Followers

Saturday, June 1, 2013

HUT TUDM Ke55

Kepada semua warga TUDM.....
Selamat Menyambut HUT Ke55

Hai...Lain macam saja bunyi PTU yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 30/5/13. Macam ada yang tak kena aje!

'...tetapi mereka tidak berapa ingin meningkatkan tahap penguasaan (pengetahuan) serta semangat patriotik'

'Semangat Patriotik'.....Apa le yang tersirat sehingga beliau meluahkan kekesalannya. Pada saya le, jika terdapat para anggota Pasukan Keselamatan yang semangat patriotisme dipertikaikan....Masalah beso tu!

Saya ni macam kata pepatah Melayu, 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Mana tidaknya, dengan muka tebal, sebelum 2013, saya tak serik2 menyarankan kepada pihak tertentu di TUDM agar menjemput para veteran TUDM sebagai pengkisah kepada warga TUDM. Saya mencadangan supaya pusat2 latihan, seperti KTU, rekrut, kursus SOS, mengundang para veteran yang berminat dalam majlis pengkisahan. Ala....Lebih kurang siri 'Jejak Pahlawan' yang dilaksanakan oleh PLKN. Objektif saya agar warga TUDM kini menyedari TUDM memainkan peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan negara. Saya dimaklumkan, terdapat pegawai berpangkat Lt Kol tidak mengetahui kisah 'Tragedi 26 Apri1976'....Sungguh malang sekali. Tapi apa kan daya, siapa le  mejar pencen ni. Depa tak layan pun! 

Mungkin kaum bijak bistari di sana beranggapan apa jua pengalaman para veteran tidak lagi relevan dewasa kini. Maklumlah, kami semua sudah melepasi zaman dan kolot. Depa memang betul dan saya sama sekali tidak menafikannya. Zaman sudah berubah; peralatan semuanya dah canggih (kecuali siburung Nuri..He...He...He). Tapi jangan lupa, prinsipnya tetap sama. Hanya perlu menyesuaikan dengan keadaan semasa.

Ambil 'Ops Daulat' sebagai contoh. Sebelum trup menyerang kedudukan pengganas kiram (PK), jet2 pejuang, F18 & Hawks, pi bom kawasan yang telah dikenal pasti. Ini diikuti 'bombardment' oleh meriam dan mortar. Lepas tu, baru le 'footsloggers' melancarkan 'search & destroy'. Taktik asas ini telah dilakukan di era saya lagi; di Gubir pada 1974 dan 'Ops Selamat Sawadee' di Kroh. Malah, operasi ini termasuk penggunaan  Alouette Gunship yang paling digeruni oleh pengganas komunis.

Si mejar pencen ni turut nak menunjuk pandai. Ada ke patut dia mencadangkan kepada dua orang individu pembuat keputusan, sebelum pelancaran Ops Daulat, agar ATM aturgerak  Super Lynx gunship TLDM untuk straff kedudukan PK sebelum trup masuk kawasan berkenaan. Ini kerana Alouette tidak lagi berperanan sebagai gunship. Keberkesanan Lynx telah terbukti dalam 'Ops Fajar' dimana lanun2 Somalia telah dapat dihalang daripada menawan kapal kita. Seperti yang dijangka, dibolayan saja...He...He...He. 

Walau apa pun, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada PTU diatas sokongan beliau membeli 50 naskah buku saya. Terima kasih Tan Sri.

2 comments:

Nur Emyinda said...

AsSalam Tuan Mejar Nor Ibrahim,
dan para wira di TUDM,

SELAMAT HUT TUDM ke 55. Jasa pengorbanan kalian tidak dapat disetarakan dengan apa juapun di dunia ini; biarpun dengan limpahan emas menggunung dan jutaan wang ringgit yang ada. Mudah2an jasa pengorbanan kalian mendapat keberkatan Allah SWT dan dianugerahkan rahmat yang berpanjangan. InsyaAllah.

"Penguasaan Teknologi Teras Keupayaan" mampu melonjakkan moto TUDM - "Sentiasa di Angkasaraya".

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA KALIAN WIRA2 TUDM. JASA KALIAN PASTI DALAM INGATAN...

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudari Nur Emyinda,

Terima kasih.