lagi. Depa semua menjalani latihan penerbangan di negara 'Uncle Sam'.

Bagi mengurangkan kos, latihan dilaksanakan di TUDM Kuala Lumpur oleh sebuah syarikat swasta - S.E.A Helicopters (Malaysia) Sdn Bhd. Antara pegawai-pegawai yang 'melompat' (termasuk saya...He...He...He) ialah Dato' Rahim, Dato' Razak, Lt Kol Meor Zubir dan ramai lagi.  


Sebelum tertubuhnya 'Skuadron Komposit' di awal 1977,  Nuri skuadron adalah No 7 Skn, TUDM Kuching. Skn ini bertanggungjawab memberi bantuan kepada sebarang keperluan yang memerlukannya di Sabah dan Sarawak. Manakala, No 10 Skn, TUDM Kuantan, pula memenuhi keperluan di Semenanjung Malaysia. Jadi, kami pun ke seluruh ceruk negara: saya masa tu di seluruh Semenanjung. Apa juga operasi yang dilancarkan oleh TDM, kami turut terlibat. 
Bila wujudnya Skuadron Komposit, Alouette dan Nuri diagihkan kepada semua skuadron helikopter - No 3, No 5, No 7 & No 10. Hanya No 7 Skn sahaja yang saya tidak pernah berkhidmat. Di No 10 Skn, Bos saya ialah Dato' Sulaiman Mahmud, Dato' Goh Seng Toh & Lt Kol Sulaiman Yaacob (1st tour: Jul 1974 - Dec 1977): Lt Kol Agil tatkala 2nd tour (Feb 1980 - Nov 1980). Di No 3 Skn pula, Bos ialah mendiang Dato' Stephen Ngiau, Dato' Nawi Alias & Dato' Hussein Sopian.


Kalau tak silap, saya (ko-pilot) bersama Kapt (U) Raja Mohd dan Sjn Muthu, telah membawa balik  FM1716 yang siap dipasang di Port Klang pada 21 Dis 1974

Catatan Log Book. Ke KL - FM1714 (1jam 05min). Dari Port Klang - FM1716 (1jam 30min)

Inilah sedikit sebanyak yang saya ketahui tentang sejarah Nuri. Pagi tadi, saya telah menghubungi pihak Muzium TUDM bertanyakan sama ada mereka ada menyimpan sejarah ini. Menurut beliau, sejarah helikopter skuadron ada dalam koleksi mereka. Beliau berjanji akan menyelongkar arkib depa dan sekiranya ada, beliau akan hantar pada saya nanti, insyaAllah.

Sesiapa di antara pelopor yang sudi kongsi bersama berkaitan sejarah awal siburung besi ini, harap emelkan kepada saya. Terpulanglah kepada kita untuk mengabadikan 'talian hayat' ini yang telah banyak berjasa kepada keamanan negara sebelum ia 'pupus' buat selama-lamanya nanti.  Hanya terima kasih saja yang mampu saya ucapkan. 

Walaupun sekarang ini ada pihak yang mempunyai persepsi negatif terhadap prestasi 'the work-horse of the RMAF' di suatu ketika dulu,  saya tetap berbangga menyatakan saya adalah seorang xjuruterbang NURI.

Kapt Dr Ahmad Damanhuri...Terima kasih.

11 comments:

HARniaga Interior Architecture Consultant said...

Salam Mejar.

Seronok ikut blog tuan, banyak juga info yg saya dapat. Saya mmg minat dalam penerbangan dan TUDM. tapi saya bukan seorang anggota TUDM, hanya abang dan uncle saya menyertai pasukan tersebut...

Terima Kasih...

SELAMT HARI RAYA

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Terima kasih.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN

Anonymous said...

salam tuan....

M23-04 & M23-05 dah decom.
Gov dah tak mau sambung kontrak sevicing 2 pesawat ni.
coming soon M23-01

Anonymous said...

saya pun berbangga dgn Nuri dan krew nya yg banyak membantu kami semasa menjalani ops di perbatasan di era insurgensi. Nuri adalah talian hayat kami ..

Anonymous said...

A'kum Tuan..

Nuri dan Alloute juga yang mendidik kami di TLDM sebagai aviator sehinggalah dapat mengoperasikan pesawat WASP,SUPER LYNX dan FENNEC dengan rekod bersih(zero fatal incident) setakat ini insyaallah....
Terima Kasih banyak2 kepada TUDM.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

SENAPANG PATAH said...

Salam... Saksikan jam 9.30 mlm ini di RTM1 Rancangan Panorama bertajuk Perjuangan yg sia sia,temuramah bersama bekas anggota PKM

Arunzab said...

Saudara Nor,

As an infantry  man I can safely say that the since its interception in 1968 the Sikorsky ( Nuri )helicopter  was the air powers single most important assert during the Emergency. I and my troops must have travelled countless times in and out of operational areas all over the country during my 32 years service in the army. Although not many gave credit to these  brave men who flew these magnificent machines our operational success would not have been possible without them. Until to day I cannot forget the hollow thumping sound of the Nuri as it approached to land in the deep jungle and take off. When the Nuri is finally retired from service in should have a place in our museum as the the machine that helped us save the lives of many of our soldiers and win the the war against the Communist Terrorist. 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Salam

Anonymous said...

Walaupun saya menerbangkan heli lain,tp saya teringin nak terbangkan nuri si burung besi nie.

Anonymous said...

Salam,
Benarkan Nuri sekarang ini dah banyak 'decom', patutlah sangat jarang nampak Nuri terbang sekarang ni. Sedih pun ada kerana banyak memori saya di masa lalu ada terselit si Nuri....

shafik said...

Tuan,

Ada sorang instructor di MATA di KTU merupakan antara yang terlibat semasa 1st arrive Nuri. Saya pernah tengok gambar dia berlatar belakangkan Nuri di pelabuhan. Lepas pasang, Nuri akan diterbangkan ke base. Dia orang Kelantan. Dah lupa namanya.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Arunzab,

Really appreciate your comments. 'thank you' after successful mission meant so much to us, the nuri crew.

Sad to know that 3 burung besi were decomm. Well, the 1st EC 735 would be entering the service in Dec 2012. The old but faithful birds are slowly being phase out..Good bye, my friends.

Satu episod dalam kehidupan saya bila ternoktahnya perkhidmatan NURI.

Saudara shafik,

Kalau bersua dengan anggota berkenaan, galakkan dia menceritakan pengalaman beliau.