Followers

Thursday, August 22, 2013

Majlis Pengisahan

Ini sumbangan saya menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 pada 31 Ogos 2013...

Utusan Malaysia 20/08/2013

Semasa pelancaran buku, klik di sini, saya telah mencadangkan kepada pihak PPA Perlis agar menganjur majlis pengisahan oleh warga veteran yang mengalami cacat  anggota tubuh badan, antara lain, akibat jerangkap samar semasa negara diancam pengganas komunis. Pada saya, jangan dinafikan rakyat daripada mendengar kisah wira-wira yang tak didendang ini. Janganlah hanya kerana mereka bukannya penerima 'Anugerah Perkasa', mereka dipinggirkan!

Syukur alhamdulillah, cadangan saya diterima. PPA bertanya sekiranya saya boleh mencadangkan wira2 tersebut untuk diundang sebagai pengisah. Saya pun berilah nama2 berikut...

                                 Dari kiri: Lt Kol Sulaiman (B) (RAJD), Lt Kol Dr Syed Othman (B) (RAMD),
 PW2 Razali (B) (RAJD)

.....Dan ketiga-tiga mereka bersetuju untuk hadir. 

Saya dimaklumkan majlis tersebut akan diadakan pada 29/08/2013 di PPA Perlis, Kangar. Program bermula pada jam 0800. Sudah pasti le mejar pencen ini turut dijemput ke majlis tersebut. He...He...He.

Kad Jemputan ke PPA Perlis

Saya memaklumkan kepada PPA yang saya akan hadir, insyaAllah. Saya telah menulis pasal mereka bertiga dalam buku saya tapi saya tidak mengenali atau berjumpa mereka. Saya hanya menghubungi mereka melalui telefon sahaja untuk mendapatkan cerita. Sudah pasti saya berhajat menemui mereka. 

Tut...Tut...pada 19/08/2013, saya terima panggilan telefon daripada seorang cikgu dari MRSM Kubang Pasu. Beliau mengundang saya sebagai penceramah sempena menyambut Hari Kemerdekaan pada 29/08 yang dianjurkan oleh sekolah beliau. Saya minta maaf tidak dapat hadir dengan alasan nak pergi ke Kangar pada hari itu. Tapi cikgu tu merayu. Dia kata di sana saya hanya nak dengar cerita yang saya sudah nukilkan dalam buku. Manakala di MRSM, mereka nak dengar cerita saya. Kesian juga dibuatnya. 

OKlah. Tapi slotkan saya di awal pagi dan selepas itu saya akan terus ke Kangar. Mengikut program, saya dijadualkan bercerita pada 0900-1000. Lepas tu, bolehlah saya ke Kangar. Objektif utama saya ke sana ialah untuk berjumpa mereka bertiga. Itu paling mustahak. Mengikut program PPA, majlis berakhir pada jam 1200. Mungkin sempatlah saya berjumpa dengan mereka, wallahualam. 

Saya hanya mampu merancang, Allah menentukannya.

1 comment:

mumuchi said...

Alhamdulillah esok pada 0745-0945 majlis pengisahan yang diselaraskan oleh pihak Tuan untuk dihadiri oleh Mejar (B) Dato Salehuddin bin Abd Muttalib PGB juga akan diadakan di SMK Alam Damai, Kuala Lumpur. InsyaAllah