Followers

Wednesday, November 7, 2012

Sayang Seribu Kali Sayang

Saya sebenonya dah menoktahkan isu pengkisah untuk siri 'Jejak Pahlawan' yang dianjurkan oleh PLKN, klik di sini. Tapi bila membaca komen2 terhadap coretan tersebut, saya memaksakan diri mengulangi kekecewaan walaupun saya pasti ia tidak mungkin dapat mengubah pendirian pihak terbabit.

Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih diatas komen2 berkenaan. Saya sungguh terharu diatas tribute 'pengkomen' terhadap krew helikopter. TERIMA KASIH.

Saya tidak terniat langsung untuk mempertikai penganugerahan darjah2 kebesaran - pingat/bintang termasuk Anugerah Perkasa - kepada para penerima. Saya berpandangan tiada seorang pun para penerima anugerah menulis sendiri asas pencalonan. Semuanya terpulang kepada si pencalon itu sendiri dan pihak atasan yang meluluskannya, wallahualam.

Berbalik kepada isu kekecewaan saya. Adakah wira2 seperti berikut tidak layak kongsi bersama pengalaman mereka dengan para peseta PLKN hanya kerana mereka bukannya penerima SP & PGB?
  • Lt Kol Dr Syed Othman (B) - Hilang penglihatan akibat terkena jerangkap samar. Namun demikian, beliau berjaya menimba ilmu sehingga peringkat PhD.
  • Lt Raja Musa (B) - Hilang mata kanan & kaki kanan di atas buku lali dek jerangkap samar. Ketika itu beliau bertugas sebagai FOO bersama pasukan komando. 
  • Lt Kol Chong KL TUDM (B) - Nuri beliau ditembak di LP ketika sorti mengambil seorang casevac. Seorang anggota Air Rescue Team (ART) terkorban dalam pesawat. Keesokan harinya, beliau berjaya mengeluarkan casevac. Sebulan kemudian, sekali lagi pesawat beliau ditembak dan  mengorbankan lagi seorang ART.
  • PW1 Mohsain (B) - Salah seorang daripada 2 orang KU yang terkena tembakan musuh. Sebelum itu, beliau juga KU kepada Lt Kol Chong dalam 2 insiden di atas.
  • Lt (U) Murad - Nuri beliau ditembak ketika anggota komando abseil di kem komunis. 3 anggota komando tercedera. Beliau berjaya menerbangkan pesawat tempangnya mendarat dengan selamat di Gubir. Dalam misi mengambil komando pula, Nuri beliau ditembak tapi masih mendarat dan berjaya membawa sebahagian para komando.
  • Lt Kol Aziz Rashid (B) - Walaupun dikepung oleh pengganas komunis, beliau berjaya merintangi pelbagai halangan dan ancaman membawa 17 anggota komandonya ke Gubir.
  • Lt M Syed Ikhmal Hashim - Hampir kepalanya dipenggal oleh pengganas komunis apabila konvoi 9 Renjer diserang hendap di Gubir; 7 warga tentera terkorban. Beliau terselamat hanya kerana seorang pengganas komunis wanita menghalang rakannya membunuh Syed supaya beliau boleh menceritakan insiden tersebut. Dalam insiden berasingan, beliau tercedera dek jerangkap samar. Dan 'squad-mate'nya telah membawa beliau keluar ke hospital melalui kaedah 'winching'.
  • Mej Zainal - Xkomando yang terlibat dalam Ops Gonzales di kawasan Sg Siput. Trup beliau berjaya membunuh 3 orang musuh tetapi Ben, anjing pengesan, turut terbunuh.
  • Lt Xxxx (U) - Diatas inisiatifnya, beliau telah menerbangkan gunshipnya dan menembak musuh yang telah menyerang hendap konvoi di jalan Baling-Kroh. Tindakan beliau, tanpa sebarang kelulusan pihak atasan, telah menyelamatkan lebih ramai warga tentera daripada terkorban. Insiden ini telah mengorbankan 3 warga tentera dan 2 orang awam.
  • Kept Johari TLDM (B) - Tok Ketua kepada beberapa kerat anggota komando dan Paskal yang menjadi penghuni Terumbu Layang Layang sebelum terbinanya sebarang infrastruktur. 
  • Para Sappers -  Ramai yang cacat anggota badan angkara jerangkap samar di era insurgensi dan juga terlibat dalam membina tugu dan modul kediaman di Terumbu Layang Layang.
Dan ramai lagi. Sayang sekali peserta PLKN dinafikan daripada mendengar kisah wira2 yang tak didendang hanya kerana mereka bukan penerima SP & PGB; mungkin ada yang hanya PPA sahaja. Pengalaman yang tidak ternilai harganya itu akan berkubur dengan jasad apabila tiba masanya nanti. Tapi, yalah....Itu hak mutlak agensi berkenaan untuk mengundang sesiapa yang mereka fikirkan layak dijemput. Sayang seribu kali sayang!!!

10 comments:

TAG said...

Agaknya pihak berkuasa kita tu hanya nak 'heroes' kita 'tell war stories' mereka sahaja tanpa dikaitkan dengan sebarang pengajaran khusus.
Itu agak saya ya.
Mithalnya kalau mereka hendak contoh hidup (live examples) bagi modul2 seperti kepimpinan berinspirasi, ahli pasukan berkomitmen, semangat berpasukan, motivasi dsb, contoh contoh ta perlu di hadkan kepada sp dan pgb sahaja. Semua seperti saudara senaraikan dan banyak lagi boleh hadir untuk cerita pengalaman mereka dan menjawab soalan2.

palan said...
This comment has been removed by the author.
askartua said...

Sir.
Firstly the Air Force esp pilots(Nuris and Allouttes) and its crews deserved recognitions of the highest order and I am surprised that not many of them received awards such as PGB or for that matter PTU itself.I had 2 classic occasions that involved myself personnely that the pilots and its crews deserved to be awarded bravery medals.
1.A Nuri pilots and its crew did a resup tasking by underslung method at early morning (0630 am)without gunships escort which violeted the SOP to achieve the element of surprise.as previous attempts (3 days) failed due to hostile fire .This incident happened at Marker Echo,803 Bravo Ops area in the late 70s.
2.A Nuri pilot and crews did a bodyevac tasking at 1930hrs at loc Bkt Guak Rimau in 803 Bravo Ops area without the blessing of AirOps.The same crew failed to do casevac twice during the same daylight hours due to hostile fire on both tasking and resulting in 2 soldiers KIA due to lost of blood.
Both incidents happened in late 70s and they were mostly fm 3rd Nuri Sqn.I just wonder whether this incidents never reported or the so called PENCALONs did their job.The sight of 2 Allouttes and 2 Nuris did a flying pass at the Kroh Airstrip after completing thge tasking still fresh in my mind.My hat off to 3rd Sqn.Salam.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara TAG,

Terima kasih. Saya percaya PLKN hanya mahukan 'tokwan' cerita kisah pengalaman mereka kepada anak-cucu saja.

Saudara askartua,

Terima kasih. Saya tidak boleh memberi sebarang ulasan tentang pencalonan untuk anugerah darjah kebesaran kerana saya tak tahu mengapa. Sayang sekali ramai para veteran yang agak keberatan untuk menceritakan pengalaman mereka!

Saya ada membaca sejarah No 3 Skn dalam laman sesawang rasmi skuadron tersebut. Pada pandangan saya, mereka sepatutnya turut menekankan peranan skn di era insurgensi.

Siapa pula 'delete'kan satu komen...dah pasti bukan saya!

Arunzab said...

I believe the decision to invite only SP & PGB holders to talk about their experience could not have been made by the Ketua Pengarah Jabatan Latehan Khidmat Negara ( JCKN) Datuk Abd Hardi alone without consulting some Pak Jen holder of SP as I can see in the Pix of your posting ( Dah Sah) Oct 31.) I suspect there must be objection to include holders of JPP & PTU from our own kind if you know what I mean !!
Wallah-hu-Alam . Fikir Fikir kan Lah !!

nur_emyinda said...

Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

Yes, true enough to the voices of TAG, askartua and Arunzab.

"Sayang sribu kali sayang"...I cant agree more to what you had said Tuan.

The unsung heroes...their stories are treasures to be retrieved, to be revealed to the nation - to be shared - its now or never; before its too late. I'm positively sure these men are ever willing to...

p/s Tn Mejar Nor Ibrahim, TQVM for the list of names of these heroes. Will definitely keep note and would be my forthcoming missions...to do whats undone ;-)

Major (Rtd) D.Swami said...

Lt M Syed Ikhmal Hashim, is Seventh Rangers and not 9.

Nagaman said...

If interested my friend a Director would be happy to record the experiences of those you mentioned and put them up for public records and consumption. Thank you for the valuable information you have given us and we are proud that these bravemen served Malaysia

Naga.

Nor Ibrahim said...

Maj D. Swami,

Thank you. My sincere apologies.

Nagaman,

Thank you for the offer. I can't speak on behalf of those mentioned unsung heroes. I could give the phone numbers of some of them. You've to asked them.

Anonymous said...

tuan nagaman,
Macam mana mau contact tuan ?