Menurutnya lagi, JHEV telah dimaklumkan pada Jun 2013 dan seorang staf telah menghubungi beliau bulan itu juga. Itulah kali terakhir beliau mendengar berita daripada agensi berkenaan.
Saya sebenonya tak tahu langsung tentang prosidur, harga atau kekerapan menggantikan 'anggota palsu'. Apabila ditanya, harga serendah RM3k hingga RM30k, mungkin lebih. Kaki beliau yang dah 'haus' tu berharga ~RM27k. Ia terpulang kepada kualiti, sepasang/sebelah, besar/kecil, dan banyak lagi. Menurut 2 orang OKU yang saya hubungi, kekerapan penggantiannya pula tertakluk kepada 'kelasakan' penggunaannya. Kalau kurang pergerakan, lama le sikit ia bertahan. Tapi kalau kerja yang banyak pergerakan, seperti memotong rumput, 2-3 tahun haus le kaki itu.
Sebenonya, mendapatkan penggantian anggota palsu bukanlah menjadi masalah bagi veteran OKU kerana gomen membiayai kos pembeliannya. Sumbangan ini adalah penghargaan negara terhadap pengorbanan mereka, syukur alhamdulillah. Masalah yang ditimbulkan oleh perayu ini ialah kerana dah 4 bulan menunggu tanpa sebarang berita terhadap permohonan beliau. Seorang OKU yang kehilangan 1 kaki memaklumkan pada saya yang beliau hanya menanti sebulan sahaja. Macam mana ni...Ada yang hampir 4 bulan masih ternanti-nanti; ada pula sebulan dah diluluskan?
Saya nak tahu juge le apakah prosidur yang perlu dipatuhi oleh para OKU. Jadi, bagi nak mendapatkan gambaran, saya pun hubungi le cawangan JHEV sebuah negeri pada 4/10. Apabila diajukan soalan tentang prosidur, seorang staf memaklum, secara ringkasnya...
- Pertama sekali sipemohon MESTI mendapat surat pengesahan daripada doktor kerajaan, tak kiralah sama ada hospital awam atau hospital ATM. RSAT pun OK. Janji doktor gomen. Doktor mengesahkan alatan palsu pemohon perlu diganti.
- Lepas tu, dapatkan sebutharga daripada 2-3 pembekal yang sedia menerima LO.
- Seterusnya, pengesahan doktor dan sebutharga itu dimajukan kepada pejabat JHEV Negeri untuk disalurkan kepada ibu pejabat JHEV.
- Jika alatan berharga RM9,999.00 dan ke bawah, JHEV boleh luluskan. Agensi tersebut akan memaklumkan sipemohon untuk berurusan dengan pembekal.
- Jika harga RM10k ke atas, JHEV akan memanjangkan kepada Kementerian Kesihatan (KK) untuk kelulusan. Sebarang keputusan akan disalurkan semula kepada JHEV.
- JHEV akan menghubungi sipemohon apabila kelulusan diberi oleh KK untuk berurusan dengan pembekal.
- Kebiasaannya, proses ini semua dianggar mengambil masa 1- 3 bulan.
Agaknya apakah perasaan pembuat keputusan jika mereka empati dengan penderitaan yang dihadapi oleh golongan tersebut? Saya hanya bersimpati saja tapi bagaimana pula tuan empunya badan, bak kata 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul'? Tanpa mengenepikan akauntabiliti, kan peraturan tak boleh dipinda bagi menyesuaikan dengan keadaan sekarang ini sejajar dengan konsep 'mengrakyatkan' agensi kerajaan yang dilaung2kan itu? Apalah salahnya dikurangkan karenah birokrasi jika ia dapat mengurangkan bebanan rakyat! Masalah beso ke jika JHEV atau KEMENTAH dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk meluluskan permohonan sebegini? Saya rasa tindakan ini juga adalah 1 aspek mencapai konsep tersebut. Tindakan tersebut sudah pasti dapat mengurangkan keseksaan/kesengsaraan/bebanan yang terpaksa dipikul oleh para pemohon, wallahualam.
Saya pasti sipemohon berkenaan telah beberapa kali mengganti kaki palsunya sebelum ini dan mungkin tidak menghadapi masalah kelewatan seperti yang dihadapi kini. Mungkin juga beliau tidak akan mengetengahkan luahan hatinya jika beliau dimaklumkan sebab-menyebab kelewatan. Bukankah penantian tanpa berita itu satu penyeseksaan?
Pada 03/10, saya terima sms daripada OKU berkenaan...'Salam tuan, Alhamdulillah baru tadi terima surat kelulusan dari jhev, terima kasih atas btn tuan'. Sebenonya apa yang saya lakukan hanyalah sekadar menghantar emel kepada PAT & KSU KEMENTAH memohon agar mereka 'tengok2kan' le keluhan veteran OKU berkenaan. Kemudian saya panjangkan kepada pihak2 berkenaan. Apa pun, syukur alhamdulillah, semuanya beres.
Para Penggubal Dasar.....Fikir-fikirkanlah.
2 ulasan:
Sir,
We need more people like you.Thank You,semoga jasa dan bakti tuan mendapat keberkatan ALLAH.
Saudara askartua,
Amin, terima kasih. Jika kita tidak membantu mereka, siapa lagi?
Catat Ulasan