Duduk dari kiri: S/Sjn Isa, Lt (U) Nordin Kassim KPK, Lt (U) Meor Zubir, Lt (U) Ranjit Singh, Kapt (U) Munusamy, Mej (U) Suleiman Mahmud, Kapt (U) Abd Rahim PGB PTU, Kapt (U) Eddy Yong, Lt (U) Raja Badrul, Lt (U) Choy KT, arwah Sjn Rahman
Berdiri dari kiri: Lt (U) Ahmad 'Peng', Sjn Muthu, Sjn Aru, Sjn Salehudin (pencipta 'Strecer Saleh'), Sjn Arokiasamy@Augi PGB, Sjn Hassan, Lt (U) Woo YW, Lt (U) Zahid, Lt (U) Adnan, Sjn Jaafar, Sjn Chong
(Gambar kiri: Strecer Saleh. Ciptaan ini dihasilkan di bengkel Pangkalan. Waulaupun 'crude' tapi 'functional'). Sebenarnya, ramai lagi anak kapal tidak ada dalam gambar, termasuk saya. Antara mereka ialah Kapt (U) Raja Mohamad, arwah Kapt (U) Jamaluddin, arwah Lt (U) Mahidin, arwah Lt (U) Zulkifly Kaliwan, mendiang Lt (U) Chung MT, mendiang Sjn Leong. Ini kerana mungkin kami terlibat membuat tugas penerbangan/detasmen.
Sebelum penubuhan 'Skuadron Komposit' pada awal 1977, si burung besi ini adalah hak mutlak No 10 Skuadron. Jadi, apa jua tugas yang memerlukan Nuri, termasuk penerbangan VVIP, hero-hero skuadron inilah yang berterabur di seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia, dimana jua perkhidmatannya diperlukan. Lagi pula, di era itu ancaman pengganas komunis memang panas dan kami terlibat dalam pelbagai operasi yang dilancarkan oleh 'footsloggers'. Kadang-kadang 2-3 buah Nuri membuat detasmen di kawasan operasi khusus. Dan juga sekurang-kurangnya sebuah Nuri sentiasa membuat detasmen di TUDM Butterworth.
Saya pula masa tu 'married bachelor'. Jadi, daripada berseorangan di rumah, saya 'volunteer' pergi buat detasmen....kira-kira seorang 'hogger' le.
Kapt Dr Damanhuri....Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan