Followers

Wednesday, June 26, 2013

HCV..Noktah

Sambungan daripada coretan di sini. Berikut adalah emel Menteri Dalam Negeri saya kepada isteri pesakit tersebut...

Assalamualaikum,

Saya terpanggil untuk menulis kepada Puan setelah mengetahui melalui suami saya, Mej Nor Ibrahim Sulaiman (B), bahawa suami Puan dikesan mempunyai virus Hepatitis C (HCV). Oleh kerana saya pernah mengalami penyakit yang sama dan telah menjalani rawatan, maka saya ingin berkongsi pengalaman saya tentang penyakit ini.

Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena setelah bacaan ALT melebihi tahap yang dibenarkan setiap kali ujian darah dijalankan di RSAT. Setelah saya mempersoalkan keadaan ini, barulah saya disarankan menjalani ujian darah untuk HCV. Setelah dua minggu, saya diberitahu yang saya positif HCV.

Saya terus dirujuk kepada doktor pakar (gastroenterologist) di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Pakar yang mengendalikan kes melakukan ujian saringan HCV sekali lagi dan apabila sekali lagi saya didapati positif HCV, barulah doktor pakar memulakan proses untuk merawat saya.

Proses rawatan berbeza bagi setiap pesakit bergantung kepada beberapa faktor, diantaranya:
a) viral load ( jumlah virus dalam darah)
b) genotype virus ( ini akan menentukan tempoh rawatan samada 6 bulan atau 12 bulan)
c) berat badan pesakit ( kalau melebihi 50kg, perlu mengambil 6 biji ubat ribavirin setiap hari dan lebih dos interferon yang disuntik setiap minggu)

Untuk menentukan jenis rawatan yang saya perlu, sekali lagi saya menjalani beberapa siri ujian darah. Saya juga dijadualkan untuk membuat liver biopsy untuk membolehkan doktor pakar meninjau tahap kerosakan pada hati.

Selepas semua maklumat daripada ujian darah dan biopsy di perolehi, barulah doktor pakar dapat mengenal pasti jenis rawatan yang sesuai untuk saya.

Saya memulakan rawatan pada 1 Mac 2008. Oleh sebab berat badan saya kurang daripada 50kg, saya hanya perlu mengambil 4 biji ribavirin setiap hari dan satu suntikan interferon setiap minggu. Saya juga bernasib baik jenis genotype virus dalam darah memerlukan saya menjalani 6 bulan rawatan. Walaupun rawatan nampak ringkas dan mudah tetapi kesan ribavirin dan interferon amat ketara bukan sahaja pada virus tetapi pada saya juga! Saya dipantau melalui ujian darah 2 kali seminggu pada peringkat awal rawatan dan mulai bulan kedua seminggu sekali. Mulai bulan ketiga sehinggalah selesai rawatan, saya di pantau dua minggu sekali.

Walaupun ujian darah menunjukkan tahap ALT menjunam ke paras yang normal seawal minggu pertama, keadaan fizikal saya kian merosot. Bacaan haemoglobin darah menurun keparas 7g/dL dan ini membuat saya terasa amat lemah, letih dan lesu, selain pening kepala, hilang selera makan dan keguguran rambut yang banyak. Tetapi keadaan ini hanya pada peringkat awal rawatan sahaja. Selepas bulan kedua badan saya agak lali dengan kehadiran ribavirin dan interferon dan boleh "tolerate" ketidakselesaan yang dialami.
Selepas genap 6 bulan, saya selesai menjalani rawatan dan berjaya memerangi HCV. Kini, selepas 5 tahun saya masih dipantau, mula-mula 6 bulan sekali dan sekarang setahun sekali. Syukur alhamdulillah.

Nasihat saya kepada suami Puan:
a) Dapatkan rawatan di hospital yang paling DEKAT untuk mudah berulang-alik.
b) Patuhi SEMUA arahan doktor pakar.
c) Gunakan hak sebagai KAKITANGAN KERAJAAN untuk mendapat rawatan PERCUMA dari mana-mana hospital kerajaan sepanjang tempoh rawatan samada 6 bulan atau setahun.
d) Selain doktor pakar, TIADA siapa yang boleh menentukan tahap kerosakan hati. Saya agak keliru bila mendapat tahu yang penyakit suami Puan dikatakan pada peringkat awal. Kalau beliau belum menjalani biopsy, doktor pakar pun TIDAK mampu menujum keadaan hati suami Puan.

Akhir kata, saya berdoa suami Puan selamat menjalani rawatan.

Siti Roffini Mohd Yusof

Saya terima respons daripada si isteri. Antara lain, beliau menyatakan'....kami sudah pun bjumpa co n oc..mereka mlayan kami dengan baik sekali..pada mulanya sy takut juga nk  bjumpa beliau  sebab tuan mhubungi beliau..tp sangkaan saya mleset..kecut perut juga masa dimklumkan beliau nk jumpa..skrang tunggu untuk langkah seterus seblum rawatan'.

Saya harap coretan ini sedikit-sebanyak dapat membantu mereka yang menghadapi masalah sebegini. Saya bersyukur kerana gomen bersedia memberi rawatan perubatan FOC kepada semua 'Yang menurut perintah'nya. 

Ternoktahlah satu episod dengan jayanya, syukur alhamdulillah.

3 comments:

askartua said...

Tuan,
Congratulation,due to your good service one major problem which used to happen in the AF was rightly solved.Some of the ORs always have the impression that most of the Officers are like Harimau but actually it is the opposite.More often or not they only listen to their comrades.It is common that An Officer in the unit especially those who has the commanding roles from Pl Comd to Co has the resposibilities as comrades,brothers and in some cases as parents.So it is not surprising that the term Jack of all trade and Master of none suited them.Salam.

Nor Ibrahim said...

Saudara askartua,

Terima kasih. Persepsi sebegini harus dikikis daripada pemikiran semua warga unit dan juga pasangan mereka. Tatkala bersua dengan seorang pegawai 6 RAMD di pasar Jitra baru-baru ini, ada mengesyorkan agar coretan ini dijadikan satu iktibar. Don't take for granted that issue like this shouldn't arise in the first place. Mana mungkin orang tak tahu...too basic...impossible. Coretan ini terbukti sebaliknya.

Anonymous said...

Saya bukan sojar, tp salute la kt Mejar atas usaha yg dilakukan.