Followers

Wednesday, November 28, 2012

Serang Hendap Di Jalan Biawak-Lundu

Sekarang ni saya agak sibuk sikit disebabkan nak menerbitkan buku ke2. Sepertimana yang disaran oleh Cik nur_emyinda, saya telah pergi ke Pencetakan Negara Malaysia Bhd (PNMB) di Alor Setar. Mereka sedia mencetak apa jua jumlah yang saya mahukan. Dah tentulah, lagi banyak jumlah dicetak, kos pencetakan akan kurang. Buku yang mungkin akan diterbitkan hanyalah ~140 halaman saja. Ini kerana tak banyak bahan yang diterima. Jujur saya katakan, apa yang saya coretkan atau di'link' dalam blog ini, itulah yang terdapat dalam buku itu nanti, insyaAllah. Bila draf kandungan dah siap nanti, saya akan siarkan kandungannya bagi memudahkan pembaca merujuk kepada coretan terbabit. Kalau ia menjadi kenyataan, kemungkinan saya hanya cetak 500 naskah saja, wallahualam.

Berbalik pada bahan cerita yang nak dibukukan. Salah satu bab ialah kisah Mej Dato' Salehuddin (klik di sini). Beliau ada menyentuh kisah konvoi 7 Renjer diserang hendap di Jalan Biawak-Lundu, Sarawak, pada 26/3/72. Insiden ini telah mengorbankan 15 anggota unit tersebut dan 3 tercedera. Saya telah melayar blog di sini untuk mendapatkan cerita selanjutnya.  Pengganas komunis telah merampas peralatan dan senjata. Tindakan seorang koperal daripada satu trup pasukan Peninjau telah berjaya menyelamatkan mereka yang masih hidup daripada terus dibunuh. Apabila dimaklumkan kejadian tersebut, hero kita ni telah memecut 'Ferret Scout Car'nya ke lokasi kejadian dan menembak mesin-gunnya ke arah musuh. Apa lagi, depa pun lintang-pukang meninggalkan lokasi.

Pengganas komunis berlagak dengan senjata rampasan - SLR & SMG. Senjata terakhir berjaya ditemui semula pada 1986

Saya tak pasti sama ada insiden ini telah dibukukan. A real pity sekiranya tidak. Jika belum, saya sedia  mendokumentasikan, insyaAllah.

Mej D. Swami (B)....Terima kasih.

7 comments:

Sham @ Kumai @ KG @ Jack said...

Tuan Mejar..
saya booking satu naskah buku tu ..

Insyallah... dulu dah miss buku pertama Tuan.. bila saya jumpa blog ini bila saya membaca satu blog yang mana telah membaca buku pertama tuan dan memberikan 'rating' mesti baca... saya lupa blog sapa...

Kalau buku lama ada lagi .. bagi tau saya... berminat ...

Nur Emyinda said...

Salam Tuan Mejar Nor Ibrahim,

First and foremost, CONGRATULATIONS/BRAVO Tuan for the forthcoming book. Look forward to have at least a few copies of them, for my personal keepings and also to be given as souvenirs to some friends and my organisation(10 if possible ;-)). The previous entries, as related by Dato' Salehuddin, were indeed worth reading and they should of course be published.

Am happy for you Tuan...

p/s oh yes, btw Tuan, tqvm for the acknowledgement of my suggestion for the printing Tuan. Well, its just a humble suggestion and its the only little thing i could do in helping out a GREAT intention of yours Tuan. Excellente! You've got the problem solved i hoped. Am always happy enough to help out and make others happy.

GGK said...

saya jumpa gambar2 selepas serangan di Muzium Rejimen Renjer di dalam Kem 2 RRD di ipoh, Tuan.. gambar tu semua menyedihkan.. saya lihat mayat2 hangus bergelimpangan.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara dan Saudari,

Terima kasih diatas sokongan anda semua. Saya hanya mampu merancang dan berusaha, hanya Allah yang menentukannya. Banyak proses yang perlu dilalui. Sapa yang pernah menerbit buku, tahu le apa yang saya cakap.

Tentang 7 Renjer, sayang sekali jika insiden itu tidak diabadikan dalam buku. Sekiranya ada butir-butir terperinci, saya sedia mendokumentasikannya dalam buku saya itu nanti, insyaAllah.

askartua said...

Sir,
The incident was unfortunate and tragic.I was in Lundu late 72,our Bn AO was Lundu,TitiAkar,Sebandi,Biawak,Semantan,Samunsang and right to Tg Datu.I still remember the leader of PARAKU in the area was Lai Soon Tuck.I was sad that even though it was an administrative mov,the SOP at that time all road mov must be escorted by Recce elms.Nevertheless let us Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Periwira-Perwira kita yang telah gugur.Salam

Anonymous said...

Salam Tuan Mejar ayah saya bernama Zainuddin bin Ahmad beliau merupakan salah seorag daripada 3 anggota 7 renjer yang cedera dalam insiden serangan hendap tersebut.
Kami sekeluarga sekarang ini menetap di Ipoh.
Untuk sebarang kepastian tuan mejar boleh menghubungi beliau di nombor 019-5680382

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan..
Saya baru menjumpai blog tuan..sangat MENARIK perhatian saya..sebenarnya saya ada hajat pada Tuan sekiranya Tuan ada memiliki/dapat membantu dalam pencarian saya dan keluarga selama ini:
1.Kami ingin mengesan Pasukan Keselamatan yang pernah terlibat dalam pencarian kes culik nenda saya (ibu kepada ayah saya) bersama datuk tiri di Gunung Gading,Lundu Sarawak pada pertengahan Februari 1966.Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PK yang terlibat dalam operasi pencarian tersebut (dikhabarkan oleh ibu saya PK adalah daripada 2RAMD dan TUDM dari Padang Belon, Lundu)

2.Saya juga ingin mencari/mengumpul segala fakta bagi serangan hendap di Jalan Lundu-Bau yang mana mengorbankan ramai PK.Cerita ini diceritakan oleh arwah pakcik saya, En Arip Bujang kerana beliau adalah pemandu awam(CIV) di dalam konvoi tersebut.Sayangnya beliau telah meninggal dunia pada tahun 2009 yang lalu.

3.Kejadian PK tersilap tembak orang awam di Simunsam pada tahun 1976. Salah seorang mangsa yang ditembak adalah bapa saudara saya dan balu beliau masih hidup sehingga sekarang. Mangsa dikatakan melanggar perintah berkurung kerana telah pergi ke Sg Simunsam untuk membawa balik kayu pile(kayu bakau untuk mengukuhkan tapak bangunan).

Sekiranya Tuan ada maklumat yang saya cari ini, mohon Tuan email pada saya di mohdfuad83@gmail.com.

Sekian terima kasih.