Followers

Monday, February 4, 2013

1 Kehilangan

Saya 'copy & paste' semula komen Datuk Paul Kiong SP di  sini....

'Dear All Veterans PDRM/ATM,
PGB Ex Insp. Wilfred Gomez of Sarawah passed away this morning at 07ooHrs. Condolenances to his family.
The recipients of our war heroes are getting shorter by the day.He passed away exactly one month after the late Datuk Kanang a/l Langkau. Just spoke to him last week the night before he goes in for the major surgery.
May his soul rest in peace. Good-bye bro Wilfred.' 

Jujur saya katakan, saya kurang 'arif' tentang para penerima 'Anugerah Perkasa' dari PDRM. Apa pun, semalam, 3/2/1013, akhbar berikut melaporkan apa yang dikatakan oleh Datuk Paul...

Perginya seorang wira negara - xInspector Wilfred Gomez

Saya pasti kisah mendiang telah didokumentasikan. Mungkin ada di antara pembaca yang mengetahui kisahnya. Saya sendiri tidak mengetahuinya dan mengalu-ngalukan sesiapa yang sedia kongsi bersama tentang keperwiraan mendiang. 

Berbalik kepada Datuk Paul. Saya tidak mengenali beliau. Namun demikian, saya ada terbaca dalam akhbar, semasa musim patriotisme, tentang 'adventures' beliau. Datuk adalah seorang pegawai PDRM dan terlibat dalam operasi menentang pengganas komunis di era insurgensi. Memadailah saya katakan bahawa keperwiraannya sungguh hebat! 

Saya sungguh terharu Datuk Paul, seorang hero negara, sudi memaklumkan pemergian rakannya melalui blog saya ini. Bagi saya, ini adalah satu penghormatan. Saya mengalu-ngalukan para veteran, ATM & PDRM, menjadikan blog ini sebagai platfom untuk menceritakan pengalaman mereka. Emel pada saya kisah-kisah tersebut. Sekiranya bahan berkenaan tidak menyinggung mana-mana pihak dan tidak membabitkan Pak 'OSA', saya akan siarkan. Malah, jika cukup bahan dan diizinkan serta dimurahkan rezeki, saya mungkin mempertimbangkan untuk membukukannya, insyaAllah.

Datuk Paul Kiong....You're most welcome to share your stories. Thank you

8 comments:

Anonymous said...

Selamat Petang Tuan,

Mengikut apa yang dikatakan oleh bapa saya sendiri yang merupakan juga rakan sekolah mendiang ketika darjah 5 di betong, sarawak, mendiang ASP (B) Wilfred Gomez telah menumpaskan seorang pengganas komunis dengan menumbuknya (one by one) serta menghentakan kepala komunis tersebut dengan menggunakan hulu senapang kerana ada masa tersebut, peluru yang digunakan telah habis.

Luke Jetie Benjamin

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Luke,

Terima kasih. Adakah kisah mendiang dibukukan? Jika ada, apa tajuk & siapa penerbitnya? Boleh cari di kedai buku atau perpustakaan. Pasti interesting.

SENAPANG PATAH said...

Perginya seorang lagi perwira.. RIP mendiang ASP (B) Wilfred Gomez

Nor Ibrahim said...

Datuk Wira Abu Seman, Timb Menteri Dalam Negeri, & KPN turut menghadiri majlis pengkebumian mendiang di Tanah Perkuburan Kristian, Kota Samarahan, Sarawak (UM, 6/2/13 ms9 - "Keberanian Wilfred Gomez perlu dicontohi").

Arunzab said...

With the passing away of xInspector Wilfred Gomez we specially the security forces fraternity moan the loss of yet another of our heroes from the ever dwindling pool of holders of the SP & PGB. However it is painfully when I learnt the Sarawak state government dismissed this Iban hero’s last wish to be buried at the Heroes Grave in Jalan Budaya. There was also no representative of the state government and neither a Dayak minister were present at his funeral.
What ever partisan political practiced by Gomez in is life time he remains a Malaysian hero and ought to have been treated as such.

I remember reading some years ago that even Paul Kiong was never given the respect he deserved as a holder of the SP and another medal for gallantry by the Perak state government .
When he applied for a few acres of land for farming from his home state of Perak he was given the run around by the land office telling him that his file could not be found. In frustration Paul wrote of his plight in the news papers. If this could happen to now Datuk Paul who ranks amongst the bravest what are the chances of the ordinary soldier! .

There has been too many stories of our Heros being neglected in the past by the authorities and it is time to give them their dues before its too late. To carry such neglect even as we lower their bodies in their graves is most unjust and unacceptable. Bravo to Datuk Paul for your service to the country and RIP xInspector Wilfred Gomez.

Anonymous said...

Selamat Pagi Tuan,

Cerita keperwiraan beliau setahu saya tidak pernah dibukukan. Cerita yang diberitahu saya ini diperolehi daripada mulut mendiang yang menceritakan sendiri kepada bapa saya. Mungkin ada dalam keratan surat khabar lama tetapi peristiwa tersebut telah lama berlaku.

Luke Jetie Benjamin

paul kiong sp said...

Tuan Mej(B) Nor Ibrahim,

I hope to meet up with you and others on coming ' Hari Pahlawan ' 31 Jul 2013. That is, IF WE ARE INVITED by the Govt. There are so much to share esp on " Bamboo Express " as I was OC Operation Bamboo from 1986-1989 and was involved in numerous covert operations from 1980-1986. I could have taken a ride in one of your 'burung besi' during my ops. Ex-Kapt. Halim (now in Air Sabah)were with us during those golden years. SLO Charlie Chan who liaise with your TUDM in Grik had passed on mid last year. Just for your info only.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Luke,

Selepas main golf di Kedah Club pagi tadi, saya sempat bertanya seorang Dato', xpegawai SB. Menurutnya, beliau yang setahun junior kepada mendiang Wilfred, berada di Sibu dan 'monitor' ketika berlakunya pertempuran di antara pasukan mendiang dengan sekumpulan pengganas komunis di Kenowit. Katanya, memang hebat pertempuran tersebut. Namun demikian, beliau tidak pasti sama ada insiden tersebut telah didokumentasikan. Malang sekali sekiranya tidak!

Saya turut bertanyakan tentang kisah Datuk Paul. Memang 'terer' katanya.

Sesiapa yang ada cerita tentang 'ketereran' hero-hero Pasukan Keselamatan yang tak didendang, hantaq pada saya. Boleh kita kongsi bersama.

Dear Datuk,

Thank you. My involvement with 'Bamboo Xpress' was from 1974 to 1980. I used to night stop at Ulu Kinta camp. The PFF brigade commander then was SAC Tan Sri P. Alagendra. Lasah was the pick-up point. The liaison officer then was an ASP, forgot his name.

I remember doing 'SB changeover' from Grik. SLO was the late Charlie Chan. He took the aircrew to one Malay restaurant where I had the best exotic dish, ie, 'perut panjang'. Till today, I'll never forget it.