Pengikut

Isnin, 12 November 2012

Dilema

Saya dalam dilema sekarang ini! Seorang rakan seperjuangan mencadangkan agar kisah Pulau Layang-Layang (PLL) diterbitkan secara 'stand-alone', bukannya hanya 'Bab 1' sahaja dalam buku ke2 yang saya sedang rancangkan. Alasan beliau ialah gambar-gambar yang disumbang oleh mereka yang terbabit terlalu berharga. Fikir punya fikir, betul juga katanya. Jika ia hanya sebahagian daripada buku (15cm x 22 cm) yang mencoretkan beberapa kisah pengalaman, bab PLL mengisi hampir 60 halaman. Sebaliknya,  jika diterbit dalam bentuk buku 'coffee-table', berukuran kertas A4, membabitkan tidak melebihi 40 halaman saja.

Untuk buku  'meja-kopi', kebiasaannya kertas 'glossy' dan gambar-gambar berwarna. Saya telah bertanya kepada pencetak tentang anggaran kos untuk mencetak 1k naskah yang mengandungi 40 halaman. Oh mak datuk.....Terkejut berok dibuatnya!! Pertama sekali, mencetak 1k tak 'cost effective' kerana kosnya tinggi. Beliau mencadangkan, paling kurang  cetak 2k.

Cadangan kulit buku 

2k naskah....Berat tu! Kalau ya pun saya ada rezeki mencetaknya, masalah utama ialah adakah ia boleh dijual? Saya bercakap melalui pengalaman menerbitkan buku 'Coretan Xnuripilot'. Buku tersebut telah dilancarkan oleh Pak Menteri di KEMENTAH (klik di sini). Malah, beliau telah memberi penghormatan kepada saya kerana sudi menulis 'Sekapur Sireh'. Dan yang bestnya sekali, beliau telah membeli 200 naskah. Saya sungguh berterima kasih kepada beliau. Tapi, sungguh kecewa sekali kerana hanya 22 naskah saja dijual pada hari pelancaran tersebut. Itu pun setelah saya memberi potongan RM10!!

Itu tak apa lagi. Ketika diberi kesempatan untuk menjual di 6 Bde, Sg Petani, tahun lalu semasa formasi mengadakan  Majlis Kem Terbuka sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri, hanya 1 naskah saja yang dijual. Ia dibeli oleh seorang isteri untuk dihadiahkan kepada suami beliau....Kesian saya!!

TUDM telah membeli 100 naskah setelah saya menulis kepada PTU. Manakala Perpustakaan ATM membeli 60 naskah. Masalah menjual kepada agensi-agensi kerajaan seperti  KEMENTAH ialah pembelian MESTI melalui agen...Tidak boleh dibeli terus daripada penerbit. Itu prosidur gomen. Agen akan meminta diskaun ~35%. Ini bererti mereka membeli buku saya dengan harga RM26 (RM40 - 35%)...Kesian saya!!

Apa pun, syukur alhamdulillah, kerana kesemua 2k naskah telah habis dijual. Untuk itu, saya berterima kasih kepada para pembaca blog saya yang sentiasa memberi sokongan. Dan juga Perpustakaan Negara dan Negeri-Negeri yang telah membeli sejumlah yang besar tanpa melalui agen. Ada 1 agensi memaklumkan yang mereka tidak berhasrat membeli buku 'Coretan Xnuripilot' dengan alasan mereka tidak mempunyai perpustakaan walaupun terdapat 82 kem latihan!

Berbalik kepada PLL, siapa yang berminat nak tahu tentang tempat jin bertendang ni?  Sapa nak beli buku yang hanya ~40 halaman saja dengan harga mahal? Peduli apa sama ada ia mengguna kertas bermutu tinggi atau tidak. Bukannya cerita 'combat'ATM? Mungkin 60 naskah kalau bajet masih ada. IPTA? Paling banyak 4 naskah saja. Perpustakaan Negara dan Negeri? Terpulang kepada bajet. Lain2 agensi kerajaan? Wallahualam.

Jika penerbitan tersebut menjadi kenyataan, kemungkinan besar saya akan menolak jika ada pihak menyarankan ia dilancar di Kuala Lumpur. Pengalaman pertama dulu memberi pengajaran kepada saya. 

Harapan saya agar ada pihak tertentu yang boleh 'sound2'kan kepada GLC yang ada kaitan dengan ATM agar menaja kos penerbitan buku ini. Jika tidak, kemungkinan besar saya menjadikan PLL hanya 'Bab 1' seperti yang dirancangkan sebelum ini, wallahulam.

11 ulasan:

SENAPANG PATAH berkata...

Salam Tuan..Bagi mereka yang suka menambahkan ilmu pengetahuan harga bukan segala galanya apa yang penting nilai ilmu pengetahuan yang dierolehi daripada pembacaan atau pun tontonan, saya menanti kemunculan buku terbaru tuan dipasaran,walauapa pun dugaan nya pasti ada penyelasaian nya tuan dan saya tetap menyokong usaha murni tuan dalam menerapkan ilmu pengetahuan kepada generasi muda tentang sejarah dan pergorbanan anggota anggota ATM dalam misi mempetahankan kedaulatan tanahair yang tercinta ini tuan

Anak Watan berkata...

Pertama...saya nak nyatakan b'tapa rugi nya saya kerana GAGAL dpt kan buku 'Coretan Xnuripilot'... Saya sokong apa yg di kata oleh SENAPANG PATAH...HARGA BUKA SEGALA-GALAnya.. Bagi saya kepuasan m'baca adalah yg utama....dari pengalaman di atas setiap kali ada keluaran buku Biografi seperti 'Coretan Xnuripilot' & sewaktu dengannya...saya tidak akan m'lepaskan untuk perolehinya... jika m'jadi kenyataan PLL di terbitkan. saya pasti dapatkan untuk simpanan saya...Saya Menyokong usaha TUAN :)

zulfatah berkata...

Salam tuan, pendapat sy adalah ikut kepada kemampuan dan kesediaan tanggung risiko tuan.byk melabur,klu untung alhamdulillah.klu x, sakit jugak nk bangun semula.yg penting nawaitu nk sebarluas n kongsi pengalaman tuan dgn generasi seterusnya tercapai.syukur buku pertama tuan sy dpt beli 5 naskhah.harap siri2 pengalaman tuan dibukukan akan ada kesinambungan dlm perjalanan Universiti Pengalaman Hidup ini berkuliahkan blog xnuripilot dan berbuku teks kan nukilan2 tuan.insya allah.

Nur Emyinda berkata...

Salam Tuan Mejar Nor Ibrahim,

TAHNIAH atas niat dan usaha murni Tuan untuk menyebarkan ilmu; lantaran berkongsi pengalaman berharga Tuan dan juga wira2 pahlawan Negara kita melalui penulisan buku PLL tersebut.

Teruskanlah hajat Tuan. Bagi mereka pembaca yang dahagakan ilmu; harga sesebuah buku hasil karya penulisan itu bukanlah satu permasalahan besar. Apatah lagi apa yang bakal Tuan ketengahkan adalah satu sejarah khazanah negara yang amat tinggi nilainya yang perlu kita sebagai warga Malaysia tahu dan hargai. Sementelah, cerita/kisah pengalaman Tuan dan wira pahlawan Negara ATM ini sebenarnya tidak dapat disetarakan dengan nilai jutaan wang yang ada. Justeru itu, wajarlah masyarakat lebih tahu menghargainya dan tidak membuat perbandingan dengan harga yang bakal dijual kelak...Money cant buy experiences...The experiences of these heroes are invaluable indeed!


p/s...sebagai menghargai jasa khidmat anggota2nya dan betapa berharganya pengalaman2 mereka ini dibukukan, mungkin ATM dapat menyumbang subsidi dalam penerbitan buku Tuan ini. Jasa perwira2 pahlawan ini lebih2 lagilah berharga dibayar dari "mereka2" di padang bola.

askartua berkata...

Tuan Nor,
Nasihat jujur saya,eloklah Tuan stick to your original plan.Coretan Xnuripilot telah memberi pengajaran kpd Tuan susahnya untuk dipasarkan.It is target readers should be the Rakyat but sad to say how many of them really have the interest on what we had done for the country.I once came across a blog which stated that only the Armed Forces of early 40s and late 50s fought the Communists and after that kito semua Menghabiskan Boreh aja.To add sour the grapes they even angkat Mat Idera as their hero after the massacre at Bkt Kepong.How I wish I am the present PAT or PTD so that I can detail all ooficers to buy your oncoming books same as we had to contribute RM60.00 from our gaji years ago in order for OTD(Orkestra Tentera Darat) can materialised.Salam

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara2 & Saudari,

Terima kasih diatas pandangan dan sokongan anda semua. Saya setuju dengan komen 'askartua'. Saya akan menerbitkan buku itu seperti yang mula2 saya rancangkan. Kos menerbit 2k buku meja-kopi hampir mencecah harga a brand new 'Royal Enfield' 350cc yang lama saya idamkan.

pselaseh@yahoo.com berkata...

Assalamualaikum tuan,

Saya En. Fairuz, seorang pengusaha percetakan offset bertempat di Bt Caves, Selangor berhajat utk membuat kiraan percetakan untuk terbitan terbaru tuan. Sekiranya boleh, mohon tuan menjustifikasikan spesifikasi buku yg tuan inginkan terbitkan itu. Bermula dgn saiz sebenar(landsakap atau potrait),jumlah halaman m/s (tidak termasuk kulit) serta kuantiti pilihan tuan agar dpt kami mengesyorkan harga percetakan yg munasabah. Kertas yang kami cadangkan mengikut speksifikasi yg selalu digunapakai ialah seperti berikut : KULIT: ART CARD 260gsm dan utk TEXT(isi): ART PAPER 128gsm. Cetakan pula : KULIT : 4 WARNA + MATT LAMINATION & TEXT : 4 WARNA PENUH. JILIDAN : PERFECT BIND. Tuan boleh hubungi kami melalui no pejabat 03 61880719 faks 03 61890984 atau emel : pselaseh@yahoo.com
Terima kasih.
Fairuz
Percetakan Selaseh Sdn Bhd
Bt. Caves, Selangor.

Tanpa Nama berkata...

tuan,
En,Fairuz dah offer.
ingin juga saya cadangkan , gambar PLL yg indah itu dijadikan kulit buku tuan .

beautiful dan menarik perhatian...marketing tool...

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Fairuz,

Terima kasih kerana melayari blog saya & tawaran untuk mencetak buku yang saya rancangkan itu. Saya percaya sebutharga anda adalah berpatutan. Masalahnya ialah saya tinggal di Jitra. Ini akan meningkatkan kos. Namun demikian, saya menghargai tawaran anda itu.

Tanpa Nama berkata...

Tuan

Saya antara pembeli pertama buku tuan. Sekiranya ada lagi, saya akan tetap membeli. Jadikan, teruskan niat murni anda. Insya Allah, rezeki pasti ada di mana mana.

aloya berkata...

Salam Tuan,

Tuan takda sapa2 kat KL ka yang boleh tolong?