Pengikut

Isnin, 29 Julai 2013

'The New Village'

'SUNGGUH KECEWA!!!' Itu saja yang saya boleh katakan sebagai respons kepada sms yang dihantar oleh seorang kenalan yang bertanyakan pandangan saya terhadap penayangan 'The New Village'. Isu ini sedang hangat dibincangkan dalam media massa, baik elekronik mahupun cetak. Sungguh mengguris perasaan sementelah mengenangkan lusa, 31/7, adalah Hari Pahlawan!!!

Syabas kepada Pak Menteri KDN yang telah mengambil tindakan tegas menangani isu ini

Secara peribadi, dari awal lagi saya telah menyuarakan pandangan di sini. Malah mendokumentasikan di perenggan pertama 'Pendahuluan' buku pertama saya, 'Coretan Xnuripilot', yang diterbitkan pada 2011.

Coretan Xnuripilot

Saya dah letih mencadangkan supaya program menyemarakkan semangat patriotisme semestinya tidak bermusim sepertimana yang dipraktikkan ketika ini. 'Musim Patriotisme' bermula penghujung Julai hingga pertengahan September sempena  Hari Pahlawan (31/7), Hari Merdeka (31/8) dan Hari Malaysia (16/9). Lepas tu, sepi....sesepinya. Tambah pula, kita mudah lupa! 

Luahan ini turut diabadikan dalam 'Pendahuluan' buku kedua saya, 'Perbatasan Terhadapan Negara & Kisah-Kisah Lain'...
Musim Patriotisme & subjek 'Sejarah'

Rakyat mesti disuntik dengan semangat kecintaan terhadap negara dari alam persekolahan lagi. Mengapa tidak diselikkan majlis pengkisahan oleh para veteran semasa program induksi para siswa-siswi IPT/IPG, sebagai contoh? Tanpa mengetahui sejarah negara sendiri, maka jangan hairan jika terdapat segelintir rakyat menobatkan musuh sebagai 'hero' seperti yang terjadi dalam insiden 'Bukit Kepong'

Tak tahu le saya bagaimana nak meyakinkan orang2 beso ni. Yalah, mereka mengetahui semuanya. Orang pencen seperti saya duduk diam sajalah sehingga tiba ke destinasi terakhir nanti!!

5 ulasan:

mumuchi berkata...

Kita cuba Mejar, Kita cuba.

Arunzab berkata...

Communications and Multimedia Minister Ahmad Shabery Cheek was today quoted as saying
It is unfair to judge 'The New Village' film based on its trailer release alone and a "rational" decision must now be made on its fate, I agree with him if we do that we will not be any different from Lim Kit Siang who also "overreacted" to another controversial film 'Tanda Putra' after the screening of its trailer. Let the full contents of this film be studied first before we 'SUNGGUH KECEWA!!! and start throwing the blame on any party without the full facts.

As for the Heros of Bt Kepong, yes we have a right to get very worked up about something silly said about them by Mat Sabu. But I have always asked my self why is that the authorities tend to glorify our servicemen who have done heroic deeds only when they are dead and gone. In the case of the policemen of Bt Kepong they all died paupers unrewarded and unrecognized. Ask the family Sgt Yusof Rono the last hero of Bt Kepong who died in 2005 a bitter man.

I remember giving my comments in your blog Friday, February 24, 2012 (Kolokium Sejarah Malaysia.) In fact we should in a diabolic way thank Mat Sabu for saying what he said as another reader of your blog had then said " Kalau mat sabu tak "tembak itu hari cerita bukit kepong ni dah lama di lupakan oleh kita." Atas sebab sebab politik masa kini semua nak tumpang sekaki.

Salam

mohamad adel berkata...

sangat sangat bersetuju dgn pandangan
tuan arunzab. Tak tengok dan tak baca pun cerita keseluruhan dah nak meracau.

Din berkata...

saya juga sangat bersetuju. mungkin kah itu tujuan mat sabu? kalau tak gempaq, semua orang buat lupa aje. anyway,my salute to all who has served the country.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara semua,

Terima kasih. Sebelum mengetahui keputusan gomen sama ada tak dibenarkan penayangannya atau sebaliknya, mungkin ulasan ini - http://mymassa.blogspot.com/2013/08/haramkan-new-village-kerana-kesalahan.html - dapat memberi gambaran filem itu, wallahualam.