Pengikut

Ahad, 31 Mac 2013

Glemer Di Hujung Senja

Eh...Eh...Eh...Dah senja-senja ni glemer pulak...He...He...He.

New Sunday Times 31/03/2013 (klik  di sini)

Ikhlas saya katakan, sebenonya bukan saya yang menghubungi NST untuk menulis tentang 'kehebatan' mejar pencen ni (macam dah tak ada orang lain yang lebih hebat...Masuk bakul angkat sendiri le. He...He...He). Wartawan terbabit, Cik Shahimah, telah menghubungi saya bertanya sama ada saya sudi ditemubual untuk rencana beliau. Jawapannya sudah pasti le ....No Problem. Bukannya kena satu sen pun dan lagi pula saya nak mencari platform untuk buku kedua saya. Jadi, pada 02/11/2012, beliau telah bertandang ke rumah saya dari KL. (Sekarang berstatus 'Puan' bermula awal 2013. Beliau mengundang saya sekeluarga ke majlis perkahwinannya di Bangi tapi saya tak dapat hadir).

Ingatkan tak disiarkan kerana dah lama bebeno menunggu. Tut..Tut...Pagi tadi  beliau menghantar sms mengatakan rencana beliau disiarkan hari ini. Kelewatan ini memang mempunyai hikmah-Nya. Mana tidaknya.

Pertama sekali, inilah masa yang sesuai untuk menyemarakkan semangat patriotisme sementelah negara menghadapi ancaman pengganas Kiram. Kisah-kisah para veteran yang menentang pengganas komunis di era insurgensi, perlu dikitar semula. Mana le tahu, mungkin dapat menyemarakkan semangat kecintaan terhadap negara Malaysia kita yang satu ini. Sama le macam lagu patriotik nyanyian arwah Jamaludin Alias. Sungguh teruja mendengar anak muda turut menyanyikannya. Apalah salahnya kisah-kisah pengalaman para wira diulang semula. Mungkin sekarang ramai rakyat yang nak tahu kisah wira-wira yang tak didendang itu, wallahualam.

Kedua, saya memerlukan 'avenue' untuk melariskan buku ke2 saya - "Perbatasan Terhadapan Negara & Kisah-Kisah Lain". Dah lengoh mulut saya mengatakan, bukan mudah nak jual buku oleh penerbit persendirian tanpa 'nama', gelaran dan 'the right connections'. Bayangkan, buku dilancarkan oleh DYTM Raja Muda Perlis....bukan main glemer ke. Jualan? Hanya 2 naskah saja...Kesian saya. Mujur le kos ulang-alik ke Kangar tak le begitu tinggi. Pelancaran buku pertama oleh Pak Menteri di KEMENTAH, Kuala Lumpur, pada 02/08/2011, laku hanya 21 naskah saja. Tu pun beri diskaun RM10. Tak cukup nak menampung kos petrol, tol dan hotel....Memang tak berbaloi!

Saya dah menghubungi beberapa perpustakaan negeri-negeri. Sehingga kini, kecuali Perlis dan Sabah yang telah membelinya, respons lain-lain negeri, Perpustakaan ATM tak terkecuali,.....Masih tiada peruntukan! Namun demikian, saya bersyukur kepada-Nya kerana Melaka, melalui Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), telah membeli sejumlah besar. Memang melegakan. 

Apa pun, buat masa ini, keadaan tidak begitu mendesak, syukur alhamdulillah. Kalau ada rezeki, habis le buku itu nanti, insyaAllah. Janji saya perlu merancang, berusaha dan berdoa....Allah menentukannya.

YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam & Puan Shahimah....Terima kasih.

11 ulasan:

mangchikla berkata...

http://www.nst.com.my/nation/general/iron-bird-heroes-of-insurgency-1.245001

Tanpa Nama berkata...

Tahniah tuan, saya pembaca senyap selalu baca NST hari Ahad je. Bila baca, tgk gambar tuan....wau hebatlah, dari blog sekarang dah masuk media utama.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara mangchikla & Anon,

Terima kasih. Harapan ia dapat membantu melariskan 1500 naskah buku yang dicetak, wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

thanks for the information but most of all congratulations major

Mohamad Roslan berkata...

Tahniah tuan,semoga artikel ini dpt membuka minda 'gen Y'supaya x hanyut dlm era modenisasi.Paling sya x suka 'gen Y' skrg terlampau disogok dgn hiburan yg melampau,hingga lupa bgmana susahnya gen terdahulu utk memeliharanya.Insyaallah sya akan cuba promosi bk tn.

Lina M Ishan berkata...

Salam Tn, Saya ex-student Cikgu Roffini, macam mana nak beli buku tulisan Tn? saya nak menyumbang di Lumut Navy Base tempat suami saya bekerja.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Cik Lina.

Terima kasih. Sila cr rm40 dlm cimb 0210-0001938-20-2 Nor Ibrahim Bin Sulaiman. Kemudian sms nama & alamat pos.

DEN COMANDO berkata...

Salam Tuan ,Den selalu masuk tapi tak ponah tinggakan jojak..maklumlah komando hahahah..Anyway tahniah Tuan, nasib tuan kiro baik jugak kalau nak dibandingkna Dengan nasib Den...Den jual sendiri melalui internet ajo dan kalau ado maso lapang Den jua kat majlis-majlis keramaian seperti hari TD, janjn ditepati dsbnya....nak buek macamano, kito penulli sbaru dan tak ado kontek...pandai-pandai laa nak hidup. Apo pun tahniah atas buku keduo tuan, Den dah ado draft buku keduo den tapi ghasonya mungkin tak dapek nak diterbitkan....memandangkan buku pertamo Den yg baru di cetak 1K pun banyak laei...Apo --apo pun Den setuju dengan Tuan , kito berusaho, kalau ado rezoki tak kemano....

mangchikla berkata...

http://www.nst.com.my/nation/general/nuri-pilots-darkest-days-1.249938

anon berkata...

buat hero2 ku Den Cdo dan Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman...eden mmg tnga tunggu gaji je lg nk tempah buku kalian berdua...mintak2 ade lg buku nie utk den...huhuhuhu

shahimah berkata...

You're welcome sir...it was a pleasure writing it. Thank you for allowing me to steal your time fr the interview and for the book too. It was truly inspiring. To all war heroes of the nation, no amount of thank-yous will ever make up to your selfless deeds and sacrifices poured in just so the rest of us can live in comfort and peace of the now.