Followers

Tuesday, May 28, 2013

Penyangak...Tak Kira Waktu

Eh...Eh...Eh...Lihat gambar berikut yang memaparkan beberapa batang 'alloy' pada pintu rumah jiran saya habis dikebas sipenyangak...

Pintu 'gate' yang dah rongga

Rumah jiran saya ni dalam proses penjualan. Beliau telah berpindah ke Teluk Intan. Sebelum pemilik baru mendudukinya pada awal Jun, anak lelaki beliau menetap di situ. Menurut isteri saya, pada waktu tengah hari 2-3 hari sebelum PRU13, beliau terdengar ketukan begitu kuat di 'rusuk' rumah. Lepas tu ada jeritan 'hoi...buat apa tu?' Diikuti dengan bunyi paculan motosikal. Engkohnya, ketika sipenyangak sedang asyik mengetuk alloy2 tersebut, anak lelaki jiran berada dalam rumah dan ternampak apa yang sedang berlaku. Apa lagi, sipenyangak pun cabut dengan motosikalnya. 

Saya telah menceritakan kisah ini kepada member golf saya. Cikgu Khalid, rumahnya di kawasan perumahan saya,  memaklum yang pintu gate beliau juga dah rongga. Ia berlaku pada waktu yang sama. Menantu beliau ternampak seorang malaun sedang mengetuk batang2 alloy dan terus menjerit. Apa lagi, sipenyangak pun pacu le kapcainya. Depa memang berani menceroboh tak kira masa. Tengah hari buta depa boleh mencuri. Masalah betul dengan 'petty thieves' ini.

Xjiran saya ni suka bercucuk tanam. Di 'no man's land', beliau menanam pelbagai pokok, seperti ubi kayu, buluh, durian 'belanda', betik, salak, dll. Semasa masih mendiami rumah itu, kawasan tersebut dijaga rapi. Tapi setelah berhijrah, faham2 saja le keadaannya. Boleh buat 'jungle training'.
Kawasan saya ditutupi dengan 'interlocking tiles'. Hanya satu pokok rambutan saja: 2 pokok nona dah dipotong

Semak2 ini sungguh membahayakan. Manakan tidak, 3 minggu lalu, seekor kucing saya, 'Kaka', mengiow-ngiow dekat parit. Apabila diselidiki mengapa sicomel berkelakuan begitu, engkohnya ada seekor anak ular senduk (cobra). Apa lagi, si hero ini pun ambil kayu dan bunuh ular tersebut, syukur alhamdulillah.

Pada malam 12/5, apabila tiba di rumah selepas menunaikan solat magrib di surau, kelihatan si 'Hemoy' merenung sesuatu di luar 'roller shutter'. Saya ingatkan dia nak 'ngap' cicak. Bila menghampirinya, mak datuk terkejut saya dibuatnya.....ada seekor ular senduk berukuran ~1 meter! Melihat saja saya, ular tu pun terpacak berdiri. Oh...Oh...Panik betul saya dibuatnya. Dipendekkan cerita, saya hubungi Cikgu Khalid dan beliau datang dengan sebatang buluh. Dipukulnya ular itu dengan sehingga mati. Kawasan rumah beliau pernah dilawati oleh kaum keluarga sipenyelinap ini dan berkenduri dengan burung puyuh peliharaannya dalam sangkar.
Menurutnya, ular takut pada buluh dan belerang (sulphur). Jawabnya, keesokan hari pi le potong sebatang pokok buluh dan beli 1/2 kg belerang untuk ditabur di tepi parit.

No comments: