Followers

Saturday, August 17, 2013

Tugu Peringatan

Ada orang 'mentioned' nama saya dalam 'bukumuka'. Sebenonya saya ni jarang buka fb tapi dah ada dalam emel, buka le. Apa yang saya lihat ialah gambar yang saya 'copy & paste' berikut....
Dedikasi kepada warga TUDM yang KIA dalam Tragedi Gubir yang mengorbankan 11 warga ATM

Soalan Pertama. Di mana lokasi 'Tugu Peringatan' ini?

Tuan empunya fb memaklumkan di Pintu Utama Pangkalan Udara Butterworth, berhampiran dengan pesawat F5E. Menurutnya lagi, gambar tersebut berusia 2 tahun. Ikhlas saya katakan, inilah kali pertama saya mengetahui kewujudan Tugu Peringatan ini. Tapi, bukan saya saja yang jahil kewujudannya. Terdapat anggota No 3 Skn di pangkalan tersebut turut bertanya lokasi tugu itu!

Soalan Kedua. Nuri dari Pangkalan Udara Butterworth?

Masa tu, 1976, belum tertubuhnya 'composite squadron'. No 3 Skn yang berpangkalan di situ adalah skn Alouette. Semua Nuri di Semenanjung Malaysia berada dalam inventori No 10 Skn, TUDM Kuantan. Composite squadron hanya diwujudkan pada awal 1977. Kami kerap membuat 'detachment' di TUDM Butterworth bagi memenuhi keperluan operasi. Tapi betul le tu jika yang dimaksudkan ialah Nuri tersebut berlepas dari Butterworth.

Soalan Ketiga. 27 April 1976? Betul ke ni?

Sapa2 yang membaca blog dan buku 'Coretan Xnuripilot' sedia maklum tarikh yang saya catatkan ialah 26 April 1976. Sebelum saya mengabadikankan tarikh tersebut, saya telah menghubungi ANM bagi mendapatkan pengesahan. Pada mulanya mereka kata 27 April 1976, klik di sini. Selepas itu mereka mengesahkan insiden berlaku pada 26 April 1976, klik di sini.

Mungkinkah saya dan ANM silap? Almaklum sajalah, mana mungkin pihak TUDM 'tersilap' tentang tarikh tragedi tersebut. Mereka adalah pemegang semua sumber maklumat. Sudah pasti mereka telah menyemak dengan laporan 'Lembaga Penyiasatan (BOI)' insiden tersebut.

Just to be 100% sure, saya hubungi Lt Kol Harun Ayob TUDM (B) dan Mej Sim KP TUDM (B). Semasa kejadian, Kapt (U) Sim ada di Kem Gubir bersama Alouette gunshipnya. Apabila diberitahu tentang panggilan 'Mayday' dari mendiang Lt (U) Chung, beliau dan gunnernya, Kpl Ismail, telah berlepas ke lokasi. Menurutnya, dari jauh lagi beliau telah nampak kepulan asap hitam. Apabila tiba di lokasi, beliau melihat Nuri sedang terbakar. Beliau mengesahkan tarikh insiden pada 26 April 1976 dan nombor airframe Nuri FM 1715. Ini tercatat dalam Log Booknya.

Ini pula petikan sms Haron yang saya terima pada 14 Ogos 2013, ketika itu berpangkat Kapt (U) dan Ketua Flt No 3 Skn, '....Confirmed on 26 Apr 76 I flew with Lt Kol Fauzi to Gubir to see the burning wreckage of Nuri TUDM'.

Ada hamba Allah, dalam komennya, menyatakan apalah yang saya sibuk2kan tentang tarikh tu... isu remeh. Yang pentingnya isi kandungan tugu itu. Heran juga....Sesuatu tarikh terhadap sesuatu peristiwa pun ada 'tolerance limit +/- 1' macam 'Ts & Ps' juga ke? Pada pandangan mejar pencen ini, fakta tetap fakta. Macam ni lah, nak ke kita terima tarikh kemerdekaan negara tercinta ini pada 30 Ogos 1957 atau 01 September 1957, bukannya 31 Ogos 1957? Kalau dalam kes mahkamah pula, sesuatu kes boleh di'buang' hanya kerana kesilapan tarikh, wallahualam. OK lah, itu hak sipolan terbabit.

Saya nak 'qualify' kenyataan ini. Mungkin inilah satu2nya tugu yang terpahatnya nama para wira TUDM yang KIA, selain diabadikan dalam buku saya dan 2 buku terbitan TDM. Untuk itu, TERIMA KASIH TUDM. Namun demikian, hope depa don't mind saya nak buat komen sikit. Alangkah eloknya jika tugu tersebut dipaparkan di tempat yang lebih sesuai dan menarik. Sebagai contoh, ambil tugu peringatan 'Peristiwa Kalabakan'....

Peristiwa Kalabakan di sini

Tugu Peringatan Kalabakan (Ihsan chomelz di sini)

Bercakap pasal tugu peringatan ni, saya gagal dalam usaha melobi agar pihak berwajib, baik pihak ATM atau pun PBT, membinanya di kawasan2 operasi tertentu, seperti di Gubir dan Kroh (Pangkalan Hulu). Saya menyarankan agar diabadikan nama mereka yang terkorban dalam operasi di kawasan terbabit, itu saja. Mana le tahu, mungkin ia akan menjadi satu tarikan pelancongan ke lokasi tersebut.

Apakan daya, terima sajalah hakikat....siapalah nak pedulikan saranan mejar pencen ni. Sungguh2 mengecewakan kerana tak ada yang berminat! Apa pun, sekurang2nya saya telah mencuba.

6 comments:

rommel said...

walaupun tarikh berbeza, tarikh yg tepat harus dipamerkan pada tugu dan memorial yg dibina. Jgn pandang remeh pada tarikh. Kalau salah tulis tarikh pada kertas soalan peperiksaan, maka kosong lah markah..haha

Anonymous said...

Bang mejar,
bina tugu peringatan sebegini cos nya ciput jeee. Tarak untung, so...faham faham lah.

Anonymous said...

Walaupn saya menghargai jasa patriot yang berkorban berjuang untuk mempertahankan negara, saya tk gemor dibina tugu-tugu begini. Apa bezanya dgn grafiti? sbb benda ni membazir dan sia-sia. Belanje beso tp sikit manfaatnya (beratus tu kira beso le juge). Saya fikir eloklah kalau diarkibkan nama-nama pejuang ini di dalam dokumen khas di muzium TUDM atau mana-mana muzium yg sesuai, atau dibukukan dalam biografi dan disimpan di arkib negara bagi tujuan rekod dan pengkajian/pendidikan sejarah. Selain menyimpan rekod peristiwa, mungkin ada orang mcm saya yg berminat nak membaca maklumat sejarah dn peristiwa penting negara kita.

Arunzab said...

I am sorry I do not agree with saudara Anonymous August 20, 2013 at 5:27 PM, who opines that such monuments are no different than 'graffiti' (Apa bezanya dgn grafiti? ) which at best is insulting to those who lost their lives in defense of our country. Normally such historical records of action by our soldiers are already kept at the respective Corps Museums for all to see, but to put a marker at the location of the tragedy is a way of remembrance as to the actual place where the tragedy to place. When people pass by that location, they will be reminded of those who paid the ultimate prize in the service to the nation. However we do not need to make an elaborate and costly monument, just some form of marker / sign board will do. I also agree with Major Nor that the correct date and actual location of the incident must be reflected accurately. History after all is all about accurate dates and locations where incidents took place. (Tarik sa satu kejadian bukan isu remeh) itu ada lah paling penting sekali dalam kajaian sejarah.

Even the location of the ambush that killed the then Malaya's British High Commissioner Sir Henry Gurney near Gap (Fraser Hill) is marked with a Sign Board. I am from Raub and every time I pass this location my mind goes back to this historical incident. Please check out the link below:

http://m.youtube.com/watch?v=j5ChDbxUw6s&desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3Dj5ChDbxUw6s

Salam dan Selamat Hari Raya kepada semua saudara Islam.

Anonymous said...

When a major make mistake, it is a 'MAJOR' mistake. Ironically, it is just a 'general' mistake when a GENERAL make a mistake.

zulfatah said...

Assalam n selamat sejahtera tuan2 semua.alangkah elok atau lebih berkesan klu nama2 pahlawan yg gugur ni diabadikan keatas nama sekolah ke, atau ape2 bangunan atau taman awam.rather than nama ahli politik atau nama kenamaan yang lain.apa lagi setinggi2 pengorbanan yg mereka berikan selain nyawa mereka......x cukup layak lagikah? kalau bg nama ahli politik mungkin akan wujudkan political divide, tp these fallen heroes are apolitical. ia akan lebih berkesan jika nama Sekolah Kebangsaan Setia Alam ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Lt Wan Musanif.Let his wife (kebetulan pesara warga pendidik) to officiate majlis tukar nama.let us celebrate those fallen heroes.SK Sri Pristina yg jd isu panas tu kita tukar nama kepada sekolah bernamakan wira kita yg telah gugur dari kalangan bukan islam.