Pengikut

Rabu, 6 Februari 2013

Pemergian Seorang Rakan

Saya terbaca catatan berikut dalam FB 'NOSTALGIA TUDM' sebentar tadi...

'Musa Copter
Innalillahi wa inna ilaihi rooji 'un....
Saya diberitahu Major Dzulkifly Kaliwan TUDM (Ber) - helicopter pilot
telah kembali ke Rahmat Allah baru sebentar tadi. Almarhum mengidap 'colon cancer' (barah usus).
Alamat rumah SS14/B, Subang Jaya ...

Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas roh beliau !! .... amin'.

Mejar Dzulkifly bin Kaliwan TUDM (B).....Sudah pasti saya mengenali allahyarham kerana kami sama-sama mengikuti kursus penerbangan di SEA Helikopter pada 1973....

Berdiri dari kiri:  arwah Lt Khalil, arwah PO Dzulkifly, PO Othman, Lt Affendi, Lt Sawaluddin, arwah Lt Jalil, Lt Ismail, Lt Darby
Depan dari kiri: mendiang Kapt Thiagarajah, NIBS, Lt James Chong, Kapt Yassin

Selepas berjaya menamatkan kursus tersebut, arwah PO Dzulkifly, Lt Sawaluddin, arwah Lt Jalil, Lt Ismail, Lt James dan saya melaporkan diri di OCU, No 10 Skn, TUDM Kuantan, untuk mengikuti kursus peralihan pesawat Nuri. Seterusnya, hanya arwah dan saya ditukar ke No 10 Skn sebagai ko-pilot manakala yang lain ke No 7 Skn, TUDM Kuching.

Semoga Allah menempatkan arwah dalam golongan orang yang soleh...Al-Fatihah.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ala fatihah..........semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh nya.....

paul kiong sp berkata...

Although we have never met, my deepest condolence to members of his family. May Almighty God have mercy on his soul. RIP Maj(B) Dzulkifly Kaliwan.

Tanpa Nama berkata...

Salam Yop,
Terima Kasih for emailing and informing me on arwah Mej Dzulkifly Kaliwan in your blog. Dzul dan Osman Abdullah ialah Skot teman and as you know ada juga cerita dan gambar beliau in my latest posting mengenai arwah didalam my website : www.saffanskot22.com

Balu beliau Pn Rahmah, berasal dari Kg Gajah, Perak. Arwah sempat menikahkan anak perempuannya baru baru ini dan menimang cucunya yang keempat, lahir kira kira sebulan yang lepas.

Wassalam,
Z