Followers

Monday, July 29, 2013

'The New Village'

'SUNGGUH KECEWA!!!' Itu saja yang saya boleh katakan sebagai respons kepada sms yang dihantar oleh seorang kenalan yang bertanyakan pandangan saya terhadap penayangan 'The New Village'. Isu ini sedang hangat dibincangkan dalam media massa, baik elekronik mahupun cetak. Sungguh mengguris perasaan sementelah mengenangkan lusa, 31/7, adalah Hari Pahlawan!!!

Syabas kepada Pak Menteri KDN yang telah mengambil tindakan tegas menangani isu ini

Secara peribadi, dari awal lagi saya telah menyuarakan pandangan di sini. Malah mendokumentasikan di perenggan pertama 'Pendahuluan' buku pertama saya, 'Coretan Xnuripilot', yang diterbitkan pada 2011.

Coretan Xnuripilot

Saya dah letih mencadangkan supaya program menyemarakkan semangat patriotisme semestinya tidak bermusim sepertimana yang dipraktikkan ketika ini. 'Musim Patriotisme' bermula penghujung Julai hingga pertengahan September sempena  Hari Pahlawan (31/7), Hari Merdeka (31/8) dan Hari Malaysia (16/9). Lepas tu, sepi....sesepinya. Tambah pula, kita mudah lupa! 

Luahan ini turut diabadikan dalam 'Pendahuluan' buku kedua saya, 'Perbatasan Terhadapan Negara & Kisah-Kisah Lain'...
Musim Patriotisme & subjek 'Sejarah'

Rakyat mesti disuntik dengan semangat kecintaan terhadap negara dari alam persekolahan lagi. Mengapa tidak diselikkan majlis pengkisahan oleh para veteran semasa program induksi para siswa-siswi IPT/IPG, sebagai contoh? Tanpa mengetahui sejarah negara sendiri, maka jangan hairan jika terdapat segelintir rakyat menobatkan musuh sebagai 'hero' seperti yang terjadi dalam insiden 'Bukit Kepong'

Tak tahu le saya bagaimana nak meyakinkan orang2 beso ni. Yalah, mereka mengetahui semuanya. Orang pencen seperti saya duduk diam sajalah sehingga tiba ke destinasi terakhir nanti!!

Monday, July 22, 2013

Dilema Penerbit Persendirian

Nampak gayanya hasrat nak membaca kisah seorang anggota komando yang terlibat dalam operasi menyelamat anak kapal 'Bunga Melati 2' dan 'Bunga Melati 5' oleh lanun Somalia tidak kesampaian! Ini kerana penulisnya telah KIV penerbitannya buat sementara waktu dengan alasan masih terdapat 400 naskah buku pertamanya, daripada 1k yang dicetak, tidak terjual. Menurutnya, deraf sudah pun siap tapi beliau, petikan emel....'masih tidak berani untuk menerbitkan buku tersebut disebab takut menerima nasib yg sama seperti buku' pertamanya. Inilah masalah yang dihadapi oleh penerbit persendirian!

Keluhan tersebut adalah respons beliau kepada emel yang saya hantar kepada seorang 'Bos' agensi gomen tertentu dan dipanjangkan kepadanya. Dalam emel  tersebut, saya meluahkan kekecewaan kerana perpustakaan agensi berkenaan tidak menambah stok buku dalam inventorinya semenjak 2 tahun kebelakangan ini. Sebabnya? Tiada bajet...Kan RM2560 untuk 64 cawangan pun tak boleh dilencong daripada mana2 peruntukan kut!!! Tak apa le, sesiapa pun tidak boleh mempertikaikannya. Hak saya menawar produk; hak mereka pula menerima atau sebaliknya.

Saya mencadangkan kepada penulis berkenaan agar beliau memohon dana yang disediakan oleh gomen, melalui DBP, untuk penerbit persendirian/persatuan. Jika diluluskan, gomen memberi 'subsidi' sehingga RM5k untuk menerbitkan buku. Opsyen kedua ialah menawarkan kepada penerbit-penerbit, seperti DBP, menerbitkan buku itu. Walaupun DBP mungkin mengambil masa lama untuk menerbitkannya, sekurang-kurangnya buku itu akan diterbitkan, wallahualam. Apa pun, terpulanglah kepada beliau untuk memikiokannya.

Saya bersyukur kerana penjualan buku kedua saya agak memberangsangkan. Sekarang ini masih ada lebih kurang 200 naskah lagi daripada 2k yang dicetak. Selain pembaca blog saya yang sentiasa memberi sokongan, sasaran utama saya ialah Perpustakaan Awam Negeri-Negeri dan Perpustakaan Negara Malaysia.

'Kelebihan' saya ialah saya ni 'muka tebal' dan tak tahu malu....redah saja. Mungkin depa pun meluat apabila mendengar suara bagai buluh perindu simejar pencen ni. He...He...He. Mungkin ada juga 'terpaksa' membeli bagi mengelak daripada terus diganggu atau pun 'malu-alah'. He...He...He.

Saya juga telah menghantar emel/sms kepada beberapa orang YB menyarankan mereka membeli buku-buku bergenre patriotisme untuk didermakan kepada SMK2 di kawasan mereka. Syukur alhamdulillah, YB Datuk Dr Abdul Latiff telah membeli 50 naskah untuk diagihkan kepada SMK2 di Mersing. Yang lain2 tu, faham2 sajalah!

Saya dimaklumkan oleh squad-mate, Lt Jen Dato' Khairuddin Yusof (B), xPanglima Medan, bahawa beliau telah pun menyediakan deraf kisah insiden 'Bukit Jenalik - Al Maunah'. Ketika itu beliau adalah Panglima 2 Divisyen. Deraf tersebut sedang disaring dan akan diterbitkan oleh MTD (Markas Tentera Darat). Saya harap buku itu akan dijual kepada orang awam. Saya dah menonton kisah tersebut dalam 'History Channel'. Sekarang nak tahu pula daripada perspektif  beliau pula, wallahualam.

Monday, July 15, 2013

Jurangnya!

Sungguh jauh jurang perbezaan di antara para anggota JPA dengan ATM.....

'had gred persaraan minimun bagi pegawai perkhidmatan awam berprestasi tinggi dicadangkan pada Gred 54 supaya kebajikan mereka terus dibela' (UM 19/2/13). 54=Brig Jen

'terdapat perbezaan ketara antara veteran lama dan baharu dalam penerima pencen masing-masing yang jauh lagi tinggi' (UM 19/2/13). PBTM pula berhasrat untuk 'memperbaiki' perbezaan pencen

Dalam tentera, umur bersara untuk pegawai terpulang kepada pangkat. Sebagai contoh, Mejar (=gred 46) pencen umur 55 tahun. Hanya Kolonel (=gred 52) ke atas yang layak bersara sehingga 60 tahun. LLP pula layak mendapat pencen jika berkhidmat 21 tahun, bukan berdasarkan kepada umur. Contoh. Andainya seorang itu memasuki ATM ketika berumur 20 tahun, beliau bersara wajib bila umur mencecah 41 tahun.

Jangan marah sapa2 kerana kita yang memilih kerjaya itu sendiri. Apa pun, saya berbangga sebagai seorang pesara ATM. Jika ingat masa hadapan yang penuh dengan pelbagai cabaran, pandai2 le menjadikan pengurusan kewangan satu keutamaan dalam kehidupan. Percayalah, masalah kewangan tak akan menceramukkan kehidupan di waktu senja nanti, insyaAllah.

Wednesday, July 10, 2013

Hanya Mampu Berdoa

Para pembaca....SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK & SELAMAT BERPUASA

Syukur alhamdulillah, ramai di antara kita masih dapat menunaikan rukun Islam ke4, insyaAllah. Bukan semua hamba-Nya yang mendapat izin-Nya untuk menikmati keistimewaan Ramadan Al-Mubarak ini. 

Pagi semalam, 9/7/13, saya telah terbang dengan Firefly ke KL untuk menziarah anak menakan, Edi, di IJN. Beliau menghadapi komplikasi dengan jantung mekanikalnya, klik di sini. Keadaan beliau terlalu kritikal dan berada dalam ICU. IJN dah jadi rumah ke2 beliau kerana terlalu kerap berada di sana. Sungguh sedih melihat keadaan beliau.


Bersama kakaknya, Suzana@Anna. Masa itu mata beliau masih tidak di'tape'. Semalam matanya dah ditape.  Diambil minggu lepas.  

Kak & anaknya, Fara, serta cucu-cucunya. Kak & anak-anaknya berkampung di bilik menanti ICU semenjak 2 malam sudah. Gambar diambil semalam 

Hari ini, 10/7/13, Edi akan menjalani satu prosidur dalam usaha menyelamatkannya, ambil petikan doa Fara (adik) dalam facebooknya semalam...'Ya Allah, esok pagi, Yup akan melalui procedure yang sangat berisiko tinggi. Aku Memohon keajaiban di bulan Ramadhan ini Ya Allah...harap doa dari semua. — at Institiut Jantung Negara IJN KL'. Amin.

Kita hanya mampu berdoa, pakar-pakar bertungkus-lumus untuk menyelamatkannya.....Allah menentukannya, wallahualam. 

10/7/13 jam 1232.....Edi masih belum keluar dari Bilik Bedah semenjak diusung jam 0830. Rayuan seorang kakak terhadap kejahteraan adiknya yang dipetik dalam facebook Suzana sebelum ini '...Yang mengenali adik saya aidi munawir..saya pohon dari kalian doakan yg terbaik utknye..krn ketika ini..saat ini..dia sedang menjalani procedure ablation... — at Institut Jantung Negara (IJN) @ Jalan Tun Razak.'

Jam 1258...Terima sms ini daripada Yatie, isteri Edi '....Alhamdulillah..operation aidi berjaya tapi tak boleh dilawat  lagi...terima kasih atas doa keluarga  n sahabat'. Syukur alhamdulillah.

12/7/13. Petikan facebook Suzana '...Yup insan yang tabah dan kuat semangat.... Dengan izin Allah, Yup berjaya melalui stage yang kritikal. Jangan putus berdoa agar Yup kembali pulih seperti sediakala..'

Thursday, July 4, 2013

Nostalgik

Saya telah ditauliahkan dalam pasukan 'Meriam', iaitu 3 Meriam yang berpangkalan di Kem Kemunting, Taiping, Perak. Sekarang ni dah bergelar Rejimen Artileri Diraja (RAD). Mana ada canggih guna 'meriam'. Dulu ialah hanya mengguna meriam Howitzer 105mm saja. Sekarang ini dah ada pelbagai aset yang canggih belaka dalam inventorinya. Bagus le tu. Pasukan ATM mesti le mengikuti peredaran zaman yang serba moden dan berteknologi moden. Setuju bebeno.

Sayang sekali tidak banyak gambar diambil ketika dalam unit tersebut untuk diabadikan. Dulu, ongkos banyak kurang. Gaji Lt M baru $360.00 (RM belum digunakan). Kalau mampu pun beli kamera 'kotak' Kodak yang berharga ~ $30, hobi ini membeban dari aspek kewangan. Mana lebih penting, nak bayaq mes bil, buat VA (Voluntary Allotment), dan sebagainya, atau membeli filem dan mencuci gambar? Dah pasti le jawapannya gambar tidak tersenarai. Ia hanyalah sesuatu yang diidamkan, bukannya satu keperluan. Itu kenyataan bagi saya. Orang lain saya tak tahu le.

Baru-baru ni, seorang pegawai RAD telah WhatsApp gambo-gambo berikut. Sungguh nostalgik apabila melihatnya....

1966 - No 2 Meriam masih berpangkalan di Kemunting Kem sebelum diambil alih oleh No 3 Meriam. Meriam di atas turut digunakan untuk 'gun salute'. Saya berpeluang membuat gun salute di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, menggunakan meriam tersebut

Saya masih belum masuk sojar lagi bila gambo ini diambil

Gunners di 'gun position' 

Howitzer 105mm dengan 'anak-anak'nya

Siburung Nuri dengan muatannya. Ni selepas era saya kerana terdapat 'hidung badut' pada siburung besi 

Aksi seorang gunner berposing dengan SMG 9mm untuk mempertahankan abang Howitzer 105mm

Sempat lagi bergambar dengan  penduduk tempatan. Tu HBSLR (Heavy Barrel Self Loading Rifle) 

 Lawatan Pengarah Meriam

Kapt Hafiz....Terima kasih.